HARI OKU ANTARABANGSA DAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Bysbmorgmy

HARI OKU ANTARABANGSA DAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Pada setiap 3 Disember merupakan satu hari yang signifiken kepada komuniti OKU di merata-rata dunia termasuk juga di Malaysia. Ini kerana 3 Disember adalah HARI OKU ANTARABANGSA, justeru Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut mengaturkan beberapa program untuk meraikan hari yang bermakna ini. Sehubungan ini, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Society of The Blind in Malaysia (SBM) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari OKU kepada semua warga OKU khususnya OKU penglihatan di Negara tercinta ini.

 

Setakat ini, kira-kira 90000 OKU penglihatan berdaftar dengan Jabatan Pembangunan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. Namun, dianggarkan masih ramai lagi terutama di luar Bandar belum berdaftar dengan pihak Jabatan Pembangunan OKU disebabkan kurangnya maklumat dan kesedaran mengenai keperluan untuk mendaftar.Dalam hal sedemikian, SBM menyokong penuh kampen Jom Mendaftar yang diumumkan oleh Kementerian Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat. SBM juga mengajak semua ketua kampung, AJKKK,  pihak berkuasa tempatan, pejabat wakil rakyat, DUN dan Parlimen untuk turut mengambil bahagian yang aktif dalam mendaftarkan kumpulan sasar ini.

 

Sesungguhnya, sempena Perayaan Hari OKU 2019, SBM ingin menggesa pihak kerajaan untuk lebih peka kepada keperluan OKU khususnya berkenaan kos sara hidup yang semakin membebankan, kurangnya peluang pekerjaan bagi OKU,  isu aksesibiliti dalam dan luar bangunan awam atau komersial yang masih kurang memuaskan, isu pengangkutan yang masih memerlukan tindakan bersepadu untuk memenuhi piawaian, dan sebagainya.

 

Di samping itu, SBM juga ingin menyarankan agar Akta OKU 2008 dipinda agar akta ini dengan jelas menyebutkan semua bidang seperti pendidikan, pekerjaan, latihan, pengangkutan, aksesibiliti merupakan hak dan keperluan asas bukan mempromosikan atau menggalakkan pihak terbabit untuk menyediakan kemudahan tersebut. Jika peruntukan sedemikian dikekalkan, sampai bila-bila keperluan dan hak OKU untuk mendapat kemudahan yang berpatutan tidak akan kesampaian.

 

Oleh itu, SBM ingin menggesa Kerajaan selaras dengan Wawasan Kemakmuran dikongsi bersama diterjemahkan dengan tindakan-tindakan yang menjurus kepada keperluan kumpulan sasar. Salah satu contoh tindakan terbaik pihak SBM lihat adalah Dasar Sifar terhadap pelajar OKU di sekolah yang dilancarkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahniah dan Syabas SBM ucapkan kepada Kementerian Pendidikan. Namun, SBM juga ingin menyarankan agar Dasar Sifar ini turut dipanjangkan kepada peringkat institusi pengajian tinggi awam dan swasta. SBM percaya bahawa melalui sektor pendidikan ia akan membantu kumpulan sasaran mengubah nasib dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka untuk lebih kehadapan.

Akhir sekali, SBM menaruh harapan agar semua pihak yang merangkumi majlis perbandaran, dewan bandaraya, pejabat wakil rakyat DUN, Parlimen,  ahli mesyuarat kerajaan negeri, menteri dan pegawai-pegawai kanan yang diamanahkan agar sentiasa peka untuk memakmurkan kualiti hidup dan kesejahteraan OKU di negara ini. Kebanyakkan kumpulan OKU ini merupakan sebahagian kumpulan B40 sebagaimana yang diwar-warkan oleh kerajaan. Harapan SBM adalah agar peruntukan di peringkat kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan tidak sesekali melupakan keperluan OKU. SBM ingin maju bersama dalam Wawasan berkongsi kemakmuran bersama. Selamat Hari OKU buat semua komuniti OKU di Malaysia.

 

Dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

 

 

Disediakan oleh oleh:

 

Dr Wong Huey Siew

(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti)

 

Dan

 

Haji Mohammed Nazari Hj.Othman

(Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia)

 

About the author

sbmorgmy administrator

Restricted funding prevents us from responding to the arising issues concern the visually impaired community. To this date, all donations we received covered all aspects of The Society, from the activities to The Society operational costs. Therefore, we need to stretch our resources very thinly to meet our objectives and contribute meaningfully to the visually impaired community. This also severely restricted our ability to quickly respond to emerging issues concern the community as they arise. Your donation, however big or small, can really help us in realizing our association’s goal and missions. In order to assist us in the processing of all donations we would be most happy if all donations are channelled by cheque / money order / postal order made payable to: Society of the Blind in Malaysia / Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia CIMB Bank (Current Account): 8000-821-737 Public Bank (Current Account): 6-3262698-04 Public Bank (Saving Account) : 3163149117 Maybank (Current Account): 564717521952

Leave a Reply