Monthly Archive 08/03/2023

Bysbmorgmy

KENYATAAN MEDIA SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA 2023

KENYATAAN MEDIA

SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA

 

Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2023 pada 8 Mac 2023, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) menggesa kerajaan agar memainkan peranan dalam membangun dan memperkasakan wanita terutamanya wanita Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia.

Ini termasuklah dengan mewujudkan peluang perniagaan dan keusahawanan, peluang pekerjaan, akses kesihatan, bantuan bimbingan serta kaunseling keluarga kepada mereka yang memerlukan.

Diharapkan agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dapat memainkan peranannya dengan lebih aktif dalam membangun dan memperkasakan wanita di negara ini, dan mewujudkan pelbagai inisiatif serta pusat tumpuan di setiap kementerian yang akan menyokong inisiatif pembangunan wanita bagi melahirkan lebih ramai pemimpin dari kalangan wanita.

Bagi menyokong agenda ini, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan juga digesa untuk turut sama mengambil bahagian dalam membangun dan memperkasakan wanita di negara ini dengan mewujudkan inisiatif-inisatif yang dapat dimanfaatkan oleh wanita.

 

KHAIRUL AZWAN BIN WAHAB
Pengerusi
Jawatankuasa Utama Pembangunan Wanita dan Komuniti
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

7 Mac 2023

Bysbmorgmy

Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2023

Assalamualaikum dan Salam SBM, dan Salam Madani,

 

Wanita,

 

Seorang wanita dapat melakukan pelbagai tugas dalam satu-satu masa, bekerja, mengurus rumah tangga, menjadi ibu dan guru bagi anak-anak, mengurus perbelanjaan isi rumah, menjadi doktor kepada setiap anggota keluarga yang sakit dan banyak lagi.

 

Terkadang, wanita sering lupa untuk menjaga dirinya sendiri. Berapa ramai Wanita mempunyai masa untuk menjaga keperluannya sendiri? Maka pada hari yang istimewa ini, saya menyeru kepada semua wanita untuk melakukan sesuatu yang baik untuk diri mereka sendiri.

 

Setiap tahun Lapan Mac merupakan Hari Wanita Antarabangsa seluruh dunia, ianya disambut sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita yang sangat signifikan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

 

Pada tahun ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memilih KASIH Wanita sebagai tema sambutan untuk tahun ini. Akronim KASIH membawa konsep seperti berikut;

 

𝑲 – π‘²π’‚π’”π’Šπ’‰ π‘Ίπ’‚π’šπ’‚π’π’ˆ

𝑨 – π‘¨π’Œπ’‰π’π’‚π’Œ π‘΄π’–π’π’Šπ’‚

𝑺 – π‘Ίπ’Šπ’‰π’‚π’•

𝑰 – π‘°π’π’Žπ’–

𝑯 – π‘―π’‚π’“π’Žπ’π’π’Š

 

Justeru itu, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa pada Lapan Mac 2023 kepada seluruh warga OKU Penglihatan wanita di Malaysia.Β  Anda insan istimewa yang hebat dan berkebolehan. Terus berjuang untuk mengapai hidup yang gemilang. Sekian terima kasih.