Category Archive Uncategorised

Selesai Sudah Mesyuarat Agung Dwitahunan (MADT) SBM Ke-16!

Pada 24 hingga 26 Julai yang lalu, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) telah menganjurkan Mesyuarat Agung Dwitahunan (MADT) kali ke-16 yang berlangsung di Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur.
Perhimpunan ini telah dihadiri oleh lebih 170 orang ahli termasuk ahli bersekutu. Antara pengisian utama mesyuarat adalah pembentangan laporan aktiviti serta pencapaian organisasi sepanjang tempoh dua tahun (2024–2026).
Selain itu, sesi pemilihan kepimpinan baharu SBM turut diadakan secara demokratik menerusi proses pengundian yang melibatkan seramai 150 orang ahli yang layak mengundi.
Tahniah diucapkan kepada barisan Kepimpinan Tertinggi SBM yang baharu dilantik bagi penggal 2026-2028:
👤 Presiden: YBhg. Dato’ Haji Mah Hassan bin Haji Omar
👤 Timbalan Presiden: Encik Mohd Fekkeri bin Mat Jusoh
👤 Setiausaha Agung: Dr. Ahmad Shamsuri bin Muhamad
👤 Bendahari Agung: Encik Rosham bin Sidek
Turut dilantik adalah Lapan orang Ahli Majlis Presiden yang baharu:
• En. Saifuddin Bin Mohamad
• En. Isak Ngau
• En. Maoh Anak Janting
• En. Khairul Azwan Bin Wahab
• Pn. Rosnah Binti Ahmad
• En. Mohammad Abdul Nasir Bin Malek
• En. Hishamudin Bin Wahab
• En. Jasmadin Bin Budin
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staff, ahli, ahli jawatankuasa, serta pihak yang terlibat dalam menjayakan MADT Ke-16 ini. Turut diucapkan juga ribuan terima kasih kepada penaja-penaja yang telah menjayakan mesyuarat ini.
Semoga kepimpinan baharu yang dilantik dapat terus memimpin SBM ke arah pemerkasaan dan kesejahteraan komuniti cacat penglihatan di Malaysia.
   
  
IKUTI MEDIA SOSIAL KAMI UNTUK INFO DAN AKTIVITI SBM YANG MENARIK 💫
[FOLLOW, LIKE, COMMENT AND SHARE😁]

TRIVIA HARI INI…..👨🦯 TAHUKAH ANDA?

Tongkat putih bukan sekadar alat untuk berjalan, tetapi merupakan simbol kebebasan dan keyakinan bagi ramai orang cacat penglihatan.

Ia membantu mengesan halangan, perubahan permukaan jalan dan arah perjalanan. Jangan sesekali menarik atau mengalihkan tongkat seseorang tanpa kebenaran kerana ia ibarat mengambil “mata” mereka secara tiba-tiba.

Bayangkan seseorang menyembunyikan telefon anda ketika anda sedang menggunakan aplikasi peta—lebih kurang begitulah rasanya!

IKUTI MEDIA SOSIAL KAMI UNTUK INFO DAN AKTIVITI SBM YANG MENARIK 💫
[LIKE, COMMENT AND SHARE😁]

WEBSITE        : sbm.org.my
FACEBOOK    : facebook.com/sbmhq
INSTAGRAM : instagram.com/sbm.hq
THREADS      : threads.com/@sbm.hq
YOUTUBE      : youtube.com/@sbmchannelofficial

TRIVIA HARI INI…👀 TAHUKAH ANDA?

 

Ramai menyangka semua orang yang buta hanya melihat warna hitam. Hakikatnya, keadaan setiap individu berbeza. Ada yang masih boleh melihat cahaya, bentuk, warna atau pergerakan, manakala ada juga yang langsung tidak mempunyai penglihatan. Sebab itulah istilah “orang cacat penglihatan” merangkumi pelbagai tahap penglihatan. Jadi, jangan terkejut jika seseorang menggunakan tongkat putih tetapi masih mampu membaca tulisan yang besar. Mata manusia memang unik—kadang-kadang lebih rumit daripada mencari stokin yang hilang sebelah di dalam rumah!

BANTUAN ANDA MAMPU MENGUBAH KEHIDUPAN

✨ BANTUAN ANDA MAMPU MENGUBAH KEHIDUPAN ✨
Bayangkan hidup dalam kegelapan…
Namun masih kuat melangkah, berjuang, dan menyumbang kepada masyarakat.
Inilah realiti yang dihadapi oleh komuniti OKU penglihatan di Malaysia. ❤️
Sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM 2026, kami mengajak anda semua untuk bersama-sama menyokong usaha:
👉 memperkasakan golongan cacat penglihatan
👉 menyediakan bantuan & sokongan berterusan
👉 membuka lebih banyak peluang kehidupan
💬 Setiap sumbangan anda, tidak kira kecil atau besar, sangat bermakna.
📅 Tarikh: 24 – 26 Julai 2026
📍 Lokasi: Crystal Crown Hotel, Kuala Lumpur
📲 Imbas kod QR pada poster untuk menderma sekarang
💡 Sumbangan layak menerima resit pengecualian cukai
🙏 Jadilah sebahagian daripada perubahan hari ini.
Kerana mereka tidak meminta simpati… mereka hanya perlukan peluang.
IKUTI KAMI DI INSTAGRAM DAN THREADS UNTUK INFO DAN AKTIVITI SBM YANG MENARIK

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM) SEMPENA HARI PEKERJA 2026

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)
SEMPENA HARI PEKERJA 2026
Sempena Hari Pekerja 2026, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada OKU penglihatan yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam sektor awam dan swasta. Dedikasi, profesionalisme dan ketabahan anda telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negara. SBM dengan bangganya mengiktiraf usaha gigih anda serta merakamkan penghargaan atas prestasi yang membanggakan. Kami berharap anda akan terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
SBM juga ingin merakamkan penghargaan kepada para majikan yang telah membuka peluang pekerjaan kepada golongan OKU penglihatan. Sikap terbuka dan kepercayaan anda telah memberi ruang kepada mereka untuk berkembang serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih inklusif. Kami menggalakkan lebih ramai majikan merentasi semua sektor dan negeri untuk tampil menawarkan peluang pekerjaan kepada komuniti ini. SBM ingin menegaskan bahawa ramai dalam kalangan mereka kini berpendidikan, berkemahiran tinggi serta memiliki kemahiran digital yang relevan dengan keperluan semasa.
Pada masa yang sama, SBM menyeru Kerajaan untuk terus memperkukuh usaha dalam menyokong amalan pekerjaan inklusif. Antara cadangan kami adalah seperti berikut:
1. Subsidi Teknologi Sokongan
Menyediakan subsidi sebanyak 50% bagi teknologi sokongan yang digunakan oleh pekerja OKU penglihatan bagi mengurangkan kos kepada majikan serta meningkatkan kebolehcapaian di tempat kerja.
2. Latihan Kemahiran dan Digital yang Inklusif
Memperluas akses kepada pendidikan, latihan vokasional serta program peningkatan kemahiran digital yang inklusif bagi memastikan golongan ini kekal berdaya saing dalam pasaran kerja.
3. Kemudahan Akses dan Sokongan Kehidupan Berdikari
Meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur mesra OKU, teknologi sokongan serta perkhidmatan awam termasuk pengangkutan dan akses digital bagi membolehkan mereka hidup secara lebih berdikari dan mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat.
Golongan OKU penglihatan tidak memerlukan simpati, mereka memerlukan peluang. Dengan sokongan serta pendekatan inklusif yang tepat, mereka mampu menyumbang secara optimum kepada masyarakat dan negara.
Sempena sambutan Hari Pekerja ini, marilah kita bersama-sama memperkukuh komitmen untuk membina masyarakat yang inklusif dan adil. SBM akan terus memainkan peranan dalam memperjuangkan peluang yang sama rata, memperkasa komuniti OKU penglihatan serta bekerjasama dengan semua pihak demi Malaysia yang lebih inklusif dan sejahtera untuk semua.
Yang benar,
MOHD MUSTAZA BIN MOHAMAD ZIN
Presiden,
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
(Society of the Blind in Malaysia)
Dan,
DR. WONG HUEY SIEW
Pengerusi Jawatankuasa Utama Pembangunan Ekonomi
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)
(Society of the Blind in Malaysia)

Seminar Mobiliti Inklusif anjuran MAXIM dan SBM

📢 Seminar Mobiliti Inklusif anjuran MAXIM dan SBM
Pada 17 April 2026 (Jumaat), jam 3.00 petang, telah berlangsung Seminar Mobiliti Inklusif bertempat di Dewan Serbaguna SBM. Program ini dipengerusikan oleh Encik Muhammad Akmal, Eksekutif Perhubungan Awam SBM.
Seminar ini turut dihadiri oleh Dr. Ahmad Shamsuri (Timbalan Presiden SBM), Encik Hazwan (Pengarah Maxim E-Hailing Malaysia), Encik Sharif (Ketua Jabatan Lembah Klang Maxim E-Hailing Malaysia) sebagai fasilitator, serta Cik Syifa (Pegawai Perhubungan Awam Maxim).
Kehadiran ahli-ahli SBM sekitar Lembah Klang turut memeriahkan dan menyokong usaha memperkasa mobiliti inklusif.
Pihak SBM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Maxim atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan seminar ini.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada sistem mobiliti yang lebih inklusif dan mesra untuk semua.
IKUTI KAMI DI INSTAGRAM DAN THREADS UNTUK INFO DAN AKTIVITI SBM YANG MENARIK

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SBM & Maxim

🤝 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SBM & Maxim 🤝
Pada 22 Oktober 2025, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) dan AIST Malaysia Sdn. Bhd. (Maxim) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) di Ibu Pejabat SBM, Brickfields, Kuala Lumpur.
Kehadiran pasukan Maxim telah disambut oleh Encik Muhammad Akmal, Eksekutif Perhubungan Awam SBM, sebelum berlangsungnya majlis menandatangani MoU yang menjadi simbol permulaan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkasa komuniti OKU penglihatan melalui pelbagai inisiatif kebajikan dan sokongan mobiliti.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh Encik Mohd Mustaza Bin Mohamad Zin, Presiden SBM dan Encik Mohd Hazwan Bin Musley, Pengarah Maxim.
Dalam majlis yang sama, Maxim turut menyerahkan sumbangan tunai sebanyak RM1,000 serta sumbangan foodbank kepada SBM sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap komuniti cacat penglihatan di Malaysia.
SBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Maxim atas komitmen serta kesungguhan mereka dalam menyokong usaha memperkasa kehidupan warga OKU penglihatan di negara ini.

Edaran Laporan Tinjauan Halangan Aksesibiliti Sempena Hari Tongkat Putih 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersempena sambutan Hari Tongkat Putih 2025, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) melalui Jawatankuasa Utama Komunikasi, Advokasi & Hak Asasi telah melaksanakan satu Tinjauan Halangan Aksesibiliti dalam kalangan Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup SBM di seluruh Malaysia.

Tinjauan yang dijalankan dari 2 hingga 28 September 2025 ini bertujuan mengenal pasti cabaran sebenar yang dihadapi oleh komuniti kurang upaya penglihatan berkaitan aksesibiliti di kawasan tempat tinggal, tempat kerja, dan sekitar bangunan Cawangan/Kawasan SBM.

Berdasarkan penyertaan seramai 357 ahli dari seluruh negara, dapatan menunjukkan masih wujud jurang yang ketara dalam penyediaan kemudahan awam yang mesra dan selamat untuk komuniti kita, terutamanya:

  • Lebih 88% peserta menyatakan laluan pejalan kaki di kawasan tempat tinggal mereka tiada laluan sesentuh (tactile pavement);
  • 76% peserta mendapati laluan pejalan kaki di kawasan mereka berbahaya untuk OKU penglihatan;
  • Hampir 53% sukar mendapatkan pengangkutan awam; dan
  • 66% peserta menyatakan tiada laluan selamat ke kedai atau kemudahan asas di kawasan bangunan SBM sendiri.

Laporan penuh ini juga menggariskan dua strategi utama untuk tindakan SBM:

  1. Penyelidikan berterusan — bagi mengumpul data kritikal berkaitan jurang aksesibiliti dan pembangunan terangkum di seluruh negara; dan
  2. Advokasi strategik — bagi menggesa agensi kerajaan serta pihak berkepentingan lain untuk melaksanakan dasar, perundangan, dan latihan yang selaras dengan prinsip reka bentuk sejagat dan aksesibiliti menyeluruh.

Untuk rujukan dan tindakan lanjut, laporan penuh boleh dimuat turun melalui pautan DISINI:

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi, Muhamad Nadhir Abdul Nasir, Pengerusi, Jawatankuasa Utama Komunikasi, Advokasi & Hak Asasi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia melalui email di anndh91@gmail.com  atau telefon +6017-7216512. Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Bersama kita memperjuangkan aksesibiliti dan pembangunan terangkum untuk komuniti penglihatan di Malaysia, Aksesibiliti Sejagat Pemangkin Komuniti Mandiri dan Inklusif .

Aksesibiliti Sejagat Pemangkin Komuniti Mandiri dan Inklusif

🌍✨ Hari Tongkat Putih 2025 ✨🌍

Setiap tahun pada 15 Oktober, komuniti kurang upaya penglihatan di seluruh dunia menyambut Hari Tongkat Putih – simbol kebebasan, mobiliti dan hak untuk hidup berdikari.

📌 Pada tahun 2024, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) telah melaksanakan kempen media sosial bagi mendedahkan jurang aksesibiliti yang masih wujud dan dihadapi komuniti kurang upaya penglihatan di seluruh negara.

👉 Tahun 2025 kembali dengan lebih bersemangat!
Dengan tema:
🎯 “Aksesibiliti Sejagat Pemangkin Komuniti Mandiri dan Inklusif”

 

 

 

📍 Sepanjang bulan Oktober 2025, SBM akan turun padang di 12 lokasi seluruh negara!
Ahli-ahli SBM akan menyebarkan pamflet kesedaran kepada orang awam sebagai usaha berterusan untuk merapatkan jurang aksesibiliti dan memperkukuh pembangunan yang inklusif di Malaysia.

💪 Ayuh bersama kami!
Mari kita sama-sama menyokong agenda penting ini demi sebuah masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan sejahtera untuk semua.

🤝 Ingin bekerjasama dengan SBM di negeri anda?
Dapatkan maklumat lanjut mengenai cawangan SBM melalui 👉 www.sbm.org.my

#HariTongkatPutih2025
#AksesibilitiSejagat
#PembangunanTerangkum
#KomunitiInklusif

 

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM CAWANGAN KEDAH

📣 BERITA TERKINI DARI SBM CAWANGAN KEDAH
Edisi Khas | April 2025


MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM KEDAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Pada 19 April 2025 yang lalu, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Kedah telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi membincangkan pencapaian serta hala tuju organisasi. Mesyuarat ini juga menjadi platform penting bagi pemilihan barisan kepimpinan baru bagi sesi 2025–2027.

Dengan penuh semangat dan iltizam untuk terus memperjuangkan hak serta kebajikan komuniti orang cacat penglihatan di negeri Kedah, berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa SBM Cawangan Kedah yang telah dilantik:


💼 AHLI JAWATANKUASA SBM CAWANGAN KEDAH 2025–2027

Pengerusi
➡️ Mohd Nazrol bin Ibrahim

Timbalan Pengerusi
➡️ Hazamie binti Fadzil

Setiausaha
➡️ Siti Hajar binti Darus

Bendahari
➡️ Sabariah binti Bahari

Ahli Jawatankuasa

  1. Rosnah bin Ali

  2. Norzirah binti Othman

  3. Lim Yew Yi

  4. Ahmad Nazir bin Mat Salleh

  5. Nor Faezah binti Che Azmi

 


Kami mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua yang telah terpilih. Semoga dengan kepimpinan baru ini, SBM Cawangan Kedah akan terus berkembang maju dan menjadi suara yang kuat untuk komuniti orang cacat penglihatan di negeri ini.

Teruskan mengikuti perkembangan kami untuk maklumat dan aktiviti seterusnya!

#SBMKedah #MesyuaratAgung2025 #KomunitiCacatPenglihatan