Category Archive Uncategorised

KENYATAAN AKHBAR DARIPADA PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

KENYATAAN AKHBAR DARIPADA

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

 

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) merupakan sebuah pertubuhan peringkat kebangsaan yang mewakili lebih daripada 7,000 Ahli yang terdiri dari kalangan OKU Penglihatan.  SBM ingin menarik perhatian berkenaan dengan pengumuman beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Dr. Zaliha binti  Mustafa mengenai penggantungan sementara dan semakan semula bagi premis pengusaha dan kedai urut termasuk urut tradisional dan refleksiologi.

Sesungguhnya, SBM menyambut baik kajian semula tentang peraturan operasi dan perkara tentang perlesenan agar ia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.  SBM berharap sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat, elok pihak kerajaan memanggil libat urus semua pemegang taruh termasuk wakil daripada OKU Penglihatan agar suara dan pandangan SBM turut diambil kira.

Untuk pengetahuan YB dan kesemua pihak berkuasa tempatan, urutan tradisional dan refleksiologi merupakan salah satu bidang pekerjaan yang diceburi oleh ramai Jururut OKU Penglihatan dan SBM berharap sebarang keputusan dibuat nanti tidak akan menjejaskan rezeki pencarian Jururut OKU Penglihatan. Ramai OKU Penglihatan bergantung kepada pekerjaan ini untuk melangsungkan hidup.

SBM amat menghargai jika pihak kerajaan terus menyokong OKU Penglihatan untuk terus mengangkat martabat urut dan refleksiologi jika ia dibuat dengan mematuhi etika dan peraturan sedia ada, ia memang tiada masalah dan tidak sepatutnya dipandang secara negatif dan andaian yang tidak wujud atau bias.

Sekian, terima kasih.

 

‘MERAIKAN SBM 60 TAHUN: TERUS BERKHIDMAT’

 

Yang benar,

 

WONG HUEY SIEW

Pengerusi Jawatankuasa Pekerjaan dan Pembangunan Ekonomi

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

dan

MOHAMMED NAZARI BIN HJ. OTHMAN

Presiden SBM

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

 

Tarikh: 2 Februari 2024

 

SELAMAT TAHUN BARU 2024

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2024 KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

 

PROGRAM HARI TONGKAT PUTIH ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN (ADVOKASI KEPADA OKU PENGLIHATAN) EDISI KE-12 2023

Pada 15 Oktober 2023, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia telah menganjurkan Program Hari Tongkat Putih Antarabangsa 2023 yang Ke-12 . Lokasi tahun ini adalah di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
Program tersebut yang berlansung bermula pada jam 7 Pagi dan berakhir pada 1 Petang telah dihadiri lebih dari 400 orang peserta dan dibantu dengan 110 sukarelawan.
Program tersebut juga disertai dengan booth-booth pameran dari Perpustakaan Negara, Bomba, Polis Diraja Malaysia, dan Pertubuhan Mata Kasih (Pemeriksaan Kesihatan Mata)
Pertubuhan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan strategik Program Hari Tongkat Putih Antarabangsa 2023 yang Ke-12 (Pertubuhan Mata Kasih, ASEAN Retail-Chains and Franchise Federation, Ageless Brand Consultant, Im Booster, Pertubuhan Hamim Prihatin) dan semua penaja ( Nestle Milo, F&N, Kawan Food Malaysia, McDonalds, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, National Council for The Blind) serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga program ini meningkatkan lagi kesedaran masyarakat awam terhadap golongan OKU penglihatan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada RTM, dan juga pihak media Wilayahku.com.my, yang merupakan media rasmi Program Hari Tongkat Putih Antarabangsa 2023 yang Ke-12 dalam membuat liputan untuk mengwara-warakan lagi acara ini.
Terima kasih dan sehingga kita berjumpa lagi.

HARI TONGKAT PUTIH PERINGKAT KEBANGSAAN

SERTAI PERARAKAN HARI TONGKAT PUTIH PERINGKAT KEBANGSAAN.
SINARI LANGKAH MEREKA DENGAN KEHADIRAN ANDA.
HULURKAN SUMBANGAN ANDA :
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
CIMB Bank | 8000-821-737
Public Bank | 6-3262698-04

 

Program Belia OKU Penglihatan Peringkat Asia

Assalamualaikum dan Salam SBM,
Jabatan Pembangunan Belia SBM akan mengadakan program Belia OKU Penglihatan Peringkat Asia. Tarikh dan Ketetapan adalah seperti berikut;
Tarikh: 10 hingga 17 september 2023
Lokasi: Taman Pertanian Sabah, Daerah Tenom
Sehubungan dengan itu, semua belia dijemput untuk menyertai program ini. Untuk Pendaftaran, sila hubungi, Encik Mohaamad Ezhar Anuar di talian 016 8387 375.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 4 ogos 2023 (Jumaat)
Sekian terima kasih.
**************************************************************************
Assalamualaikum and Greetings to SBM members,
The SBM Youth Development Committee will be organizing the Asia Level OKU (People with Disabilities) Vision Youth Program. The date and details are as follows:
Date: 10th to 17th September 2023
Venue: Sabah Agriculture Park, Tenom District
In this regard, all youth are invited to participate in this program. For registration, please contact Mr. Mohaamad Ezhar Anuar at the following number: 016-8387375. I repeat, 016-8387375.
The registration deadline is on 4th August 2023 (Friday).
Thank you.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

 

 

 

Salam aidilfitri buat semua,
Ampun dan maaf ikhlas dipinta,
Jika tersalah cakap terkasar bahasa,
Lumrah kita manusia biasa.

Pertubuhan Orang cacat Penglihatan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia. Semoga syawal ini diberkati dengan kebahagiaan, keceriaan, dan keharmonian di tengah keluarga, sahabat, dan masyarakat kita. Marilah kita menjalani masa ini dengan penuh rasa syukur atas nikmat kemenangan setelah menjalani ibadah puasa sebulan penuh.

Bersama-sama kita tingkatkan semangat muhibbah, saling menghormati, dan memupuk kasih sayang di kalangan kita. Mari kita sambut Hari Raya ini dengan hati terbuka, saling bermaaf-maafan, dan menjalin silaturahim yang erat. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin!

KENYATAAN MEDIA SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA 2023

KENYATAAN MEDIA

SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA

 

Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2023 pada 8 Mac 2023, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) menggesa kerajaan agar memainkan peranan dalam membangun dan memperkasakan wanita terutamanya wanita Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia.

Ini termasuklah dengan mewujudkan peluang perniagaan dan keusahawanan, peluang pekerjaan, akses kesihatan, bantuan bimbingan serta kaunseling keluarga kepada mereka yang memerlukan.

Diharapkan agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dapat memainkan peranannya dengan lebih aktif dalam membangun dan memperkasakan wanita di negara ini, dan mewujudkan pelbagai inisiatif serta pusat tumpuan di setiap kementerian yang akan menyokong inisiatif pembangunan wanita bagi melahirkan lebih ramai pemimpin dari kalangan wanita.

Bagi menyokong agenda ini, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan juga digesa untuk turut sama mengambil bahagian dalam membangun dan memperkasakan wanita di negara ini dengan mewujudkan inisiatif-inisatif yang dapat dimanfaatkan oleh wanita.

 

KHAIRUL AZWAN BIN WAHAB
Pengerusi
Jawatankuasa Utama Pembangunan Wanita dan Komuniti
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

7 Mac 2023

Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2023

Assalamualaikum dan Salam SBM, dan Salam Madani,

 

Wanita,

 

Seorang wanita dapat melakukan pelbagai tugas dalam satu-satu masa, bekerja, mengurus rumah tangga, menjadi ibu dan guru bagi anak-anak, mengurus perbelanjaan isi rumah, menjadi doktor kepada setiap anggota keluarga yang sakit dan banyak lagi.

 

Terkadang, wanita sering lupa untuk menjaga dirinya sendiri. Berapa ramai Wanita mempunyai masa untuk menjaga keperluannya sendiri? Maka pada hari yang istimewa ini, saya menyeru kepada semua wanita untuk melakukan sesuatu yang baik untuk diri mereka sendiri.

 

Setiap tahun Lapan Mac merupakan Hari Wanita Antarabangsa seluruh dunia, ianya disambut sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita yang sangat signifikan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

 

Pada tahun ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memilih KASIH Wanita sebagai tema sambutan untuk tahun ini. Akronim KASIH membawa konsep seperti berikut;

 

𝑲 – 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈

𝑨 – 𝑨𝒌𝒉𝒍𝒂𝒌 𝑴𝒖𝒍𝒊𝒂

𝑺 – 𝑺𝒊𝒉𝒂𝒕

𝑰 – 𝑰𝒍𝒎𝒖

𝑯 – 𝑯𝒂𝒓𝒎𝒐𝒏𝒊

 

Justeru itu, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa pada Lapan Mac 2023 kepada seluruh warga OKU Penglihatan wanita di Malaysia.  Anda insan istimewa yang hebat dan berkebolehan. Terus berjuang untuk mengapai hidup yang gemilang. Sekian terima kasih.

Sunday Basking di Food Valet Sungai Ramal Kajang 26 Februari 2023

Sertai kami di Food Valet Sungai Ramal Kajang, untuk Sunday Basking pada 26 Februari ini dan temui ikon Langkah Menuju baitullah 2.0, Caliph Buskers. Jumpa anda disana, 11.30 pagi hingga 1.30 petang

Sertai Bowling Amal Di Megalanes Kuala Lumpur 5 Mac 2023

Tanah suci,

Impian setiap muslim untuk menziarahi,

Namun tanah yang luas belum tentu mampu dijejaki,

Sinari harapan mereka untuk menunaikan ibadah ini.

Sertai kami di Megalanes Kuala Lumpur pada Ahad, 5 Mac 2023. Bersukan sambil beribadah. Setiap penyertaan dan sumbangan anda akan disalurkan kepada Tabung Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0

Sumbangan yang terkumpul memberi sinar harapan kepada warga OKU penglihatan dan pendengaran untuk ke Tanah Suci. Infak sebagai saham akhirat.