Category Archive Uncategorised

BySociety of the Blind In Malaysia

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SBM & Maxim

🤝 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SBM & Maxim 🤝
Pada 22 Oktober 2025, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) dan AIST Malaysia Sdn. Bhd. (Maxim) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) di Ibu Pejabat SBM, Brickfields, Kuala Lumpur.
Kehadiran pasukan Maxim telah disambut oleh Encik Muhammad Akmal, Eksekutif Perhubungan Awam SBM, sebelum berlangsungnya majlis menandatangani MoU yang menjadi simbol permulaan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkasa komuniti OKU penglihatan melalui pelbagai inisiatif kebajikan dan sokongan mobiliti.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh Encik Mohd Mustaza Bin Mohamad Zin, Presiden SBM dan Encik Mohd Hazwan Bin Musley, Pengarah Maxim.
Dalam majlis yang sama, Maxim turut menyerahkan sumbangan tunai sebanyak RM1,000 serta sumbangan foodbank kepada SBM sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap komuniti cacat penglihatan di Malaysia.
SBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Maxim atas komitmen serta kesungguhan mereka dalam menyokong usaha memperkasa kehidupan warga OKU penglihatan di negara ini.
BySociety of the Blind In Malaysia

Edaran Laporan Tinjauan Halangan Aksesibiliti Sempena Hari Tongkat Putih 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersempena sambutan Hari Tongkat Putih 2025, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) melalui Jawatankuasa Utama Komunikasi, Advokasi & Hak Asasi telah melaksanakan satu Tinjauan Halangan Aksesibiliti dalam kalangan Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup SBM di seluruh Malaysia.

Tinjauan yang dijalankan dari 2 hingga 28 September 2025 ini bertujuan mengenal pasti cabaran sebenar yang dihadapi oleh komuniti kurang upaya penglihatan berkaitan aksesibiliti di kawasan tempat tinggal, tempat kerja, dan sekitar bangunan Cawangan/Kawasan SBM.

Berdasarkan penyertaan seramai 357 ahli dari seluruh negara, dapatan menunjukkan masih wujud jurang yang ketara dalam penyediaan kemudahan awam yang mesra dan selamat untuk komuniti kita, terutamanya:

  • Lebih 88% peserta menyatakan laluan pejalan kaki di kawasan tempat tinggal mereka tiada laluan sesentuh (tactile pavement);
  • 76% peserta mendapati laluan pejalan kaki di kawasan mereka berbahaya untuk OKU penglihatan;
  • Hampir 53% sukar mendapatkan pengangkutan awam; dan
  • 66% peserta menyatakan tiada laluan selamat ke kedai atau kemudahan asas di kawasan bangunan SBM sendiri.

Laporan penuh ini juga menggariskan dua strategi utama untuk tindakan SBM:

  1. Penyelidikan berterusan — bagi mengumpul data kritikal berkaitan jurang aksesibiliti dan pembangunan terangkum di seluruh negara; dan
  2. Advokasi strategik — bagi menggesa agensi kerajaan serta pihak berkepentingan lain untuk melaksanakan dasar, perundangan, dan latihan yang selaras dengan prinsip reka bentuk sejagat dan aksesibiliti menyeluruh.

Untuk rujukan dan tindakan lanjut, laporan penuh boleh dimuat turun melalui pautan DISINI:

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi, Muhamad Nadhir Abdul Nasir, Pengerusi, Jawatankuasa Utama Komunikasi, Advokasi & Hak Asasi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia melalui email di anndh91@gmail.com  atau telefon +6017-7216512. Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Bersama kita memperjuangkan aksesibiliti dan pembangunan terangkum untuk komuniti penglihatan di Malaysia, Aksesibiliti Sejagat Pemangkin Komuniti Mandiri dan Inklusif .

BySociety of the Blind In Malaysia

Aksesibiliti Sejagat Pemangkin Komuniti Mandiri dan Inklusif

🌍✨ Hari Tongkat Putih 2025 ✨🌍

Setiap tahun pada 15 Oktober, komuniti kurang upaya penglihatan di seluruh dunia menyambut Hari Tongkat Putih – simbol kebebasan, mobiliti dan hak untuk hidup berdikari.

📌 Pada tahun 2024, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) telah melaksanakan kempen media sosial bagi mendedahkan jurang aksesibiliti yang masih wujud dan dihadapi komuniti kurang upaya penglihatan di seluruh negara.

👉 Tahun 2025 kembali dengan lebih bersemangat!
Dengan tema:
🎯 “Aksesibiliti Sejagat Pemangkin Komuniti Mandiri dan Inklusif”

 

 

 

📍 Sepanjang bulan Oktober 2025, SBM akan turun padang di 12 lokasi seluruh negara!
Ahli-ahli SBM akan menyebarkan pamflet kesedaran kepada orang awam sebagai usaha berterusan untuk merapatkan jurang aksesibiliti dan memperkukuh pembangunan yang inklusif di Malaysia.

💪 Ayuh bersama kami!
Mari kita sama-sama menyokong agenda penting ini demi sebuah masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan sejahtera untuk semua.

🤝 Ingin bekerjasama dengan SBM di negeri anda?
Dapatkan maklumat lanjut mengenai cawangan SBM melalui 👉 www.sbm.org.my

#HariTongkatPutih2025
#AksesibilitiSejagat
#PembangunanTerangkum
#KomunitiInklusif

 

BySociety of the Blind In Malaysia

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM CAWANGAN KEDAH

📣 BERITA TERKINI DARI SBM CAWANGAN KEDAH
Edisi Khas | April 2025


MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM KEDAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Pada 19 April 2025 yang lalu, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Kedah telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi membincangkan pencapaian serta hala tuju organisasi. Mesyuarat ini juga menjadi platform penting bagi pemilihan barisan kepimpinan baru bagi sesi 2025–2027.

Dengan penuh semangat dan iltizam untuk terus memperjuangkan hak serta kebajikan komuniti orang cacat penglihatan di negeri Kedah, berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa SBM Cawangan Kedah yang telah dilantik:


💼 AHLI JAWATANKUASA SBM CAWANGAN KEDAH 2025–2027

Pengerusi
➡️ Mohd Nazrol bin Ibrahim

Timbalan Pengerusi
➡️ Hazamie binti Fadzil

Setiausaha
➡️ Siti Hajar binti Darus

Bendahari
➡️ Sabariah binti Bahari

Ahli Jawatankuasa

  1. Rosnah bin Ali

  2. Norzirah binti Othman

  3. Lim Yew Yi

  4. Ahmad Nazir bin Mat Salleh

  5. Nor Faezah binti Che Azmi

 


Kami mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua yang telah terpilih. Semoga dengan kepimpinan baru ini, SBM Cawangan Kedah akan terus berkembang maju dan menjadi suara yang kuat untuk komuniti orang cacat penglihatan di negeri ini.

Teruskan mengikuti perkembangan kami untuk maklumat dan aktiviti seterusnya!

#SBMKedah #MesyuaratAgung2025 #KomunitiCacatPenglihatan

BySociety of the Blind In Malaysia

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN INSIDEN KEMALANGAN INDIVIDU OKU PENGLIHATAN DI STESEN LRT

 

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

KENYATAAN MEDIA

 

Kuala Lumpur – Baru-baru ini, kita telah digemparkan dengan berita kematian seorang orang kurang upaya (OKU) penglihatan di Stesen LRT Titiwangsa. Kemalangan tersebut merupakan suatu kegusaran yang telah lama dirasai oleh komuniti kurang upaya penglihatan di Malaysia yang kini sudah menjadi realiti ngeri. Insiden melibatkan OKU penglihatan di stesen-stesen perkhidmatan rel bukanlah suatu yang baharu.

 

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 20 kemalangan melibatkan OKU penglihatan yang jatuh ke landasan rel, sama ada di stesen Monorail, LRT mahupun KTMB. Langkah penyediaan pintu-pintu skrin platform stesen Monorail dan MRT adalah amat wajar bagi mengelak kejadian sebegini berlaku. Fasiliti mitigasi sedemikian hendaklah menjadi antara ciri inheren pada reka bentuk setiap stesen perkhidmatan rel seluruh Malaysia.

 

Lebih daripada itu, jumlah pintu skrin platform juga hendaklah sejajar dengan jumlah pintu koc penumpang untuk melindungi keselamatan para pengguna kurang upaya penglihatan.

 

Langkah mitigasi risiko keselamatan di stesen-stesen perkhidmatan rel juga tidak boleh bergantung kepada elemen teknologi semata-mata. Pihak Prasarana dan KTMB perlu juga memastikan para petugas kawalan berada di platform untuk memantau serta membantu para pengguna, terutamanya pengguna-pengguna kurang upaya penglihatan. Kekurangan para petugas di lokasi-lokasi strategik, seperti di platform adalah antara faktor insiden kemalangan OKU di stesen perkhidmatan rel berterusan.

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) menyambut baik langkah yang diambil oleh Kementerian Pengangkutan bersama pihak Prasarana untuk melaksanakan siasatan terperinci berhubung insiden ini. Langkah-langkah seperti memasang Smart CCTV dan pintu skrin platform yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan menerusi Facebook juga adalah langkah-langkah mustahak.

 

SBM juga menyarankan kepada Kementerian Pengangkutan untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi melatih para petugas perkhidmatan rel supaya mereka lebih cakna dan proaktif dalam berkomunikasi serta membantu para pengguna kurang upaya. SBM bersedia untuk memberikan khidmat teknikal dalam menyediakan latihan tersebut.

 

SBM juga mengajukan ungkapan takziah dan sokongan moral kepada keluarga mangsa.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

MOHD MUSTAZA MOHD ZAIN
PRESIDEN
PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)
Tel: +60192110111
Emel: mmmz2020@gmail.com

BySociety of the Blind In Malaysia

KENYATAAN AKHBAR SEMPENA HARI BRAILLE SEDUNIA 2025 / PRESS RELEASE IN CONJUNCTION WITH WORLD BRAILLE DAY 2025

Kuala Lumpur, 4 Januari 2025 — Sempena sambutan Hari Braille Sedunia yang diraikan pada 4 Januari setiap tahun, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) ingin menekankan betapa pentingnya sistem Braille dalam meningkatkan aksesibiliti informasi dan memperkasakan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan di Malaysia.

 

Hari Braille Sedunia memberi penghormatan kepada pencipta sistem Braille, Louis Braille, yang telah membuka peluang kepada jutaan individu dengan masalah penglihatan untuk mengakses pendidikan, pekerjaan, dan informasi. Di Malaysia, SBM telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan penggunaan Braille melalui pelbagai inisiatif seperti program pendidikan, latihan kemahiran, dan pembangunan bahan bacaan dalam format Braille.

 

Namun, SBM ingin menyeru kepada semua pihak, termasuk kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat umum, untuk memperkukuh usaha dalam memastikan akses yang lebih luas kepada informasi dalam format Braille. Dalam era digital, teknologi seperti pencetak Braille, paparan Braille elektronik, dan perisian pembaca skrin perlu diperluaskan penggunaannya untuk memastikan tiada individu yang tercicir daripada arus maklumat. Walaupun banyak kemajuan telah dicapai terutamanya denngan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Marrakesh pada tahun 2022, masih banyak cabaran yang perlu diatasi. SBM berharap, Hari Braille Sedunia ini akan menjadi peringatan kepada semua tentang pentingnya sistem tulisan Braille sebagai alat transformasi sosial bagi OKU Penglihatan dan menyeru pihak kerajaan untuk meningkatkan sokongan terhadap penyelidikan dan pembangunan teknologi berkaitan Braille.

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) komited untuk terus memperjuangkan hak dan kebajikan OKU Penglihatan. Bersama-sama, kita mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang inklusif dan saksama, di mana setiap individu diberi peluang untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

 

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Kuala Lumpur, 4 January 2025 — In celebration of World Braille Day, observed annually on 4 January, the Society of the Blind in Malaysia (SBM) emphasizes the importance of the Braille system in enhancing information accessibility and empowering the visually impaired community in Malaysia.

 

World Braille Day pays tribute to the inventor of the Braille system, Louis Braille, whose creation has opened doors for millions of individuals with visual impairment to access education, employment, and information. In Malaysia, (SBM) has played a vital role in promoting Braille usage through various initiatives such as educational programs, skill training, and the development of reading materials in Braille format.

 

However, (SBM) calls on all parties, including the government, private sector, and the general public, to intensify efforts to ensure broader access to information in Braille format. In the digital era, technologies such as Braille printers, electronic Braille displays, and screen reader software must be more widely adopted to prevent any individual from being left behind in the flow of information. While significant progress has been made, particularly with Malaysia’s ratification of the Marrakesh Treaty in 2022, many challenges remain. (SBM) hopes that this World Braille Day will serve as a reminder of the importance of Braille as a tool for social transformation for the visually impaired and urges the government to increase support for research and development in Braille-related technologies.

 

The Society of the Blind in Malaysia (SBM) remains committed to advocating for the rights and welfare of the visually impaired community. Together, we can create an inclusive and equitable society where everyone has the opportunity to contribute to the nation’s development.

 

 

MOHD MUSTAZA BIN MOHAMAD ZIN

Presiden,

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

(Society of the Blind in Malaysia)

BySociety of the Blind In Malaysia

Keputusan Pertandingan Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan

Pada 30 November 2024, Pertubuhan dengan kerjasama dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Persatuan Karyawan Malaysia telah menganjurkan Program Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan 2024. Tujuan pertandingan bakat ini diadakan adalah untuk mempromosi bakat OKU Penglihatan yang sinonim dengan kemerduan suaranya disamping mencari bakat-bakat baru dalam kalangan OKU Penglihatan dan menggalakkan OKU Penglihatan untuk menggilap bakat mereka sama ada mereka yang baru mahupun telah lama bergiat dalam bidang ini.
Pertandingan ini mempertaruhkan seramai 13 orang peserta mewakili Cawangan Pertubuhan dari setiap negeri di Malaysia. Setiap peserta merupakan juara di negeri masing-masing. Mereka diadili oleh tiga orang juri professional dimana Dato’ Freddie Fernandez sebagai ketua juri, diikuti Mel bekas vokalis Wings, dan Noorshila Amin. Pertandingan juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan bandaraya Kuala Lumpur mewakili Datuk Bandar.
Pertandingan yang berlansung selama lebih dari empat jam akhirnya telah dijuarai oleh Nur Ain Izzati dari SBM Cawangan Negeri Perak dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM 1000, trophi dan piala pusingan. Selain bergelar juara, Nur Ain Izzati juga membawa pulang wang tunai RM 300 dan piala apabila memenangi Vokal Terbaik. Tempat kedua jatuh kepada Ryyan Naufal Jebry dari SBM Cawangan KL/Selangor dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM 700 dan trophi diikuti tempat ketiga oleh Marcos Joel dari SBM Cawangan Sarawak dengan membawa
pulang hadiah wang tunai RM 500 dan trophi.
Turut membawa pulang dua saguhati adalah Mohd Rejab Khan dari SBM Cawangan Johor dan Zakaria Hanafiah dari SBM Cawangan Pulau Pinang dengan masing- masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM 200. Mohd Rejab Khan juga turut membawa pulang tropi dan wang tunai RM 300 apabila dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik.
Kesemua hadiah telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan bandaraya Kuala Lumpur diiringi oleh Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Encik Mohd Mustaza Bin Mohammed Zin.

 

BySociety of the Blind In Malaysia

Pertandingan Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan

 

 

 

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) akan menganjurkan Pertandingan Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan, pada 30 November 2024, bertempat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

Pertandingan yang akan menyaksikan pertembungan yang sengit antara barisan peserta OKU penglihatan dari setiap negeri. Sama-sama kita saksikan persembahan mereka pada 30 November ini.

Anda juga boleh menyatakan sokongan kepada mereka dengan menyumbang ke akaun sumbangan SBM sebagaimana tertera di bawah.

Nama: PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
Bank: CIMB Bank
No. Akaun: 8000-821-737
Nota Rujukan: Sumbangan Pertandingan Bakat Seni Suara

BySociety of the Blind In Malaysia

PRESS STATEMENT FOR 2025 NATIONAL BUDGET

As we approach the announcement of the 2025 national budget, the Society of the Blind in Malaysia (SBM) strongly urges the government to prioritize the needs of the visually impaired community and the broader disabled population in the country. It is time for the government to show its commitment to equality and inclusion, in alignment with the values of Semangat Kerajaan Madani, which emphasize collective empowerment, resilience, and ensuring that no community is left behind. By embracing the Madani spirit, we believe the government can help foster an environment of equal opportunity and true inclusivity for all, particularly the disabled community. We hope to see more inclusive measures, including the provision of operational grants for NGO’s like us that serve the disabled. Without this financial support, we would struggle to continue advocating for and delivering essential services to those in need.

 

We are also calling on the government to allocate specific funding for the visually impaired to be trained in information and communication technology, such as artificial intelligence (AI), computer applications, digital marketing, and social media. By equipping our community with these skills, we will open up new employment opportunities and help bridge the digital divide. Additionally, SBM stresses the importance of providing free and also upgrading public transportation for the disabled, a step toward greater independence and mobility for all.

 

Meanwhile, we urge the government to invest in smart city infrastructure with disabled-friendly features designed for the disabled, especially in public areas, introduce more IT learning in special primary and secondary schools, and help us to upgrade training center facilities run by the NGO serving the visually impaired, and establish entrepreneurship grants and support lifelong learning programs for the disabled community. The lack of significant support thus far has been disheartening, but we remain hopeful that this budget will reflect positive changes and real opportunities for growth, inclusion, and empowerment in line with the Semangat Kerajaan Madani. Last but not least, “the government must not turn a blind eye to our pleas, nor stand idle while the disabled community continues to face systemic barriers. Ignoring our voices is not an option; action must be taken to ensure true progress and inclusion for all.”

Thank you.

 

DR. WONG HUEY SIEW

Chairperson For Employment and Economy Development Committee

Society of The Blind in Malaysia

 

AND

 

MOHD MUSTAZA BIN MOHAMAD ZIN

President

Society of The Blind in Malaysia

BySociety of the Blind In Malaysia

RAPATKAN JURANG AKSESIBILITI FIZIKAL SEANTERO MALAYSIA

 

 

Tahukah anda bahawa, tarikh 15 Oktober merupakan tarikh Sambutan Hari Tongkat Putih setiap tahun?

Mengapa sambutan ini penting?

>> Memperjuang serta memperingatkan kepentingan aksesibiliti di seluruh negara.
>> Memupuk serta mengarusperdanakan perangkuman OKU penglihatan dalam masyarakat dan negara.
>> Meraikan pencapaian, peranan serta sumbangan OKU penglihatan.

PadA tahun ini, mulai 25 September hingga 30 Oktober, SBM akan melaksanakan kempen media sosial bersempena sambutan Hari Tongkat Putih 2024 dengan tema “RAPATKAN JURANG AKSESIBILITI FIZIKAL SEANTERO MALAYSIA”

Mari bersama kami dalam perjuangan ini! Anda boleh juga menyumbang ke akaun sumbangan SBM sebagaimana tertera di bawah.

Nama: PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
Bank: CIMB Bank
No. Akaun: 8000-821-737
Nota Rujukan: sumbangan hari tongkat putih

#HariTongkatPutih2024
#RapatkanJurangAksesibiliti
#NoMoreAccessGap
#A11y