Barisan Kepimpinan Baharu SBM Bagi Penggal 2020-2022

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Edisi ke-13 Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 25 hingga 27 Disember 2020. Berikut merupakan keputusan pengundian bagi barisan kepimpinan baharu SBM bagi penggal 2020-2022.

 

 

Presiden:                                  Haji Mohd. Nazari Bin Haji Othman;

Timbalan Presiden:                Mohd. Fekkeri Bin Mat Jusoh;

Bendahari Kehormat:            Madam Jasmine Khoo;

Setiausaha Agung:                  Rosham Bin Sidek;

 

Ahli Majlis Presiden:

 

  1. Dr. Ahmad Shamsuri Bin Muhamad;
  2. Dr. Wong Huey Siew;
  3. Khairul Azwan Bin Wahab;
  4. Mohd. Mustaza Bin Mohamad Zain;
  5. Siti Huraizah Binti Ruslan;
  6. Md. Daud Bin Abd. Rahman;

Selamat Hari Braille Sedunia 2021

Sambutan Hari Braille Sedunia disambut pada 4 Januari setiap tahun bertujuan bagi memberikan pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan tulisan braille terhadap orang cacat penglihatan.

Hari Braille Dunia disambut setiap tahun pada 4 Januari bersempena hari lahir Louis Braille, pencipta braille! Louis dilahirkan pada tahun 1809 di Perancis. Beliau menjadi buta selepas kemalangan semasa kanak-kanak.  Keadaan begitu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha dan beliau cepat menguasai cara hidupnya yang baru. Ketika berusia 15 tahun, beliau menciptakan sistem yang kita kenal sekarang sebagai braille, berdasarkan sistem penulisan yang dikembangkan oleh Charles Barbier. Selama bertahun-tahun Braille telah mengolahnya untuk memudahkan membaca, dan sekarang ia digunakan di seluruh dunia.

Justeru SBM mengucapkan selamat hari braille sedunia

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2020 (EDISI KE-13)

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2020 (EDISI KE-13)PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

Adalah dimaklumkan bahawa notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM 2020 (Edisi Ke-13) akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 25 – 27 Disember 2020 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: The Crystal Crown Hotel
12, Lorong Utara A Off Jalan Utara
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-79584422

Bersama-sama ini disertakan Notis Mesyuratat yang sama untuk diedarkan kepada Ahli-ahli SBM di Cawangan/Kawasan masing-masing dan ‘Garis Panduan Bagi Menghadiri Mesyuarat’ berkenaan bertarikh 12 Ogos 2020, untuk rujukan dan tindakan tuan/puan sewajarnya.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah diminta hadir.

Sekian, terima kasih.

 

‘BERSATU MEMBAWA KEJAYAAN’
Yang benar
(ROSHAM BIN SIDEK)
Setiausaha Agung
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)

 

KENYATAAN AKHBAR SEMPENA SAMBUTAN HARI OKU 2020

 

Pada hari yang penuh bermakna ini yakni 3 Disember 2020 merupakan hari yang sememangnya diraikan oleh semua warga OKU di seluruh dunia. Barangkali, Sambutan Hari OKU peringkat Kebangsaan tahun 2020 ini mungkin tidak dapat diraikan seperti tahun-tahun terdahulu disebabkan dunia ketika ini sedang dilanda ancaman pandemik Covid-19.

 

Justeru itu, suasana ini telah menjadi satu cabaran besar kepada semua orang termasuk komuniti Orang Kurang Upaya. Disebabkan itu, ramai OKU yang turut terkesan pada mereka yang bekerja sendiri seperti Juru Urut akibat daripada penularan wabak ini. Mujurlah ramai di kalangan kami telah mendapat bantuan keperluan asas seperti makanan daripada kerajaan, swasta, orang ramai dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang amat prihatin kepada nasib yang dihadapi oleh komuniti OKU di Negara ini.

 

Sempena Sambutan Hari OKU Antarabangsa dan Kebangsaan tahun ini, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia atau Society of the Blind in Malaysia (SBM) ingin menyarankan kepada kerajaan agar sentiasa dan terus membela dan melindungi keselamatan serta hak kami. SBM ingin mengeshorkan bahawa semua OKU seharusnya diberikan vaksin Covid-19 dengan percuma apabila vaksin ini diterima daripada pembekal. Secara ikhlas, SBM ingin berkongsi bahawa majoriti besar OKU Penglihatan di Negara ini merupakan golongan B40. Ini termasuk ramai daripada mereka hidup di luar Bandar sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap.

 

SBM ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak seperti Wakil Rakyat, Sukarelawan, orang ramai, NGO, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang telah sudi membantu komuniti OKU khususnya OKU Penglihatan untuk mengurangkan beban dan cabaran hidup yang sedang dihadapi ketika ini.

 

Kami juga berharap bahawa semua OKU yang mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat turut diberikan baucer RM100.00 sebagaimana yang diberikan kepada belia seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021. Tidak ketinggalan juga SBM ingin menggesa supaya semua Kerajaan Negeri turut mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi menyediakan dana atau peruntukan untuk kesejahteraan hidup komuniti OKU di Negeri masing-masing. Kami amat menaruh harapan besar agar YAB Menteri Besar atau Ketua Menteri sentiasa ingat dan prihatin kepada warga OKU di Negeri YAB masing-masing.

 

Selain itu, SBM juga ingin menggesa agar pihak swasta sentiasa komited untuk mengambil OKU Penglihatan bekerja. Terdapat ramai OKU Penglihatan yang terlatih dan graduan ingin mencari pekerjaan. Oleh itu, diharap semua bakal majikan menerima baik permohonan mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk di temuduga dan menilai keupayaan dan kekuatan mereka bukan dari segi kecacatan mereka. SBM ingin menekankan bahawa ramai OKU Penglihatan sudah menguasai kemahiran ICT dan boleh menggunakan ‘smart phone’. Ini merupakan salah satu kelebihan untuk membantu mereka menjalankan kehidupan harian seperti orang lain.

 

Di samping itu, kami juga ingin menyeru kepada Bank Negara dan semua bank komersial untuk mengamalkan dasar perkhidmatan bank yang mesra OKU. Tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya telah ada beberapa buah bank yang berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang mesra OKU, namun dasar-dasar yang terdapat di bank yang sama dan cawangan lain termasuk cawangan di luar Lembah Klang adalah tidak seragam. Perkara sedemikian sentiasa menimbulkan kekeliruan dan kesulitan kepada OKU Penglihatan yang mengunjung ke cawangan tersebut. Misalnya, masih terdapat banyak cawangan yang tidak ingin OKU membuka akaun simpanan dan kad ATM.

 

Jika keadaan sedemikian berterusan, ia pasti menyukarkan OKU Penglihatan untuk menggunakan kemudahan internet banking atau e-payment. Selagi perkara kad ATM ini tidak dapat diselesaikan, ia sukar untuk mendaftar bagi penggunaan transaksi melalui internet banking. Kami berharap Bank Negara segera membantu menyelesaikan isu ini kerana isu tentang OKU Penglihatan akses kepada perkhidmatan banking ini telah lama berlarutan. Begitu juga saksi yang dijadikan syarat kepada OKU penglihatan apabila hendak memohon produk tertentu sepatutnya seorang sudah memadai bukannya dua orang (ahli keluarga). Perkara ini tidak munasabah kerana ramai OKU tinggal  berasingan daripada keluarga dan kampung mereka jauh. Apakah dasar sedemikian ini adalah mesra kepada OKU?

 

 

 

Akhir sekali, SBM ingin mengucapkan Selamat Hari OKU kepada semua warga OKU khususnya OKU Penglihatan yang jatuh pada tanggal 3 Disember 2020 nanti. Diharap nasib dan taraf hidup komuniti OKU sentiasa di bela dan terus maju ke hadapan. Terima kasih kepada semua yang prihatin dan komited kepada agenda pembangunan OKU di Negara tercinta iaitu Malaysia.

 

 

 

 

 

Yang benar,

 

MOHAMMED NAZARI BIN HJ. OTHMAN

Presiden

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

(Society of the Blind in Malaysia)

 

 

dan

 

 

DR WONG HUEY SIEW

Pengerusi

Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

(Society of the Blind in Malaysia)

 

 

 

 

 

Penangguhan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Edisi Ke-13 2020

PENGUMUMAN DARI PENGERUSI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN EDISI KE-13 2020.

 

Salam SBM,

 

Berikutan dari pengumuman perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) mengenai perkembangan semasa Virus COVID &19, Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Edisi Ke-13 2020 telah ditangguhkan kesatu Tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

SBM ingin memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku. Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

(KHAIRUL AZWAN BIN WAHAB)

Pengerusi jawatankuasa BGM edisi ke-13 2020

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2020

 

 

Malaysia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaanya yang kali ke-63 tahun.  YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini memperkenalkan Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’

 

Tema sambutan tahun ini adalah ‘Malaysia Prihatin’. ‘Malaysia’ membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan, manakala ‘Prihatin’ mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif PRIHATIN yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

 

Sempena Bulan Kebangsaan tahun ini, empat aktiviti utama akan diadakan iaitu Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara yang akan bermula 9 Julai hingga 16 September 2020, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 28 Julai 2020 di Putrajaya, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2020 di Kuala Lumpur, dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2020 di Sibu, Sarawak.

 

Logo berbentuk hati dipilih dengan warna-warna bendera Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan Kerajaan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

 

 

 

MAKSUD LOGO

 

Logo berbentuk hati;

Melambangkan Keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.

 

Warna biru tua ;

Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

 

Bulan Sabit;

Islam adalah agama bagi persekutuan.

 

Bintang Pecah 14;

Perpaduan 13 buah begeri dan kerajaan Persekutuan.

 

7 Jalur Merah Putih berbentuk hati;

Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.

 

Stigma Bunga Raya;

Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.

 

5 titik merah;

Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

 

 

 

Justeru itu, SBM mengucapkan selamat hari kemerdekaan yang ke-63. Semoga negara kita yang tercinta Malaysia, sentiasa dikurniakan keharmonian dan kesejahteraan selalu. Sekian terima kasih.

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2020 (EDISI KE-13) PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

Dengan segala hormatnya, notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM 2020 (Edisi Ke-13) akan diadakan seperti berikut:-

 

Tarikh:           16 – 18 Oktober 2020 (Jumaat hingga Ahad)

Tempat:        The Crystal Crown Hotel

12, Lorong Utara A Off Jalan Utara 46200 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-79584422

 

Mana-mana ahli SBM yang ingin menyertai Mesyuarat ini adalah dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM150.00 seorang. Manakala bagi bukan ahli/anak/pengiring pula dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM260.00 seorang.  Pendaftaran bolehlah dibuat melalui Pejabat Cawangan/Kawasan masing-masing.

Sejajar dengan Peraturan 8.8 – Perlembagaan SBM, mana-mana Ahli yang ingin mengemukakan sebarang usul untuk dibincangkan semasa Mesyuarat berkenaan hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Agung SBM tidak lewat dari 15 September 2020.

Setiap peserta terikat dengan SOP yang perlu dipatuhi. Sila KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir.

 

Sekian, terima kasih.

 

‘BERSATU MEMBAWA KEJAYAAN’

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) MENGHADIRI BGM SBM 2020

BGM datang lagi. Jaga jarak sosial, amalkan kebersihan optimum dan jangan lupa patuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang dikeluarkan kerajaan. Berikut adalah SOP dan perkara-perkara yang perlu dipatuhi semasa menghadiri BGM 2020;

 

  1. Bagi memudahkan urusan penganjuran BGM 2020, semua peserta mesyuarat digalakkan memuat turun aplikasi MySejahtera dengan menggunakan telefon pintar.

 

  1. Aplikasi ini boleh digunakan di lokasi berlangsungnya BGM 2020 dan pihak penganjur akan menggunakan aplikasi ini bagi tujuan pendaftaran peserta dan untuk check in hotel. Peserta yang tidak mempunyai kemudahan ini akan direkodkan secara manual.

 

  1. Kehadiran kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah DILARANG.

 

  1. Patient Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan hadir.

 

  1. Kaunter saringan kesihatan akan diwujudkan di pintu masuk bertujuan memastikan bilangan kehadiran, membuat pemeriksaan suhu badan, saringan gejala batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas. Peserta dengan suhu badan melebihi 37.5 celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.

 

  1. Peserta mesyuarat digalakkan memakai/menggunakan pelitup muka sepanjang masa semasa berlangsungnya BGM 2020 bagi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19 dengan berkesan.

 

  1. Penganjur, urusetia juga perlu menjalani saringan kesihatan.

 

  1. Semasa para peserta menunggu giliran di kaunter saringan, penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter mesti dipatuhi.

 

  1. Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu memastikan para peserta membersihkan tangan (hand sanitizer) dan merekod kehadiran peserta.

 

  1. Pihak penganjur akan menyusun dan menanda kedudukan tempat duduk peserta di dalam ruang persidangan. Penjarakan sosial 1 meter antara susunan tempat duduk.

 

  1. Penggunaan tandas akan dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa.

 

  1. Amalkan 3W. (wash) kerap cuci tangan, (wear) pakai pelitup muka dan (warn) amaran bagi elakkan bersalam.

 

  1. Amalkan 3S. Elakkan berada di tempat yang SESAK, tempat yang SEMPIT dan tertutup serta elakkan SEMBANG dekat-dekat.

 

  1. Sentiasa memakai pelitup muka (face mask) semasa mesyuarat.

 

  1. Bermula 1 Ogos 2020 pemakaian pelitup muka adalah WAJIB di tempat awam dan tempat yang sesak. Individu yang engkar boleh didenda. Pihak Penganjur BGM 2020 tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada di kalangan peserta mesyuarat yang didenda kerana engkar dengan arahan tersebut.

 

  1. Dimaklumkan juga bahawa keputusan ini juga tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa.

Radio Society of the Blind in Malaysia

Radio Society of the Blind in Malaysia

 

Live stream with your favorite DJ, Mr. Moktar Soon

 

Click HERE to listen to SBM Radio

Sumbangan Kepada Ahli-Ahli SBM Oleh YB TUAN FONG KUI LUN

Sumbangan bantuan oleh YB TUAN FONG KUI LUN pada 26 Jun 2020 kepada ahli-ahli SBM di Dewan Serbaguna Wisma SBM tingkat 1.