BySociety of the Blind In Malaysia

NOTIS PEMBERITAHUAN PERTUKARAN TEMPAT MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA SBM 2022

Kepada Semua Ahli SBM

 

Tuan/Puan,

NOTIS PEMBERITAHUAN PERTUKARAN TEMPAT MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA SBM 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Mesyuarat Agung Luar Biasa SBM 2022 bagi membentangkaan Cadangan Pindaan Perlembagaan SBM yang dijadualkan berlangsung di Pusat Aktiviti SBM, Tingkat 1, Wisma SBM TELAH DIUBAH lokasi/tempat kepada ketetapan seperti berikut:

 

No. 12, Nube House
Jalan Tun Sambanthan 3
Brickfields
50470 Kuala Lumpur

 

3. Selain daripada pertukaran lokasi/tempat mesyuarat, tiada perubahan lain kepada notis tersebut termasuk tarikh dan masa mesyuarat.

4. SBM memohom maaf ke atas sebarang kesulitan yang timbul.

5. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir

Sekian, harap maklum.

 

‘BERSATU MEMBAWA KEJAYAAN’

BySociety of the Blind In Malaysia

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) dengan kerjasama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) bakal melaksanakan Projek Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0. Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0 merupakan sebuah projek kesinambungan daripada Langkah Kerdil Menuju Baitullah 1.0 yang membawa golongan kerdil pada tahun 2018 untuk menunaikan ibadah umrah. Projek yang dianjurkan oleh Kengkawan Project Kuala Lumpur itu telah berjaya membawa 20 orang keluarga jemaah kerdil dan diiringi oleh 54 jemaah lain yang terdiri dari pihak media, sukarelawan dan orang awam. Prihatin kepada impian yang sama, kali ini, Kengkawan Project Kuala Lumpur akan meneruskan dengan Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0 yang memfokuskan golongan istimewa OKU pendengaran melalui Persekutuan Orang Pekak Malaysia dan OKU penglihatan, melalui Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

 

SBM menyasarkan untuk membawa bersama sekurang-kurangnya 20 orang Jemaah OKU penglihatan dari seluruh Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah, terdiri dari kalangan yang kurang berkemampuan kewangan (B40) dan tidak pernah sama ada menunaikan haji atau umrah. Sasaran perjalanan dijangkakan berjalan pada bulan Julai / Oktober 2023. Oleh itu, jika ada pihak yang sudi bekerjasama untuk menjayakan projek yang sangat bermakna ini, SBM amat mengalu-alukan sumbangan dan bantuan dari anda. Sumbangan bolehlah disalurkan ke:

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
CIMB Bank: 8600110286
Ruj: UMRAH2023

 

Untuk makluman juga, sebarang sumbangan kewangan layak untuk menerima pelepasan cukai. Bagi keterangan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi saya, Mohamed Nazari Bin Hj. Othman, Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia. Sekian terima kasih.

 

MOHAMED NAZARI BIN HJ. OTHMAN

Presiden
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Tarikh : 5 Disember 2022
Tel       : 013-340 0710
Email  : mnazarisbm@gmail.com

BySociety of the Blind In Malaysia

Selamat Menyambut Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa

Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa (3 Disember) ialah sebuah hari istimewa yang dipupuk oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak tahun 1992. Lazimnya, kegiatan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa dianjurkan oleh sukarelawan, sewajarnya dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau kerajaan.

Justeru itu, SBM mengucapkan selamat menyambut Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa kepada semua warga OKU di Malaysia.

BySociety of the Blind In Malaysia

Kenyataan Kesatuan Orang Buta Sedunia pada Hari Antarabangsa Orang Kurang Upaya

Pada 15 November, penduduk dunia mencecah 8 bilion, menjadikan jumlah orang kurang upaya di seluruh dunia sekurang-kurangnya 1.2 bilion. Pertumbuhan penduduk dunia datang pada masa beberapa bencana global – termasuk pandemik COVID-19, perang di Ukraine, perubahan iklim, dan kemiskinan yang amat sangat di seluruh dunia membangun – secara serius mengancam realisasi penuh hak asasi manusia untuk kumpulan terpinggir dunia, terutamanya orang kurang upaya, wanita dan kanak-kanak.

 

Ketika dunia bergelut dengan kesan cabaran global ini, Kesatuan Orang Buta Sedunia (WBU) mengakui ketidakadilan sosial dan halangan yang berakar umbi yang menjejaskan prospek dunia yang lebih inklusif, mudah diakses dan saksama untuk orang kurang upaya. Dengan mengambil kira halangan ini, kami komited untuk menggandakan usaha kami untuk menghapuskan halangan sedia ada dan menghalang yang baharu daripada dicipta supaya semua orang yang buta atau separa rabun boleh menjalani kehidupan yang dipilih mereka.

 

Pada Hari Antarabangsa Orang Kurang Upaya tahun ini, WBU menyertai seluruh dunia dalam meraikan manfaat yang telah kami peroleh sejak penerimaan Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya pada tahun 2006. Dalam meraikan manfaat tersebut, kami juga membayangkan peluang dalam agenda pembangunan dan kemanusiaan yang mempunyai harapan tinggi seperti Agenda Global untuk Pembangunan Mampan, Agenda Bandar Baharu, Perjanjian Paris mengenai Perubahan Iklim, Perjanjian Marrakesh, dan Piagam Kemasukan Orang Kurang Upaya dalam Tindakan Kemanusiaan yang wujud untuk pergerakan orang kurang upaya.

 

Pada hari penting ini, mengimbas kembali prinsip tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang, WBU menyeru pihak kerajaan dan bukan kerajaan termasuk sektor swasta untuk mengambil tindakan berikut:

  • Mengguna pakai pendekatan persimpangan dalam perancangan pembangunan dan kemanusiaan, dasar dan tindakan, menonjolkan bagaimana struktur yang berbeza seperti jantina, umur dan bangsa bersilang dengan ketidakupayaan yang menghasilkan semula ketidaksamaan dan ketidakadilan sosial yang lebih buruk.
  • Memperuntukkan sumber kewangan yang mencukupi untuk penyertaan penuh orang kurang upaya dalam semua aspek kehidupan termasuk tetapi tidak terhad kepada penjagaan kesihatan, pendidikan, pekerjaan, aktiviti sukan dan rekreasi, dan proses membuat keputusan.
  • Berunding dengan dan memastikan penyertaan bermakna orang kurang upaya, melalui organisasi perwakilan mereka (OPD), dalam perancangan pembangunan dan kemanusiaan, dasar dan amalan.
  • Mengambil kira halangan yang dialami oleh mereka yang buta atau separa rabun dan memastikan pelaksanaan penuh Perjanjian Marrakesh.
  • Meningkatkan kesedaran awam tentang ketidakupayaan dan memastikan penyesuaian yang munasabah dan langkah-langkah lain diterima pakai dan dilaksanakan untuk merealisasikan penyertaan penuh orang kurang upaya di seluruh dunia.

 

Mengenai WBU

WBU ialah suara global utama untuk kira-kira 253 juta orang buta dan separa rabun di seluruh dunia. Ahli kami terdiri daripada lebih daripada 250 buah organisasi di lebih daripada 190 buah negara. Kerja kita didorong oleh visi kita tentang dunia di mana kita, sebagai orang yang buta atau separa rabun, boleh mengambil bahagian sepenuhnya dalam mana-mana aspek kehidupan yang kita pilih. Kami menyokong peluang yang sama dan perlindungan serta promosi hak asasi semua manusia. Baca lebih lanjut mengenai kerja kami di https://www.worldblindunion.org.

 

 

BySociety of the Blind In Malaysia

Pengumuman dari Jawatankuasa Induk Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA)

Jawatan kosong untuk penyunting majalah Wawasan SBM

 

Ahli-ahli biasa dan bersekutu SBM dipelawa untuk memohon jawatan penyunting majalah Wawasan SBM. Wawasan SBM diterbitkan enam bulan sekali dalam bentuk cetak dan Braille. Ia diedarkan kepada penderma-penderma tertentu, sekolah-sekolah, dan institusi-institusi pendidikan yang mempunyai pelajar OKU penglihatan.

Pemohon untuk jawatan ini hendaklah mempunyai tahap  akademik sekurang-kurangnya diploma yang bersesuaian atau kelayakan yang setaraf dengannya. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman dalam bidang penerbitan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Resume
  2. Dokumen sokongan yang bersesuaian
  3. telefon bimbit yang boleh dihubungi

Pemohon yang berminat bolehlah menghantar permohonan dan dokumen yang diperlukan kepada:

 

Dr. Lim Tien Hong

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA)

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)

Wisma SBM, No 24, Jalan Tun Sambanthan 3

50470 Brickfields, Kuala Lumpur.

 

Permohonan boleh juga dihantar melalui e-mel ke tienhong.83@gmail.com

Pemohon yang layak akan dihubungi melalui telefon untuk di temuduga pada satu tarikh yang akan ditentukan. Temu duga tersebut akan dijalankan melalui telefon.

 

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin 2 Januari 2023.

 

Sebarang pertanyaan berkenaan jawatan ini, anda bolehlah menghubungi En. Muhammad Akmal di talian 03-22746162/03-22766162 atau Dr. Lim Tien Hong di talian 016-2685672 pada waktu pejabat.

BySociety of the Blind In Malaysia

IKLAN DARIPADA IBU PEJABAT SBM

KEKOSONGAN JAWATAN: Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)

Calon-calon adalah di pelawa untuk mengisi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) di Ibu Pejabat Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)
Kelayakan jawatan ini adalah:

1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM/STPM atau setaraf dengannya
3 Berusia 21 tahun ke atas
4 Sihat tubuh badan (mental dan fizikal)
5. Berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang pentadbiran perkeranian
6. Berkemahiran menggunakan komputer dan perisian-perisian berkaitan
7. Mahir bertutur, membaca, menulis dalam Bahasa Malaysia dan English
8. Mempunyai pengetahuan dan menunjukkan minat dalam polisi-polisi dan isu-isu OKU.
9. OKU Penglihatan B2 / B3
10. Tarikh tutup: 22 November 2022

Sehubungan itu, calon-calon yang berminat bolehlah mengemukakan ‘resume’ beserta dokumen-dokumen sokongan dan dikemukakan pada atau sebelum 22 November 2022 kepada:

Setiausaha Agung
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia,
No. 24 Jalan Tun Sambanthan 3,
50470 Kuala Lumpur.
Email: roshamsbm@gmail.com

Sekian, terima kasih.

BySociety of the Blind In Malaysia

NOTIS MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA SBM 2022 BAGI MEMBENTANGKAN CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN SBM

Dengan segala hormatnya, notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung Luar Biasa SBM 2022 bagi membentangkaan Cadangan Pindaan Perlembagaan SBM akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh: 11 Disember 2022 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Pusat Aktiviti SBM Tingkat 1, Wisma SBM No. 24, Jalan Tun Sambanthan 3 50470 Kuala Lumpur.

Mana-mana Ahli SBM yang berhasrat untuk menghadiri Mesyuarat ini dikenakan Bayaran Penyertaan sebanyak RM40.00 (dengan penginapan pada 10 Disember 2022). Ahli-ahli yang hanya ingin hadir pada 11 Disember 2022 pula, dikenakan Bayaran Penyertaan sebanyak RM15.00 dengan mendaftarkan di Cawangan masing-masng.

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir.

 

Sekian, terima kasih.

“TEKAD, IKHTIAR: SBM MENUJU 60 TAHUN”

BySociety of the Blind In Malaysia

KARNIVAL YCAREER PERINGKAT KEBANGSAAN 2022

Assalamualaikum dan salam SBM

 

Sukacita dimaklumkan bahawa PERKESO dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan Karnival Ycareer Peringkat Kebangsaan 2022 sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu pencari kerja dari kalangan belia massa untuk mendapatkan maklumat dan peluang penempatan pekerjaan berdasarkan keperluan industri serta meningkatkan kebolehpasaran belian dalam bidang kerjaya.

Program ini juga memfokuskan peluang dan penciptaan pekerjaan dengan pengisian yang memberi pendedahan (sharing), peluang (opportunity) serta melibatkan diri (engagement) belia dalam elemen tersebut.Sebanyak 40 majikan dari pelbagai sektor industri  yang menawarkan lebih 6000 kekosongan jawatan yang akan menyertai karnival ini dan akan mengadakan sesi temu duga terbuka.

Pra pendaftaran untuk karnival ini boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut http://myfuturejobs.gov.my/careerfair.

Maklumat lanjut berhubung karnival ini adalah seperti berikut:-

Tarikh   :               27 – 30 Oktober 2022 

Masa     :               9.00 pagi hingga 5.00 petang 

Tempat :               AEON AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur

Sekiranya terdapat persoalan mengenai perkara ini, boleh hubungi pegawai yang bertugas di talian 019 – 6097 458 Puan Rosmayura / 019 – 6077 433 Cik Marwatif.

Sekian, terima kasih.

 

 

“TEKAD, IKHTIAR: SBM MENUJU 60 TAHUN”

BySociety of the Blind In Malaysia

Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti (JPWK) SBM

Kepada ibu tunggal di Selangor, Kerajaan Negeri telah telah memperkenalkan bantuan RM300 ringgit Sebulan yang dikenali BINGKAS.

Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 ringgit bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BINGKAS

Berdaftar sebagai pemohon BSH, BPR dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih.

 

Warganegara Malaysia.

Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

Pemilih berdaftar di negeri Selangor

Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah.

Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN AHLI

 

Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan,atau Pasangan)

Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Kad OKU atau Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak ,Tanggungan)

Salinan Sijil Kematian atau Perceraian atau Laporan Polis (untuk bapa atau ibu tunggal)

Salinan Slip Gaji atau Pencen Terkini (untuk penjawat awam atau pesara)

Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)

Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN atau Penghulu atau Ahli Majlis atau Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja).

NOTA: Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

 

Melalui bantuan ini, setiap keluarga yang layak (termasuk ibu tunggal) akan menerima bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan selama setahun. Ini bermaksud jumlah keseluruhan bantuan adalah RM3,600 setahun.

 

Sila layari sesawang di bawah ini dan isikan borang permohonan bantuan skim ini bagi membolehkan mereka mendapat terus menerima manfaat ini.

 

https://www.bingkasselangor.com

 

BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN BINGKAS

 

Hanya jenis barangan yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS.

 

Beras

Mi dan bihun

Roti dan biskut

Telur

Gula dan Garam

Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya

Tepung

Minyak masak

Sayur-sayuran dan buah-buahan

Daging ayam, lembu, kambing dan ikan

Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci

Lampin pakai buang (bayi/dewasa)

Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)

Barangan sekolah (kasut, beg, buku, alat tulis, parakain seragam dan sebagainya)

Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah/akademik)

 

PROSUDER PEMBELIAN BINGKAS

 

Penerima Bingkas mengunjungi ke kedai-kedai yang tersenarai di bawah program bingkas

Penerima memilih barangan yang ingin dibeli

Jururwang mengimbas ID peenrima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan

Juruwang mencatatkan barangan yang dipilih penerima dan melakukan saringan mengikut jenis barangan yang tersenarai di bawah program Bingkas

Penerima memastikan baki akaun Bingaks mencukupi di kad maya dan menekan kad untuk memulakan pembayaran menggunakan aplikasi Wazpay eWallet

Penerima menekan Pay dan memilih akaun bingkas untuk membuat pembayaran

Penerima memasukkan pin 6-digit untuk pengesahan untuk mengaktifkan kod QR bagi tujuan pembayaran

Juruwang mengimbas kod QR untuk menerima bayaran

 

CARA PEMBAYARAN BINGKAS

 

Klik pada kad maya dalam aplikasi selangkah untuk pengaktifan

Aplikasi Wazpay eWallet akan terbuka jika ia sudah sedia dipasang di telefon pintar anda Atau secara automatiknya akan terbuka (Play Store / Apple Store) untuk memuat turun apliaksi jika ia belum sedia dipasang di telefon pintar anda.

Log masuk jika anada sudah memiliki akaun atau klikpada Sign up untuk mencipta akaun baru. Ikuti arahan yang diberikan sehingga proses mencipta akaun baru selesai

Pergi semula ke Aplikasi Selangkah. Kad maya akan menunjukkan baki akaun Bingkas anda dan sedia untuk digunakan.

 

CARA PENDAFTARAN BINGKAS

Sekiranya anda baru ingin membuat, berikut adalah caranya

 

Layari pautan:

 

https://bingkasselangor.com/

 

klik pada daftar permohonan

Masukkan nombor telefon anda

Bagi penerima KISS, sila klik Kemaskini No Telefon untuk mengemaskini nombor telefon anda.

Ikuti arahan selanjutnya sehingga pendaftaran selesai

 

BySociety of the Blind In Malaysia

Mini Karnival Aspirasi Kerjaya OKU

Adakah anda seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dan sedang mencari peluang pekerjaan?

 

Jom sertai Mini Karnival Aspirasi Kerjaya OKU yang akan diadakan pada:

Tarikh: 19 Oktober 2022 (Rabu)

Masa: 9 pagi hingga  4 petang

Tempat: Dewan Perdana, Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor

 

Imbas kod QR untuk pendaftaran atau layari www.myfuturejobs.gov.my/careerfair

 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

Nur Mahidah – 019 607 5542

Zami – 019 – 609 2375