BySociety of the Blind In Malaysia

PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN PESTA NELAYAN

Program sambutan hari pesta nelayan ini juga merupakan suatu program tahunan yang akan disambut setiap tahun dan akan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menyertai tidak kira melalui perniagaan.  Pameran daripada persatuan dan pertandingan kebudayaan dan permainan masyarakat juga diadakan dan diketengahkan melalui program ini.

Sebagai satu langkah untuk memperkenalkan SBM kepada masyarakat luar bandar yang belum mempunyai banyak maklumat berkaitan golongan OKU penglihatan dari segi ability,kemampuan dan sebagainya, SBM Cawangan Sabah mengambil inisiatif untuk menyertai program ini melalui perniagaan refleksologi atau urut kaki sekaligus dapat memperkenalkan SBM kepada masyarakat yang masih belum mengetahui tentang kewujudan pertubuhan ini.

Program sambutan hari pesta nelayan ini bermula pada hari Jumaat 25 Oktober 2019 dan berakhir pada jam 4 petang hari Ahad 27 Oktober 2019.

Aktiviti adalah berkisar pada perkhidmatan urutan refleksologi, bahu dan kepala sebagai tawaran kepada pelanggan yang berminat.

Pihak JPE SBM Cawangan Sabah berasa amat berterima kasih kepada semua ahli yang memberikan komitmen sepanjang program ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada  Pejabat Daerah kecil  Menumbok kerana sudi menjemput SBM Cawangan Sabah menyertai program Pesta Nelayan.   Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga atas kelulusan dana yang diberikan untuk melaksanakan program ini.  Diharap pada masa akan datang pelbagai program yang bermanfaat seperti ini dapat dilaksanakan lagi

 

BySociety of the Blind In Malaysia

LAWATAN JARAK JAUH KE NEGERI PULAU PINANG

Pada 16 – 18 Oktober 2019,  Jawatankuasa  Kebudayaan, Kesenian Dan Sosial (JKKS) SBM Cawangan Sabah telah mengadakan  lawatan jarak jauh ke Taman Botanikal Garden,  Bukit Bendera,  Rumah P. Ramlee,  Kedai Jeruk Madu Pak Ali dan Pasar Malam Batu Ferenggi di Negeri Pulau Pinang.   Tujuan utama lawatan  ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para ahli mengenali dengan lebih dekat lagi tentang tempat-tempat pelancongan yang terdapat di Negeri Pulau Pinang.

Lawatan jarak jauh ini telah dijayakan oleh 20  orang iaitu  terdiri daripada Puan Mery Ringegon @ Catherine selaku Pengerusi SBM Cawangan Sabah,  Cik Dickrynah Primus selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS),   ahli biasa dan ahli bersekutu.

Penganjuran Lawatan Jarak jauh ini sangat bermanfaat kepada semua peserta bagi menambahkan pengetahuan mereka dalam kehidupan seharian dan meningkatkan motivasi peserta untuk membolehkan mereka menyebarkan ilmu yang diperolehi kepada kawan-kawan di tempat masing-masing.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BySociety of the Blind In Malaysia

KURSUS URUT TRADISIONAL DAN MODEN

SBM Cawangan Kelantan telah mengadakan kursus urut badan secara moden dan tradisional   pada  7  Oktober  2019  , yang mana semua peserta urut terdiri dari golongan OKU penglihatan.

Peserta  yang hadir telah diajar  mengenal point-point yang terdapat dalam system badan melalui urut badan.

Seramai  25  orang peserta yang telah mengikuti kursus tersebut.  Hampir keseluruhan peserta dapat mengikuti kursus dengan baik, penerangan yang jelas oleh tenaga pengajar yang bersuara tegas dan lantang.

Tenaga pengajar ialah  Ustaz Farid bin Ibrahim,  seorang tukang urut tradisional dan moden yang berpengalaman di Kelantan.

 

 

BySociety of the Blind In Malaysia

SAMBUTAN HARI TONGKAT PUTIH ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-10

15 Oktober merupakan Hari Tongkat Putih Antarabangsa yang di sambut setiap tahun seluruh dunia. Tahun ini Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Pulau Pinang diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Kali ke-10 bagi tahun 2019.

Acara Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan sebelum ini pernah diadakan di beberapa buah negeri seperti:

  • Bandar Raya Melaka (2011)
  • Bandar Raya Kuala Terengganu, Terengganu (2012)
  • Bandar Raya Ipoh, Perak (2013)
  • Bandar Raya Alor Setar, Kedah (2014)
  • Bandar Raya Johor Bahru, Johor (2015)
  • Bandar Raya Kuching, Sarawak (2016)
  • Banda Raya Kuala Lumpur (2017)
  • Banda Raya Kota Kinabalu, Sabah (2018)
  • dan kini Banda Raya Georgetow, Pulau Pinang (2019)

Dengan adanya program ini juga akan dapat menonjolkan kemampuan dan kebolehan golongan OKU penglihatan serta memupuk kerjasama serta komitmen daripada semua sektor dan agensi dalam menyediakan peluang pendidikan, latihan dan pekerjaan agar golongan ini dapat bersama-sama menjana pembangunan negara. Menyedari pentingnya kesedaran dan sokongan daripada masyarakat terhadap keperluan golongan OKU penglihatan ini, adalah diharapkan program ini akan dapat mengikis persepsi negatif masyarakat dan bersama-sama membantu golongan ini dalam apa jua aspek. Keperihatinan masyarakat akan membolehkan golongan OKU penglihatan menjalani kehidupan seperti insan lain dan sekaligus mengubah nasib insan-insan istimewa ini. Acara ini telah disertai lebih dari 300 penyertaan dari seluruh negeri dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow.

 

 

 

 

BySociety of the Blind In Malaysia

KURSUS PENGACARAAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Pada 27 hingga29 september 2019, SBM telah menganjurkan Kursus Pengacaraan Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlansung di Hotel Furama Bukit Bintang.

Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk melahirkan Oku penglihatan yang berkebolehan dalam bidang pengacaraan disamping memberi pendedahan secara berkesan kepada para peserta tentang proses pengendalian sesuatu Majlis serta memberi latihan secara intensif kepada para peserta tentang kaedah penulisan skrip pengacaraan mengikut kesesuaian sesuatu Majlis.

Seramai 50 orang peserta terlibat dalam program ini dimana peserta terdiri daripada kesemua pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial peringkat cawangan dan kawasan, seorang ahli biasa dari semua cawangan dan kawasan yang difikirkan bersesuaian serta berpotensi untuk diketengahkan, dan wakil dari ibu pejabat yang akan dipilih oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial.

Kursus ini dikendaikan oleh fasilitator yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pengacaraan iaitu Encik Suhaimi Sulaiman yang merupakan bekas personaliti TV3.

Dengan adanya kursus ini juga, diharapkan agar para peserta lebih peka dalam pengendalian Majlis, termasuklah dari aspek penulisan skrip agar skrip yang dihasilkan akan mendatangkan impak kepada mereka yang terlibat.

Selain itu, dengan adanya kursus ini juga, bakat para peserta dalam bidang pengacaraan juga akan dapat digilap, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pengacara luar, sekaligus dapat menjimatkan kos penganjuran untuk sesuatu program.

Oleh yang demikian juga, peluang untuk para peserta yang menyertai kursus ini untuk mengacarakan sesuatu majlis akan lebih terbuka, sekaligus mengelakkan berlakunya sistem monopoli hanya kepada orang tertentu sahaja.

 

BySociety of the Blind In Malaysia

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA HARI OKU ANTARABANGSA SLOGAN “ KAMI POWER DAN KAMI SUPER SEPERTI ANDA”

Kami Power dan kami super seperti anda

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori utama:

  1. Kategori OKU Penglihatan – Untuk kategori ini, ia terbuka kepada OKU penglihatan yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Kategori bukan OKU Penglihatan (celik) – Ia dibuka kepada bukan OKU yang berumur 18 tahun ke atas.

 

Kandungan video:

Tidak mempunyai sebarang skop dan tema khusus asalkan video tersebut menepati syarat-syarat berikut:

  1. Berkisahkan orang buta. Contohnya, asam garam kehidupan mereka, kisah cinta, sesuatu peristiwa yang dialami, mencari impian, jatoh longkang dan sebagainya.
  2. Mempunyai nilai-nilai positif mengenai orang buta
  3. Mempunyai kesan untuk mencetuskan perasaan insaf dan kesedaran kepada masyarakat umum
  4. Ceritanya menyentuh hati yang memaparkan unsur-unsur nilai positif kepada masyarakat tentang orang buta

 

Bahasa video:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

 

Durasi video:

Setiap video yang dihasilkan mestilah berdurasi antara 2 minit ke 4 minit sahaja.

 

Persembahan:

Video ini boleh disembahkan dalam bentuk video dan mesti di simpan dalam cd.

Ia boleh dalam bentuk monolog, lakonan, cerita atau dialog dengan diiringi dengan muzik serta gambar atau imej.

 

Hadiah:

  1. Tempat pertama             : RM400
  2. Tempat kedua                  : RM300
  3. Tempat ketiga                  : RM200
  4. Tiga tempat saguhati    : RM100

 

Penyerahan video:

Selepas sempurnakan penghasilan video, anda boleh menghantarkan video anda ke:

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)

No. 24, Jalan Tun Sambanthan 3,

Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.

 

Atau boleh e-mail kepada:

sbmvideo2019@gmail.com

 

Dokumen yang perlu diserahkan:

 

Borang pendaftaran:

  1. CD yang mengandungi video
  2. CD video mesti sampai kepada Jawatankuasa penganjur sebelum 10 November 2019
  3. Selepas serahkan video, anda hendaklah memaklumkan kepada penganjur melalui e-mail sebagaimana yang dinyatakan di atas
  4. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami pada e-mail yang dinyatakan di atas atau hubungi di talian pejabat SBM iaitu 03-22746162 Puan Nurfarahin Jaafar atau En. Suhairul Anuar Ahmad

 

Muat Turun Borang Pendaftaran DISINI => Borang pertandingan video pendek 2019

BySociety of the Blind In Malaysia

PROGRAM PEMUKIMAN STAFF SBM DI KEM SUNGAI CONGKAK

Pada 14 hingga 16 Oktober 2019 yang lalu, SBM telah melansungkan Program Pemukiman Staff di Kem Sungai Conggkak Hulu Langat Selangor.

Program Pemukiman Staff Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia 2019 yang berlangsung di Kem Sungai Conggkak adalah bertujuan untuk merapatkan dan meningkatkan perpaduan serta kerjasama untuk terus membangun dan memantapkan organisasi SBM.

Program ini telah berlansung selama 3 hari 2 malam dimana semua staff SBM dari seluruh cawangan telah berkumpul dan dipecahkan kepada 3 kumpulan denagn diketuai oleh ketua kumpulan yang dilantik.

Dua orang penceramah motivasi turut dijemput bagi memberikan galakkan dan motivasi khususnya kepada staff-staff SBM.

Program ini turut disertai oleh Penjawat tertinggi SBM dan ahli Exco SBM.

 

 

BySociety of the Blind In Malaysia

PERTANDINGAN MEMBACA BRAILLE PERINGKAT ZON TIMUR 2019

Pertandingan Membaca Braille Peringkat Zon Timur 2019 telah di adakan di SBM Cawangan Pahang . Program telah diadakan pada 25 Ogos 2019 yang lalu . Program ini  bermula  jam 9.30 pagi. Bertempat di SBM Cawangan Pahang G46G Jln Mentakab  Kg Batu 1 Temerloh .  Program ini adalah yang pertama kali dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan  SBM Pahang yang dipengerusikan oleh Encik  Mohamed Jasmi b Yaacob. Program ini mendapat kerjasama penuh dari  semua  AJK SBM  Pahang, peserta  , penonton dan pengiring untuk  program tersebut.

Objektif program ini adalah  bertujuan  mencari pemenang yang bakal  menjadi wakil SBM Zon Timur  untuk  Program Pertandingan Membaca Braille yang akan   dianjurkan diperingkat kebangsaan atau antarabangsa . Program ini juga bertujuan menerima amanah sebagai tuan rumah dan juga sebagai   memenuhi calendar Aktiviti Tahunan 2019.

Program ini telah disertai oleh  5 orang  ahli  dari SBM Zon Timur iaitu.

  • Muhamad Ammar b Ibrahim Istar – Pahang (BM Senior dan BI terbuka)
  • Zulkarnain Selamat –Pahang (BM Senior)
  • Muhamad Yusuf b Mohd Azam –Terengganu (BM Junior)
  • Afzan Ameera bt Ahmed-Terengganu ( BM senior dan BI terbuka)
  • Muhamad Azam b Razali –Kelantan (BM Junior ) … Tarik diri

 

Senarai  Pemenang dan menerima hadiah adalah :

Bahasa Melayu Junior :

Muhamad Yusuf b Mohd Azam  (hadiah pertama)

Mohamad Azam Tarmizi b Razali –diisytihar menarik diri oleh pengadil setelah gagal dalam bacaannya sehingga masa 3 minit yang diperuntukkan tamat

 

Bahasa Melayu Senior :

Muhammad Ammar bIn Ibrahim  Istar

(Hadiah pertama)

 

Afzan Ameera bt Ahmed

(Hadiah Kedua)

 

Zulkarnain b. Selamat

(hadiah ke tiga)

 

Bahasa Inggeris Terbuka:

Afzan Ameera bt Ahmed

( hadiah pertama)

 

Muhamad Ammar b Ibrahim Istar

(hadiah kedua )

Mohamad Azam Tarmizi b Razali –di kira menarik diri oleh pengadil

 

 

 

BySociety of the Blind In Malaysia

Society Of The Blind In Malaysia Charity Dinner

 

SBM would like to invite all of you to join us in ‘Society Of The Blind In Malaysia Charity Dinner’

 

 

 

We hope to see you there, stay tune…

Download participation form HERE

 

 

BySociety of the Blind In Malaysia

Selamat Tahun Baru Cina 2019

 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina 2019 kepada semua ahli SBM yang menyambutnya. Semoga dengan kehadiran Tahun Baru Cina kali ini, ianya akan membawa lebih banyak kemakmuran kepada seisi keluarga.

Manfaatkanlah perayaan Tahun Baru Cina ini bersama keluarga tersayang. Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, semoga selamat pergi dan selamat kembali.

 

Ikhlas Daripada
Haji Mohammed Nazari bin Haji Othman
Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia