Persoalan ini menjadi fokus utama apabila Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) memenuhi jemputan rasmi daripada Perbadanan Kota Buku sempena penganjuran Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
SBM telah diwakili oleh Encik Muhammad Akmal (Eksekutif Perhubungan Awam) dan Encik Khairul Azwan Wahab (Pengerusi Bersama Jawatankuasa Komunikasi & Aksesibiliti).
Antara pengisian utama yang dihadiri termasuk:

Sesi “Kota Buku Connect: Bridging Opportunities” β Meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh ekosistem perbukuan yang inklusif.

Pocket Talk “THE RIGHT TO READ: Technology, Inclusion and the Future of the Muslim World” bersama Puan Adibah Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku.

Sesi Pengenalan & Demonstrasi Interaktif M.A.T.A. β Sesi pendedahan khas peranti My Assistive Technology Access (M.A.T.A.) dan Book Capital. Dalam sesi ini, Encik Khairul Azwan sempat mempelajari serta mencuba sendiri penggunaan peranti teknologi bantuan M.A.T.A. yang direka khas bagi memudahkan akses bahan bacaan dan dunia digital untuk komuniti OKU penglihatan.
Inisiatif murni Perbadanan Kota Buku ini amat dihargai dalam memastikan maklumat, pendidikan, serta teknologi digital dapat dicapai secara saksama oleh semua.
Semoga hubungan dan jaringan kerjasama yang terjalin ini membuahkan hasil yang berterusan demi kemajuan ekosistem industri buku yang lebih inklusif dan berdaya saing!


IKUTI MEDIA SOSIAL KAMI UNTUK INFO DAN AKTIVITI SBM YANG MENARIK

[FOLLOW, LIKE, COMMENT AND SHARE

]