Pada 20 Ogos 2024, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) telah menerima kunjungan hormat dari Gary Chua Foundation.
Kunjungan tersebut diketuai sendiri oleh Datuk Dr Gary Chua yang merupakan pengasas Gary Chua Foundation, dan kehadiran beliau disambut oleh Puan Rosnah Ahmad, Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan KL/Selangor, dan Encik Muhammad Akmal, Eksekutif Perhubungan Awam dari Ibu Pejabat SBM.
Menurut beliau, Gary Chua Foundation amat menitikberatkan pendidikan kepada mereka yang memerlukan.
Pada kunjungan hormat itu, Datuk Dr Gary Chua turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada SBM.
SBM merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Gary Chua dan pasukan Gary Chua Foundation diatas sumbangan yang diberikan.

