KENYATAAN MEDIA SEMPENA HARI PEKERJA 2024 PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA

BySociety of the Blind In Malaysia

KENYATAAN MEDIA SEMPENA HARI PEKERJA 2024 PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja bagi tahun 2024 kepada semua pekerja OKU penglihatan di seluruh Malaysia. Semoga anda terus berkhidmat dan berbakti dengan cemerlang kepada majikan, organisasi, masyarakat dan negara.

 

Sesungguhnya, OKU penglihatan turut terlibat dalam memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, khususnya di sektor ekonomi. Hari ini, terdapat sejumlah pekerja OKU penglihatan yang bekerja di sektor swasta dan awam. Mereka memegang jawatan dari peringkat kakitangan sokongan sehingga ke pegawai kanan dan profesional seperti pegawai khidmat pelanggan, pembantu tadbir, guru, kaunselor, peguam dan pensyarah.

 

Mereka ini telah mempersembahkan prestasi yang cemerlang. Oleh itu, SBM ingin menggesa agar lebih banyak majikan tampil, dan menyahut cabaran untuk terus menggajikan pekerja OKU penglihatan. OKU penglihatan kini mampu untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan efektif dan berkesan kerana generasi OKU penglihatan pada hari ini telah menguasai kemahiran ICT dan berkebolehan untuk mengendalikan komputer bagi melaksanakan tugasan kerja di pejabat.

 

Untuk makluman, majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja orang kurang Upaya (OKU), layak diberi pelepasan cukai pendapatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak dua kali ganda. Mana-mana majikan yang berminat untuk mengambil OKU penglihatan bekerja boleh menghubungi SBM di talian 03-2274 6162 atau mana-mana persatuan OKU penglihatan yang lain.

 

Akhirnya, SBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mana-mana majikan dan organisani yang telah menggaji OKU penglihatan.  Terima kasih kerana memberikan peluang kepada insan Istimewa.  Selamat Hari Pekerja 2024.

 

Sekian, terima kasih.

 

‘MERAIKAN 60 TAHUN SBM: TERUS BERKHIDMAT’

 

HAJI MOHAMED NAZARI BIN HAJI OTHMAN

Presiden

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

 

Dan,

 

DR WONG HUEY SIEW

Pengerusi

Jawatankuasa Pekerjaan Dan Pembangunan Ekonomi

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

About the author

Society of the Blind In Malaysia administrator

Restricted funding prevents us from responding to the arising issues concern the visually impaired community. To this date, all donations we received covered all aspects of The Society, from the activities to The Society operational costs. Therefore, we need to stretch our resources very thinly to meet our objectives and contribute meaningfully to the visually impaired community. This also severely restricted our ability to quickly respond to emerging issues concern the community as they arise. Your donation, however big or small, can really help us in realizing our association’s goal and missions. In order to assist us in the processing of all donations we would be most happy if all donations are channelled by cheque / money order / postal order made payable to: Society of the Blind in Malaysia / Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia CIMB Bank (Current Account): 8000-821-737 Public Bank (Current Account): 6-3262698-04 Public Bank (Saving Account) : 3163149117 Maybank (Current Account): 564717521952

Leave a Reply