
Salam aidilfitri buat semua,
Ampun dan maaf ikhlas dipinta,
Jika tersalah cakap terkasar bahasa,
Lumrah kita manusia biasa.
Pertubuhan Orang cacat Penglihatan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia. Semoga syawal ini diberkati dengan kebahagiaan, keceriaan, dan keharmonian di tengah keluarga, sahabat, dan masyarakat kita. Marilah kita menjalani masa ini dengan penuh rasa syukur atas nikmat kemenangan setelah menjalani ibadah puasa sebulan penuh.
Bersama-sama kita tingkatkan semangat muhibbah, saling menghormati, dan memupuk kasih sayang di kalangan kita. Mari kita sambut Hari Raya ini dengan hati terbuka, saling bermaaf-maafan, dan menjalin silaturahim yang erat. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin!