Monthly Archive 23/02/2023

BySociety of the Blind In Malaysia

Sunday Basking di Food Valet Sungai Ramal Kajang 26 Februari 2023

Sertai kami di Food Valet Sungai Ramal Kajang, untuk Sunday Basking pada 26 Februari ini dan temui ikon Langkah Menuju baitullah 2.0, Caliph Buskers. Jumpa anda disana, 11.30 pagi hingga 1.30 petang

BySociety of the Blind In Malaysia

Sertai Bowling Amal Di Megalanes Kuala Lumpur 5 Mac 2023

Tanah suci,

Impian setiap muslim untuk menziarahi,

Namun tanah yang luas belum tentu mampu dijejaki,

Sinari harapan mereka untuk menunaikan ibadah ini.

Sertai kami di Megalanes Kuala Lumpur pada Ahad, 5 Mac 2023. Bersukan sambil beribadah. Setiap penyertaan dan sumbangan anda akan disalurkan kepada Tabung Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0

Sumbangan yang terkumpul memberi sinar harapan kepada warga OKU penglihatan dan pendengaran untuk ke Tanah Suci. Infak sebagai saham akhirat.

BySociety of the Blind In Malaysia

KENYATAAN MEDIA SEMPENA PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2024

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) ingin menggesa agar Pihak Kerajaan memberikan tumpuan yang lebih kepada agenda membantu dan menyejahterakan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mengurangkan kos sara hidup melalui belanjawan 2024 yang akan dibentangkan pada 24 Februari 2023 nanti. Sesungguhnya, majoriti OKU di Malaysia merupakan golongan B40 dan mereka secara relatifnya perlu dibantu dalam berbagai bidang.

Antaranya ialah peluang pekerjaan, tapak berniaga yang strategik, kemudahan pendidikan yang mesra OKU, kemudahan digital yang mesra OKU, perumahan, pengangkutan awam yang mudah diakses, dan geran operasi bagi pertubuhan bukan kerajaan OKU yang memberikan perkhidmatan dan kemudahan kepada golongan OKU.

Diharapkan YAB Dato’ Sri Anwar Bin Ibrahim dapat mendengar suara dan rintihan OKU di seluruh Malaysia. Pihak Pertubuhan juga berharap agar semua Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan turut memberikan tumpuan kepada keperluan OKU di setiap kawasan dan daerah di seluruh Malaysia. Dengan ini, pihak Pertubuhan berharap agar OKU dapat hidup dengan lebih makmur dan menyumbang kepada pembangunan negara.

 

Akhirnya sekali, pihak Pertubuhan menaruh harapan yang tinggi kepada pembentangan Belanjawan 2024 daripada Kerajaan Perpaduan yang dibentuk untuk membantu golongan OKU. Inilah masanya Konsep Malaysia Madani sebagaimana yang diwara-warakan dapat diterjemahkan kepada  seluruh warga OKU di Malaysia. Sekian terima kasih.

 

WONG HUEY SIEW

Pengerusi Jawatankuasa Utama Pembangunan Ekonomi
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

 

Tarikh : 21 Februari 2022