Jawatan kosong untuk penyunting majalah Wawasan SBM
Ahli-ahli biasa dan bersekutu SBM dipelawa untuk memohon jawatan penyunting majalah Wawasan SBM. Wawasan SBM diterbitkan enam bulan sekali dalam bentuk cetak dan Braille. Ia diedarkan kepada penderma-penderma tertentu, sekolah-sekolah, dan institusi-institusi pendidikan yang mempunyai pelajar OKU penglihatan.
Pemohon untuk jawatan ini hendaklah mempunyai tahap akademik sekurang-kurangnya diploma yang bersesuaian atau kelayakan yang setaraf dengannya. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman dalam bidang penerbitan.
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Resume
- Dokumen sokongan yang bersesuaian
- telefon bimbit yang boleh dihubungi
Pemohon yang berminat bolehlah menghantar permohonan dan dokumen yang diperlukan kepada:
Dr. Lim Tien Hong
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA)
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)
Wisma SBM, No 24, Jalan Tun Sambanthan 3
50470 Brickfields, Kuala Lumpur.
Permohonan boleh juga dihantar melalui e-mel ke tienhong.83@gmail.com
Pemohon yang layak akan dihubungi melalui telefon untuk di temuduga pada satu tarikh yang akan ditentukan. Temu duga tersebut akan dijalankan melalui telefon.
Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin 2 Januari 2023.
Sebarang pertanyaan berkenaan jawatan ini, anda bolehlah menghubungi En. Muhammad Akmal di talian 03-22746162/03-22766162 atau Dr. Lim Tien Hong di talian 016-2685672 pada waktu pejabat.