Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

BySociety of the Blind In Malaysia

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

 

Program Jawatankuasa Pembangunan Belia.

 

SBM CAWANGAN PAHANG melalui Jawatankuasa Pembangunan Belia akan menganjurkan program bersempena Hari Malaysia 2022 iaitu:

 

Program :Eksplorasi Gunung Senyum 2022 Belia OKU Penglihatan.

Tarikh: 17 September 2022 (Sabtu)

Tempat: Taman Eko Rimba Gunung Senyum (Gunung Senyum, Recreational Forest) Temerloh Pahang

Sasaran Penyertaan : Belia OKU penglihatan SBM Cawangan Pahang dan Sukarelawan

(dijangka 20 orang)

 

Program ini bertujuan untuk:

1) Memberi pendedahan kepada Belia OKU Penglihatan tentang kepentingan berekreasi dan menikmati keindahan alam sekitar di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

2) Memberi pengalaman baru kepada para belia OKU penglihatan merasai pengalaman mendaki Gunung Senyum serta menjelajah hutan lipur serta meneroka gua di Jebak Puyuh, Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Makam Tok Long dan Gua Taman Satu Dan Dua yang mempunyai banyak tinggalan sejarah serta misteri yang belum dirungkai.

3) Membina semangat dan jati diri yang tinggi serta integriti dalam kalangan pimpinan belia dan bakal pemimpin bagi mengelak berlakunya ketidakjujuran dalam pertubuhan.

4)Meraikan semangat “Nothing About Us Without Us” bersempena Sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

 

Yuran Pendaftaran : RM10 ringgit seorang.

 

Sila hubungi Penyelaras JPB Encik Saupi Safial di talian 017 6515579 pada waktu pejabat atau hubungi Pejabat SBM Cawangan Pahang di Talian 09 2902797

 

 

2) PROGRAM ANJURAN BERSAMA JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG

“KENALI UBAT ANDA”

 

Jabatan kesihatan Negeri Pahang berhasrat menganjurkan sesi taklimat dan dialog bersama Ahli-Ahli SBM CAWANGAN PAHANG bertajuk “KENALI UBAT ANDA”.

Program ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh 24 September 2022 Sabtu

Tempat Premis SBM cawangan Pahang

Sasaran Peserta: 20-25 orang

Yuran Pendaftaran: PERCUMA

MAKAN TENGAH HARI ADALAH TAJAAN PIHAK JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG.

 

SESI DARI JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG INI TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI DAN DIALU-ALUKAN KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAYI PENYAKIT KRONIK DAN MEMPUNYAI SEJARAH PENGAMBILAN UBAT BERKALA. Juga diadakan ialah pemeriksaan kesihatan.

About the author

Society of the Blind In Malaysia administrator

Restricted funding prevents us from responding to the arising issues concern the visually impaired community. To this date, all donations we received covered all aspects of The Society, from the activities to The Society operational costs. Therefore, we need to stretch our resources very thinly to meet our objectives and contribute meaningfully to the visually impaired community. This also severely restricted our ability to quickly respond to emerging issues concern the community as they arise. Your donation, however big or small, can really help us in realizing our association’s goal and missions. In order to assist us in the processing of all donations we would be most happy if all donations are channelled by cheque / money order / postal order made payable to: Society of the Blind in Malaysia / Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia CIMB Bank (Current Account): 8000-821-737 Public Bank (Current Account): 6-3262698-04 Public Bank (Saving Account) : 3163149117 Maybank (Current Account): 564717521952

Leave a Reply