Makluman untuk OKU Penglihatan

BySociety of the Blind In Malaysia

Makluman untuk OKU Penglihatan

Untuk makluman OKU Penglihatan
Perjalanan percuma selama 31 hari kepada semua
komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) yang kini menggunakan
atau ingin merasai semua perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang,
Rapid Kuantan dan Rapid Mobiliti.
Semua OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). layak menikmati perjalanan percuma ini.
Perjalanan percuma hanya layak untuk komuniti OKU. Pembantu / orang yang mengiringi yang bukan OKU perlu membayar untuk setiap perjalanan.
Pembantu / orang yang mengiringi jika seorang OKU juga
layak untuk mendapat perjalanan percuma ini.
Perjalanan percuma bermula dari 31 Ogos 2022, 6.00 pagi hingga
30 September 2022, 12.00 pagi.
OKU hendaklah menunjukkan kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM atau Kad Konsesi MyRapid miliknya kepada Pembantu Khidmat Pelanggan (CSA)/Pegawai Stesen (SO) untuk menaiki tren. Selepas pengesahan, CSA/SO akan mengeluarkan token untuk digunakan bagi perjalanan percuma.
Perjalanan percuma ditawarkan kepada OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja, pemegang kad OKU yang sah.
Untuk perkhidmatan bas Rapid KL dan perantara LRT:
Anda perlu pamerkan kad pengesahan OKU dari JKM atau Kad
Konsesi MyRapid kepada Kapten Bas ketika hendak menaiki bas Rapid KL dan anda akan diberikan Kupon Perjalanan Percuma sebagai bukti pengesahan.
Untuk Bas Perantara MRT:
• Jika anda pemegang Kad Konsesi OKU MyRapid, anda perlu
imbas kad konsesi anda seperti biasa apabila naik dan turun. Anda
tidak akan dikenakan apa-apa tambang.
• Jika anda bukan pemegang Kad Konsesi OKU MyRapid, anda
perlu pamerkan kad pengesahan OKU dari JKM kepada Kapten
Bas ketika hendak menaiki dan anda akan dibenarkan untuk
menaiki bas secara percuma.
Untuk perkhidmatan bas Rapid Kuantan:
Anda perlu pamerkan kad pengesahan OKU dari JKM atau Kad
Konsesi Rapid Kuantan kepada Kapten Bas ketika hendak menaiki
bas Rapid Kuantan dan anda akan diberikan Kupon Perjalanan
Percuma sebagai bukti pengesahan.
Untuk perkhidmatan bas Rapid Penang:
• Anda perlu pamerkan kad pengesahan OKU dari JKM atau pas
Rapid Emas kepada Kapten Bas ketika hendak menaiki bas dan
anda akan diberikan sekeping tiket daripada sistem sebagai bukti
pengesahan.
Pengguna Rapid Mobiliti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, yang
mempunyai kad pengesahan OKU dari JKM atau kad konsesi
MyRapid (atau Kad Rapid Emas di Pulau Pinang) juga turut dapat
menikmati perjalanan percuma ini.
Walau bagaimanapun, ahli keluarga atau pengiring Rapid Mobiliti di
KL yang bukan OKU perlu membayar tambang mengikut kadar
tambang seperti biasa.
Kupon/ tiket hanya sah digunapakai untuk satu perjalanan sahaja.
pemegang pas Rapid Emas di Pulau Pinang juga layak untuk mendapat perjalanan percuma ini.
Prasarana Malaysia Berhad secara mutlak mempunyai hak untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana maklumat tanpa sebarang
notis awal.
Untuk Rapid KL, sila emelkan maklumbalas/ pertanyaan kepada: suggest@rapidkl.com.my atau hubungi kami di 03-78852585 pada hari Isnin
hingga Jumaat, dari 7.00 pagi hingga 8.30 malam, Sabtu hingga Ahad dan Cuti Umum dari 7.00 pagi hingga 5.30 petang. Untuk Rapid Penang, sila emelkan maklumbalas/ pertanyaan kepada: rapidcare@prasarana.com.my atau hubungi kami di 04-255 8000 pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 6.30 pagi hingga 10.30 malam, Sabtu hingga Ahad dan Cuti Umum dari 7.30 pagi hingga 9.30 malam.
2. Update tentang autogate monorel:
Autogate system di platform monorel yang dijangkakan akan berfungsi pada 1 September 2022 masih dalam pemasangan dan percubaan. Oleh itu, warga OKU Penglihatan diingatkan untuk terus berhati-hati ketika ingin menaiki dan menuruni monorel kerana autogate tersebut belum berfungsi sehingga dimaklumkan kemudian.
Sekian, terima kasih.

About the author

Society of the Blind In Malaysia administrator

Restricted funding prevents us from responding to the arising issues concern the visually impaired community. To this date, all donations we received covered all aspects of The Society, from the activities to The Society operational costs. Therefore, we need to stretch our resources very thinly to meet our objectives and contribute meaningfully to the visually impaired community. This also severely restricted our ability to quickly respond to emerging issues concern the community as they arise. Your donation, however big or small, can really help us in realizing our association’s goal and missions. In order to assist us in the processing of all donations we would be most happy if all donations are channelled by cheque / money order / postal order made payable to: Society of the Blind in Malaysia / Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia CIMB Bank (Current Account): 8000-821-737 Public Bank (Current Account): 6-3262698-04 Public Bank (Saving Account) : 3163149117 Maybank (Current Account): 564717521952

Leave a Reply