Monthly Archive 30/09/2022

BySociety of the Blind In Malaysia

Pengumuman Dari Jawatankuasa Pekerjaan dan Ekonomi SBM

[MAKLUMAN PROGRAM HARI KERJAYA OKU RESTART MELAKA BERSEMPENA HARI PERKESO 2022]

Pejabat PERKESO Negeri Melaka dengan kerjasama Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) Melaka akan menganjurkan program di atas berdasarkan butiran berikut:

Tarikh: 1 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Kristal, Tingkat 4, PERKESO Melaka

Aturcara Program:

9.00 pagi-11.00 pagi – Bengkel Kerjaya Bersama Klien-Klien Restart, AADK dan OKU

11.00 pagi – 5.00 petang – Mini Karnival Kerjaya OKU Restart

Daftar sekarang di:
https://bit.ly/TemuDugaOKUMelaka

Ikuti media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut info program kerjaya & temu duga terkini:
Facebook Rasmi PERKESO Melaka: https://www.facebook.com/e23melaka
Telegram: https://bit.ly/ProgramKerjayaAnjuranPerkesoMelaka

Setiap calon perlu layari www.myfuturejobs.gov.my untuk maklumat lebih lanjut mengenai jawatan kosong serta membuat permohonan pekerjaan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi/WhatsApp En. Faiz (0196378961).

#EISPERKESO
#PERKESO
#MYFutureJobs
#YourNationalEmploymentServicesProvider
#WeAreInItWithYouAllTheWay

BySociety of the Blind In Malaysia

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

 

Program Jawatankuasa Pembangunan Belia.

 

SBM CAWANGAN PAHANG melalui Jawatankuasa Pembangunan Belia akan menganjurkan program bersempena Hari Malaysia 2022 iaitu:

 

Program :Eksplorasi Gunung Senyum 2022 Belia OKU Penglihatan.

Tarikh: 17 September 2022 (Sabtu)

Tempat: Taman Eko Rimba Gunung Senyum (Gunung Senyum, Recreational Forest) Temerloh Pahang

Sasaran Penyertaan : Belia OKU penglihatan SBM Cawangan Pahang dan Sukarelawan

(dijangka 20 orang)

 

Program ini bertujuan untuk:

1) Memberi pendedahan kepada Belia OKU Penglihatan tentang kepentingan berekreasi dan menikmati keindahan alam sekitar di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

2) Memberi pengalaman baru kepada para belia OKU penglihatan merasai pengalaman mendaki Gunung Senyum serta menjelajah hutan lipur serta meneroka gua di Jebak Puyuh, Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Makam Tok Long dan Gua Taman Satu Dan Dua yang mempunyai banyak tinggalan sejarah serta misteri yang belum dirungkai.

3) Membina semangat dan jati diri yang tinggi serta integriti dalam kalangan pimpinan belia dan bakal pemimpin bagi mengelak berlakunya ketidakjujuran dalam pertubuhan.

4)Meraikan semangat “Nothing About Us Without Us” bersempena Sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

 

Yuran Pendaftaran : RM10 ringgit seorang.

 

Sila hubungi Penyelaras JPB Encik Saupi Safial di talian 017 6515579 pada waktu pejabat atau hubungi Pejabat SBM Cawangan Pahang di Talian 09 2902797

 

 

2) PROGRAM ANJURAN BERSAMA JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG

“KENALI UBAT ANDA”

 

Jabatan kesihatan Negeri Pahang berhasrat menganjurkan sesi taklimat dan dialog bersama Ahli-Ahli SBM CAWANGAN PAHANG bertajuk “KENALI UBAT ANDA”.

Program ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh 24 September 2022 Sabtu

Tempat Premis SBM cawangan Pahang

Sasaran Peserta: 20-25 orang

Yuran Pendaftaran: PERCUMA

MAKAN TENGAH HARI ADALAH TAJAAN PIHAK JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG.

 

SESI DARI JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG INI TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI DAN DIALU-ALUKAN KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAYI PENYAKIT KRONIK DAN MEMPUNYAI SEJARAH PENGAMBILAN UBAT BERKALA. Juga diadakan ialah pemeriksaan kesihatan.

BySociety of the Blind In Malaysia

Makluman untuk OKU Penglihatan

Untuk makluman OKU Penglihatan
Perjalanan percuma selama 31 hari kepada semua
komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) yang kini menggunakan
atau ingin merasai semua perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang,
Rapid Kuantan dan Rapid Mobiliti.
Semua OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). layak menikmati perjalanan percuma ini.
Perjalanan percuma hanya layak untuk komuniti OKU. Pembantu / orang yang mengiringi yang bukan OKU perlu membayar untuk setiap perjalanan.
Pembantu / orang yang mengiringi jika seorang OKU juga
layak untuk mendapat perjalanan percuma ini.
Perjalanan percuma bermula dari 31 Ogos 2022, 6.00 pagi hingga
30 September 2022, 12.00 pagi.
OKU hendaklah menunjukkan kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM atau Kad Konsesi MyRapid miliknya kepada Pembantu Khidmat Pelanggan (CSA)/Pegawai Stesen (SO) untuk menaiki tren. Selepas pengesahan, CSA/SO akan mengeluarkan token untuk digunakan bagi perjalanan percuma.
Perjalanan percuma ditawarkan kepada OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja, pemegang kad OKU yang sah.
Untuk perkhidmatan bas Rapid KL dan perantara LRT:
Anda perlu pamerkan kad pengesahan OKU dari JKM atau Kad
Konsesi MyRapid kepada Kapten Bas ketika hendak menaiki bas Rapid KL dan anda akan diberikan Kupon Perjalanan Percuma sebagai bukti pengesahan.
Untuk Bas Perantara MRT:
• Jika anda pemegang Kad Konsesi OKU MyRapid, anda perlu
imbas kad konsesi anda seperti biasa apabila naik dan turun. Anda
tidak akan dikenakan apa-apa tambang.
• Jika anda bukan pemegang Kad Konsesi OKU MyRapid, anda
perlu pamerkan kad pengesahan OKU dari JKM kepada Kapten
Bas ketika hendak menaiki dan anda akan dibenarkan untuk
menaiki bas secara percuma.
Untuk perkhidmatan bas Rapid Kuantan:
Anda perlu pamerkan kad pengesahan OKU dari JKM atau Kad
Konsesi Rapid Kuantan kepada Kapten Bas ketika hendak menaiki
bas Rapid Kuantan dan anda akan diberikan Kupon Perjalanan
Percuma sebagai bukti pengesahan.
Untuk perkhidmatan bas Rapid Penang:
• Anda perlu pamerkan kad pengesahan OKU dari JKM atau pas
Rapid Emas kepada Kapten Bas ketika hendak menaiki bas dan
anda akan diberikan sekeping tiket daripada sistem sebagai bukti
pengesahan.
Pengguna Rapid Mobiliti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, yang
mempunyai kad pengesahan OKU dari JKM atau kad konsesi
MyRapid (atau Kad Rapid Emas di Pulau Pinang) juga turut dapat
menikmati perjalanan percuma ini.
Walau bagaimanapun, ahli keluarga atau pengiring Rapid Mobiliti di
KL yang bukan OKU perlu membayar tambang mengikut kadar
tambang seperti biasa.
Kupon/ tiket hanya sah digunapakai untuk satu perjalanan sahaja.
pemegang pas Rapid Emas di Pulau Pinang juga layak untuk mendapat perjalanan percuma ini.
Prasarana Malaysia Berhad secara mutlak mempunyai hak untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana maklumat tanpa sebarang
notis awal.
Untuk Rapid KL, sila emelkan maklumbalas/ pertanyaan kepada: suggest@rapidkl.com.my atau hubungi kami di 03-78852585 pada hari Isnin
hingga Jumaat, dari 7.00 pagi hingga 8.30 malam, Sabtu hingga Ahad dan Cuti Umum dari 7.00 pagi hingga 5.30 petang. Untuk Rapid Penang, sila emelkan maklumbalas/ pertanyaan kepada: rapidcare@prasarana.com.my atau hubungi kami di 04-255 8000 pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 6.30 pagi hingga 10.30 malam, Sabtu hingga Ahad dan Cuti Umum dari 7.30 pagi hingga 9.30 malam.
2. Update tentang autogate monorel:
Autogate system di platform monorel yang dijangkakan akan berfungsi pada 1 September 2022 masih dalam pemasangan dan percubaan. Oleh itu, warga OKU Penglihatan diingatkan untuk terus berhati-hati ketika ingin menaiki dan menuruni monorel kerana autogate tersebut belum berfungsi sehingga dimaklumkan kemudian.
Sekian, terima kasih.