Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM TOTAL WELLNESS ORANG KURANG UPAYA (OKU)- KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OKU DALAM FASA ENDEMIK COVID-19
- Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Psikologi OKU Bahagian Psikologi & Kaunseling JKMWPKL akan mengadakan *Program _Total Wellness_ Orang Kurang Upaya (OKU)- Kesejahteraan Psikologi OKU dalam Fasa Endemik Covid-19* secara atas talian seperti ketetapan berikut:
*Tarikh: 30 Ogos 2022 (Selasa)*
*Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang*
*Medium: Google Meet*
*Pautan: https://meet.google.com/xrq-bbqi-jgj*
- Objektif program ini adalah untuk memperkasa dan meningkatkan kesejahteraan psikologi golongan OKU agar bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan fasa endemik COVID-19.
- Sehubungan itu, tuan/puan yang berminat adalah dijemput untuk menghadiri program tersebut. E-sijil kehadiran program akan diberikan kepada peserta. Tuan/puan adalah diminta untuk membuat pengesahan kehadiran melalui google form https://forms.gle/kouoScokqkybwqjBA
selewat-lewatnya sebelum atau pada 26/8/2022 (Jumaat).
Sebarang pertanyaan berkaitan program boleh menghubungi :
- Pn. Nurul Nadiah bt Muhamad Arif
No tel : 03-26124073 / 011-59154550 (Whatsapp)
Emel : nadiaharif@jkm.gov.my
- Hj. Sulaiman bin Hj Yusop
No tel : 03-26124075
Emel : sulaimanyusop@jkm.gov.my
Sekian terima kasih.