Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam SBM.
Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JPS) SBM Cawangan Kuala Lumpur /Selangor akan menganjurkan 3 pertandingan sepanjang bulan Ogos 2022, ketetapannya adalah seperti berikut:-
- Pertandingan Ping Pong perseorangan
Tarikh:7 Ogos 2022 (Ahad)
Masa : 8:30Pagi
Lokasi:Kompleks MAB
Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
- Perseorangan lelaki buta
- Perseorangan wanita buta
- Perseorangan rabun terbuka
Yuran penyertaan bagi setiap peserta sebanyak RM10.00.Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran ialah pada 5 Ogos 2022 (Jumaat).
- Pertandingan Catur:
Tarikh :20 Ogos (Sabtu)
Masa : 10:00 Pagi
Lokasi : bergantung kepada penyertaan
Yuran penyertaan bagi setiap peserta sebanyak RM10.00. Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran ialah pada 19 Ogos 2022 (Jumaat)
- Pertandingan Bowling:
Tarikh :27 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa : 10:00 Pagi
Lokasi : Endah Parade Sri Petaling
Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
- Perseorangan Rabun terbuka
- Perseorangan Buta terbuka
Syarat-syarat pertandingan untuk regu campuran adalah berikut:-
- Seorang rabun
- Seorang buta
Yuran penyertaan bagi pertandingan perseorangan adalah sebanyak RM20.00. Manakala regu campuran adalah sebanyak RM40.00. Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran pada 26 Ogos 2022 (Jumaat)
Semua pertandingan terbuka kepada semua ahli SBM Cawangan Kuala Lumpur /Selangor dengan syarat telah melunaskan segala yuran tahunan. Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran sila hubungi pejabat SBM Cawangan Kuala Lumpur /Selangor di talian 03-2276 5276 pada waktu pejabat Isnin hingga Jumaat.Atau Pn. Nor Asnita Jawatankuasa Pembangunan Sukan di talian 019-744 0775.
Sekian harap maklum dan terimakasih.