Monthly Archive 12/08/2022

BySociety of the Blind In Malaysia

Pengumuman daripada Jawatankuasa Induk Pekerjaan dan Pembangunan Ekonomi (JPPE)

SIRI BENGKEL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2022

KURSUS DALAM TALIAN MENGENAI PEMBANGUNAN RANGKA KERJA PENGAWALSELIAAN UNTUK AMALAN DAN PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K) DI MALAYSIA

 

Tarikh: 12 – 25 September 2022

Penganjur: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Objektif:

Untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan Malaysia dalam proses pembangunan dokumen dan pendekatan utama untuk menyediakan pendaftaran pengamal dari pelbagai bidang amalan yang diiktiraf seperti yang diperuntukkan di bawah Akta PT&K 2016, dan untuk berkongsi kekuatan dan batasan proses yang berkaitan dengan Negara-negara Anggota WHO.

 

Bahasa pengantar: Bahasa Inggeris

 

Peringkat: Pengenalan

 

Peserta Sasaran:

Pemegang kepentingan utama industri penjagaan kesihatan dan Perubatan Tradisional & Komplementari, termasuk penggubal dasar, pengawal selia, profesional penjagaan kesihatan, ahli akademik, penyelidik dan lain-lain, tempatan dan antarabangsa.

 

Penceramah: Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Mod pembelajaran:

Kursus dalam talian kendiri. Peserta dikehendaki mendaftar dalam talian sebelum 8 September 2022 melalui https://forms.gle/tuD71iYztzax4RJN6.

 

Peserta yang berjaya mendaftar akan diberi melalui e-mel pautan akses kepada bahan latihan dalam talian bersama dengan manual platform dalam talian menjelang 9 September 2022. Peserta boleh menghadiri kursus dalam talian pada bila-bila masa mengikut keselesaan mereka. E-sijil akan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus dan penilaian dalam talian dalam tempoh satu bulan.

 

Yuran Kemasukan: Pendaftaran percuma

 

Pusat hubungan untuk permohonan dan soalan:

Ms Gong Jia Ying

Seksyen Dasar & Pembangunan

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Kementerian Kesihatan Malaysia

Tel: +603-22798133

E-mel: whocc.tci.moh@gmail.com

 

 

Anda boleh mendapatkan butiran penuh dan kandungan kursus dengan menghubungi Encik Akmal di Ibu Pejabat SBM, nombor telefon 03-2274 6162 pada waktu pejabat.

 

Terima kasih.

BySociety of the Blind In Malaysia

Pengumuman dari Jawatankuasa Utama Wanita, Keluarga dan Komuniti (JPWK)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM  TOTAL WELLNESS  ORANG KURANG UPAYA (OKU)- KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OKU DALAM FASA ENDEMIK COVID-19

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Psikologi OKU Bahagian Psikologi & Kaunseling JKMWPKL akan mengadakan *Program _Total Wellness_ Orang Kurang Upaya (OKU)- Kesejahteraan Psikologi OKU dalam Fasa Endemik Covid-19* secara atas talian seperti ketetapan berikut:

*Tarikh: 30 Ogos 2022 (Selasa)*

*Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang*

*Medium:  Google Meet*

*Pautan: https://meet.google.com/xrq-bbqi-jgj*

  1. Objektif program ini adalah untuk memperkasa dan meningkatkan kesejahteraan psikologi golongan OKU agar bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan fasa endemik COVID-19.

 

  1. Sehubungan itu, tuan/puan yang berminat adalah dijemput untuk menghadiri program tersebut. E-sijil kehadiran program akan diberikan kepada peserta. Tuan/puan adalah diminta untuk membuat pengesahan kehadiran melalui google form https://forms.gle/kouoScokqkybwqjBA

selewat-lewatnya sebelum atau pada 26/8/2022 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan berkaitan program boleh menghubungi :

  1. Pn. Nurul Nadiah bt Muhamad Arif

No tel : 03-26124073 / 011-59154550 (Whatsapp)

Emel : nadiaharif@jkm.gov.my

  1. Hj. Sulaiman bin Hj Yusop

No tel : 03-26124075

Emel : sulaimanyusop@jkm.gov.my

Sekian terima kasih.

 

BySociety of the Blind In Malaysia

Pengumuman Daripada SBM Cawangan Kuala Lumpur / Selangor

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam SBM.

 

Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JPS) SBM Cawangan Kuala Lumpur /Selangor akan menganjurkan 3 pertandingan sepanjang bulan Ogos 2022, ketetapannya adalah seperti berikut:-

 

  1. Pertandingan Ping Pong perseorangan

 

Tarikh:7 Ogos 2022 (Ahad)

Masa   : 8:30Pagi

Lokasi:Kompleks MAB

 

Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

 

  1. Perseorangan lelaki buta
  2. Perseorangan wanita buta
  • Perseorangan rabun terbuka

 

Yuran penyertaan bagi setiap peserta sebanyak RM10.00.Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran ialah pada 5 Ogos 2022 (Jumaat).

 

  1. Pertandingan Catur:

 

Tarikh :20 Ogos (Sabtu)

Masa   : 10:00 Pagi

Lokasi : bergantung kepada penyertaan

 

Yuran penyertaan bagi setiap peserta sebanyak RM10.00. Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran ialah pada 19 Ogos 2022 (Jumaat)

 

  1. Pertandingan Bowling:

 

Tarikh :27 Ogos 2022 (Sabtu)

Masa   : 10:00 Pagi

Lokasi : Endah Parade Sri Petaling

 

Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

 

  1. Perseorangan Rabun terbuka
  2. Perseorangan Buta terbuka
  • Regu Campuran

 

Syarat-syarat pertandingan untuk regu campuran adalah berikut:-

 

  1. Seorang rabun
  2. Seorang buta

 

Yuran penyertaan bagi pertandingan perseorangan adalah sebanyak RM20.00. Manakala regu campuran adalah sebanyak RM40.00. Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran pada 26 Ogos 2022 (Jumaat)

 

Semua pertandingan terbuka kepada semua ahli SBM Cawangan Kuala Lumpur /Selangor dengan syarat telah melunaskan segala yuran tahunan. Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran sila hubungi pejabat SBM Cawangan Kuala Lumpur /Selangor di talian 03-2276 5276 pada waktu pejabat Isnin hingga Jumaat.Atau Pn. Nor Asnita Jawatankuasa Pembangunan Sukan di talian 019-744 0775.

 

Sekian harap maklum dan terimakasih.