Pengumuman daripada SBM Cawangan Kl Selangor
Assalamualaikum, dan salam SBM.
1. Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau (MAIWP) telah memberi peruntukan sejumlah RM100 Ribu kepada SBM. Tujuannya ialah untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan kanta atau cermin mata. Ianya terbuka kepada semua ahli SBM termasuk yang bukan beragama Islam dan anak-anak ahli yang OKU penglihatan dengan syarat mereka tinggal atau bermastautin di kawasan Wilayah Persekutuan.
Untuk kanta syiling RM500.00 manakala cermin mata syiling RM1,000.00. Pihak SBM akan bayar mengikut harga yang terendah. Walau bagaimanapun sekiranya harga cermin mata RM1,300.00 pihak SBM akan memberi RM1,000.00 yang selebihnya di tanggung oleh pemohon sendiri. Begitu juga dengan kanta.
Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah:
1. Satu salinan kad pengenalan pemohon.
2. Satu salinan kad OKU dan
3. Satu resit pembelian original.
Untuk resit pembelian hanya di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. Walau bagaimanapun sekiranya resit tersebut di kawasan Selangor seperti di Shah Alam, Selayang, PJ dan yang sewaktu dengannya pihak SBM akan membayarnya, Melainkan alamatnya di luar Kuala Lumpur seperti di Melaka, johor Negeri Sembilan dan yang seumpama dengannya SBM tidak akan membayarnya.
Permohonan telah dibuka mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 September 2022. Untuk maksud pertanyaan atau permohonan sila hubungi ibu pejabat SBM di talian 03-2274 6162 atau 03 2276 6162 pada waktu pejabat iaitu hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9:00 pagi hingga 5:30 petang.
2. Skim Bantuan Pendidikan Persekolahan Anak-anak Bagi Tahun 2023. Borang bantuan pendidikan persekolahan anak-anak bagi tahun 2023, boleh diperolehi di pejabat SBM Cawangan KL Selangor mulai 1 Julai 2022. Setiap pemohon hanya boleh mohon 2 permohonan sahaja.
Satu untuk sekolah rendah dan satu lagi untuk sekolah menengah. Mulai tahun 2022 dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendapat tandatangan atau cop dari pihak sekolah. Walau bagaimanapun pemohon perlu mendapat surat sumpah dari pesuruhjaya atau dari mana-mana pihak berkuasa seperti pengerusi persatuan penduduk tempat anda tinggal, Ahli Jawatankuasa surau atau yang seumpama dengannya.
Mereka perlu mengeluarkan surat pengesahan dengan menyatakan bahawa anda bekerja sendiri dan jumlah pendapatan anda. Borang yang telah siap di isi hendaklah dikembalikan ke pejabat SBM Cawangan KL Selangor selewat-lewat pada 15 September 2022.
Untuk sebarang pertanyaan dan permohonan sila hubungi pejabat SBM Cawangan KL Selangor di talian 03-2276 5276 pada waktu pejabat. Iaitu Isnin hingga Jumaat dari pukul 9:00 pagi hingga 5:30 petang.
3. Skim Bantuan Kebajikan Ahli-ahli.
Skim bantuan kebajikan untuk warga emas telah dinaikkan dari siling RM300.00 ke RM500.00 setahun. Manakala untuk rawatan pesakit luar dari RM40.00 ke RM50.00. Bantuan RM300 setahun masih kekal. Bagi skim bantuan bencana alam pula selain daripada berlakunya kebakaran dan banjir, ianya ditambah sekiranya berlaku kecurian termasuk peras ugut, seluk poket dan yang sewaktu dengannya. Semua skim tersebut berkuat kuasa pada 1 Julai 2022.
Sekian harap maklum terima kasih.