Pada 17-19 Jun 2022, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM 2022 bagi edisi ke14.
Mesyuarat tersebut berlansung di Grand Riverview Hotel Kota Baharu Kelantan dan telah dihadiri seramai lebih dari 280 orang ahli SBM termasuk ahli bersekutu.
Majlis mesyuarat ini dirasmikan oleh Dato’ Hajah Mumtaz Haji Md Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan.
Mesyuarat ini juga dilaksanakan bertujuan bagi memilih dan melantik angota peneraju baharu bagi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia untuk penggal 2022-2024.
Proses pemilihan ini dilaksanakan melalui kaedah demokrasi dimana ahli-ahli SBM akan bertindak sebagai pengundi.





