NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2022 (EDISI KE-14) PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

BySociety of the Blind In Malaysia

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2022 (EDISI KE-14) PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

Dengan segala hormatnya, notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM 2022 (Edisi Ke-14) akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh: 17 – 18 Jun 2022 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: Grand Riverview Hotel
Jalan Post Office Lama
15000 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-7439988

Mana-mana ahli SBM yang ingin menyertai Mesyuarat ini adalah dikenakan Yuran Pendaftaran seperti berikut:

1. Ahli Biasa SBM – RM150.00 seorang;

2. Ahli Bersekutu SBM yang dipilih oleh Cawangan/Kawasan sahaja – RM150.00 seorang;

3. Bukan ahli/anak/pengiring – RM300.00 seorang;

4. Peserta mesyuarat yang akan hadir pada 18 Jun 2022 (Sabtu) dan memerlukan kemudahan penginapan akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM100.00 seorang.

5. Peserta mesyuarat yang hanya akan hadir pada 18 Jun 2022 (Sabtu) atau 19 Jun 2022 (Ahad) akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM50.00 sehari/seorang dengan disediakan minum pagi, makan tengah hari dan minum petang sahaja tanpa kemudahan penginapan;

6. Mana-mana peserta Mesyuarat yang menarik diri sebelum 15 Mei 2022 akan dikembalikan Yuran Pendaftarannya, manakala peserta yang menarik diri selepas tarikh berkenaan, yuran Pendaftarannya tidak akan dikembalikan;

7. Sebarang penggantian penyertaan tidak dibenarkan berikutan penarikan diri seseorang peserta Mesyuarat dan Yuran Pendaftarannya tidak akan dikembalikan;

Pendaftaran bolehlah dibuat melalui Pejabat Cawangan / Kawasan masing-masing sebelum 15 Mei 2022. Pendaftaran peserta mesyuarat yang lewat dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 15 Mei 2022

About the author

Society of the Blind In Malaysia administrator

Restricted funding prevents us from responding to the arising issues concern the visually impaired community. To this date, all donations we received covered all aspects of The Society, from the activities to The Society operational costs. Therefore, we need to stretch our resources very thinly to meet our objectives and contribute meaningfully to the visually impaired community. This also severely restricted our ability to quickly respond to emerging issues concern the community as they arise. Your donation, however big or small, can really help us in realizing our association’s goal and missions. In order to assist us in the processing of all donations we would be most happy if all donations are channelled by cheque / money order / postal order made payable to: Society of the Blind in Malaysia / Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia CIMB Bank (Current Account): 8000-821-737 Public Bank (Current Account): 6-3262698-04 Public Bank (Saving Account) : 3163149117 Maybank (Current Account): 564717521952

Leave a Reply