KENYATAAN AKHBAR

BySociety of the Blind In Malaysia

KENYATAAN AKHBAR

KENYATAAN AKHBAR DARIPADA

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

(SOCIETY OF THE BLIND IN MALAYSIA)

 

SERUAN UNTUK MENDENGAR SUARA DAN PANDANGAN KOMUNITI OKU BERKENAAN PROJEK RINTIS KAEDAH SEMI TUNAI EPOKU

 

SBM ingin menyuarakan pandangan bahawa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu mendengar suara dan mendapatkan maklumbalas daripada komuniti OKU terlebih dahulu dalam isu mengenai pelaksanaan projek rintis kaedah semi tunai bagi pembayaran permohonan baru EPOKU. Dikatakan sebanyak 50% pembayaran wang tunai EPOKU akan dikreditkan ke akaun Bank Islam penerima dan bakinya dimasukkan ke kad JKMPAY.

 

Sesunggunya, kaedah sebegini tentu sekali tidak pratikal kepada semua

penerima EPOKU terutamanya penerima baru kerana keperluan dan pola tingkah laku perbelanjaan tidak sama bagi setiap individu. Sesetengahnya penerima EPOKU menggunakan wang bantuan itu untuk membayar sewa rumah atau bilik, membeli ubat, bil utiliti, pengangkutan dan sebagainya.

 

Oleh itu, SBM ingin menyatakan bahawa SBM tidak bersetuju atas dasar sedemikian. SBM menyeru bahawa pihak JKM dan KPWKM mesti membuat kajian yang mendalam dan berbincang dengan komuniti OKU dalam perkara ini. SBM ingin mencadangkan supaya satu perjumpaan segera perlu diadakan dengan pihak yang terlibat bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik kepada semua pihak.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

  1. WONG HUEY SIEW

Pengerusi Jawatankuasa Pekerjaan dan Pembangunan Ekonomi SBM

 

dan

 

  1. MOHAMMED NAZARI BIN HJ. OTHMAN

Presiden SBM

 

About the author

Society of the Blind In Malaysia administrator

Restricted funding prevents us from responding to the arising issues concern the visually impaired community. To this date, all donations we received covered all aspects of The Society, from the activities to The Society operational costs. Therefore, we need to stretch our resources very thinly to meet our objectives and contribute meaningfully to the visually impaired community. This also severely restricted our ability to quickly respond to emerging issues concern the community as they arise. Your donation, however big or small, can really help us in realizing our association’s goal and missions. In order to assist us in the processing of all donations we would be most happy if all donations are channelled by cheque / money order / postal order made payable to: Society of the Blind in Malaysia / Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia CIMB Bank (Current Account): 8000-821-737 Public Bank (Current Account): 6-3262698-04 Public Bank (Saving Account) : 3163149117 Maybank (Current Account): 564717521952

Leave a Reply