Monthly Archive 28/10/2021

BySociety of the Blind In Malaysia

Program Agrobank dan Komuniti OKU Penglihatan sempena Hari Tongkat Putih Kebangsaan

 

Agrobank menawarkan kursus pemasaran digital dalam talian secara percuma kepada usahawan berdaftar dengan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia melalui Program Zero Cost Marketing bagi membantu komuniti itu memperoleh pendapatan.

Penanggung Tugas Presiden yang juga Ketua Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, program itu akan diadakan selama dua hari seminggu bagi tempoh tiga bulan.

“Mereka yang layak akan dibekalkan dengan modul latihan pembangunan sosioekonomi menerusi kelas bimbingan komprehensif.

“Program latihan ini akan memberi fokus untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan usahawan ahli bagi membekalkan mereka dengan kemahiran berkaitan pemasaran secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Agrobank dan Komuniti sempena Hari Tongkat Putih Kebangsaan di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini, hari ini.

Penyerahan sumbangan sebanyak RM !0,000 dan  100 tongkat putih itu disampaikan Khadijah kepada Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, Mohammed Nazari Bin Haji Othman.

 

 

 

BySociety of the Blind In Malaysia

Hari Penglihatan Sedunia 2021

Hari Penglihatan Sedunia 2021
 
OKU penglihatan merupakan individu yang kuat dan tabah kerana cekal menghadapi kehidupan di alam ini dengan penuh cabaran dan dugaan.
 
Baik dari segi layanan, pendidikan, tempat tinggal dan pekerjaan, OKU penglihatan terus cekal dalam meneruskan hidup.
 
Dikala pandemik melanda, mereka berikat perut dan berusaha untuk memastikan kestabilan ekonomi diri dan keluarga terjamin. Mereka berusaha dengan semampu yang boleh.
 
Cacat penglihatan bukan penghalang. Mereka mampu dan mempunyai kelebihan tersendiri bahkan menyaingi mereka yang celik.
 
JADILAH PELITA, bagi diri kita sendiri dan sekitar kita. Sebuah pepatah berusia 25 abad mengatakan: Sejuta pelita dapat dinyalakan dari sebuah pelita, dan nyala pelita pertama tidak akan meredup. Pelita kebijaksanaan pun, tak kan pernah habis terbagi. Bila mata tanpa penghalang, hasilnya adalah penglihatan. Jika telinga tanpa penghalang, hasilnya adalah pendengaran. Hidung yang tanpa penghalang membuahkan penciuman. Pikiran yang tanpa penghalang hasilnya adalah kebijaksanaan.
 
Justeru itu, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia mengucapkan selamat hari penglihatan sedunia 2021.
 
#lawancovid#
#kitajagakita#