MEMPERCEPATKAN PROGRAM VAKSINASI COVID-19 BAGI WARGA OKU
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (Society of The Blind in Malaysia) ingin menarik perhatian pihak media agar dapat membantu menyampaikan hajat dan suara OKU kepada kerajaan.
Memandangkan jumlah kes dan kadar kebolehjangkitan COVID-19 yang semakin meningkat, pihak pertubuhan ingin mengemukakan beberapa cadangan daripada komuniti OKU Penglihatan dan Warga OKU secara am, untuk dipertimbangkan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi dan YB Datuk Seri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan.
Dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, pertubuhan menyeru kepada pihak kementerian supaya:
1. Mempercepatkan program vaksinasi untuk OKU yang memenuhi syarat kelayakan dan yang mencapai usia 18 tahun ke atas. Secara umumnya, peluang untuk golongan OKU terdedah kepada jangkitan COVID-19 adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan warga biasa.
2. Memperuntukan satu peratus daripada Vaksin AstraZeneca bagi pusingan kali kedua pada 23-26 Mei ini untuk warga OKU. Ramai warga OKU, termasuk mereka yang telah berdaftar pada/dari bulan Februari, tetapi masih belum lagi mendapat tempahan untuk vaksinasi.
Untuk program Vaksin AstraZeneca kali ini, mekanisma yang sama dengan warga emas boleh digunakan. Pihak Kementerian boleh menggunakan nombor pendaftaran OKU untuk mengenalpasti status warga OKU. Pertubuhan juga mencadangkan satu saluran atau process pendaftaran khas disediakan untuk Warga OKU. Sekian,terima kasih.
Disediakan oleh:
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Rabu 19 Mei 2021