
Apabila tempoh berpuasa selama 30 hari di dalam bulan Ramadhan berakhir, maka seluruh umat Islam di seluruh dunia akan menyambut perayaan di bulan Syawal yang dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri.
Meskipun kita hidup dalam norma baharu dan berhadapan dengan kekangan untuk kita pulang ke kampung, namun bersyukur pada yang Maha Esa kerana kita dikurniakan lagi kesempatan untuk menyambut hari lebaran yang mulia ini.
Adalah menjadi tanggung jawab kita untuk meraikan hari lebaran yang mulia ini dengan penuh kesederhanaan disamping membantu dalam usaha membasmi dan menentang wabak Covid-19. Semoga pengorbanan kita pada tahun ini akan dikurniakan ganjaran yang luas untuk kita semua umat Islam pada akan datang.
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.
Akhir sekali, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021 maaf zahir dan batin. Sama-samalah kita jaga kita.
Ikhlas dari,
Haji Mohamed Nazari Bin Haji Othman
Presiden
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia