Monthly Archive 06/01/2021

BySociety of the Blind In Malaysia

Skim Bantuan Bencana Banjir

Skim Bantuan Bencana Banjir

 

Assalamualaikum dan salam SBM. SBM prihatin terhadap ahli-ahlinya yang terjejas akibat bencana banjir. Justeru itu SBM telah menubuhkan Skim Bantuan Bencana Banjir. Ahli-ahli SBM yang mengalami musibah banjir boleh mendapatkan Skim Bantuan Bencana Banjir melalui SBM cawangan dan kawasan negeri masing-masing. Sila hubungi pejabat SBM di cawangan dan kawasan negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.

BySociety of the Blind In Malaysia

Barisan Kepimpinan Baharu SBM Bagi Penggal 2020-2022

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Edisi ke-13 Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 25 hingga 27 Disember 2020. Berikut merupakan keputusan pengundian bagi barisan kepimpinan baharu SBM bagi penggal 2020-2022.

 

 

Presiden:                                  Haji Mohd. Nazari Bin Haji Othman;

Timbalan Presiden:                Mohd. Fekkeri Bin Mat Jusoh;

Bendahari Kehormat:            Madam Jasmine Khoo;

Setiausaha Agung:                  Rosham Bin Sidek;

 

Ahli Majlis Presiden:

 

  1. Dr. Ahmad Shamsuri Bin Muhamad;
  2. Dr. Wong Huey Siew;
  3. Khairul Azwan Bin Wahab;
  4. Mohd. Mustaza Bin Mohamad Zain;
  5. Siti Huraizah Binti Ruslan;
  6. Md. Daud Bin Abd. Rahman;
BySociety of the Blind In Malaysia

Selamat Hari Braille Sedunia 2021

Sambutan Hari Braille Sedunia disambut pada 4 Januari setiap tahun bertujuan bagi memberikan pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan tulisan braille terhadap orang cacat penglihatan.

Hari Braille Dunia disambut setiap tahun pada 4 Januari bersempena hari lahir Louis Braille, pencipta braille! Louis dilahirkan pada tahun 1809 di Perancis. Beliau menjadi buta selepas kemalangan semasa kanak-kanak.  Keadaan begitu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha dan beliau cepat menguasai cara hidupnya yang baru. Ketika berusia 15 tahun, beliau menciptakan sistem yang kita kenal sekarang sebagai braille, berdasarkan sistem penulisan yang dikembangkan oleh Charles Barbier. Selama bertahun-tahun Braille telah mengolahnya untuk memudahkan membaca, dan sekarang ia digunakan di seluruh dunia.

Justeru SBM mengucapkan selamat hari braille sedunia