Yearly Archive 24/12/2021

BySociety of the Blind In Malaysia

Selamat hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2022

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia mengucapkan selamat Hari Krismas kepada OKU penglihatan yang menganut agama Kristian,

dan mengucapkan juga selamat Tahun Baru 2022 kepada seluruh warga OKU penglihtan di Malaysia.

Semoga hari-hari yang bakal menyusul nanti membawakan lebih keceriaan dan kemakmuran kepada negara kita, Malaysia

BySociety of the Blind In Malaysia

Kini lebih mudah untuk menderma dengan Touch ‘n Go eWallet dan DuitNow

Kini lebih mudah untuk menderma dengan Touch ‘n Go eWallet dan DuitNow QR
Mudah sahaja😁
Langkah 1 – klik “scan” ikon dari “app homepage”
⬇️
Langkah 2 – Imbas QR Code (TNG QR atau DuitNow QR)
⬇️
Langkah 3 – Masukkan jumlah bayaran
⬇️
Langkah 4 – Masukkan 6 digit nombor PIN untuk pengesahan
⬇️
Langkah 5 – Imbasan selesai
⬇️
Langkah 6 – “Screenshot” transaksi sebagai bukti pembayaran
⬇️
Langkah 7 – Hantar gambar “Screenshot” dan maklumat penderma ke finance_sbm@yahoo.com untuk dapatkan resit pengecualian cukai
BySociety of the Blind In Malaysia

Hebahan Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Kebangsaan 2021

PERTANDINGAN BAKAT SENI SUARA SBM KEMBALI LAGI!!!
 
Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Kebangsaan 2021 akan berlansung pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 27 November 2021
Masa: 2.00 Petang
Lokasi: Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 
Saksikan siaran secara lansung Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Kebangsaan 2021 di live facebook Society Of The Blind In Malaysia – HQ
BySociety of the Blind In Malaysia

Program Keusahawanan Dan Pengurusan Kewangan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah Anjuran Yayasan Hasanah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

📬 Dengan sukacitanya, syarikat kami, People Systems Consultancy Sdn Bhd
ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri sebuah program yang dinamakan
sebagai *Program Keusahawanan Dan Pengurusan Kewangan Untuk Golongan
Berpendapatan Rendah Anjuran Yayasan Hasanah* selama 5 hari secara percuma
kepada peniaga-peniaga/usahawan-usahawan B40 di seluruh Malaysia.

Butiran Program adalah seperti berikut :

*Tarikh: 26 November – 30 November 2021*
*Masa: 8:30 pagi – 12:30 tengahari*
*Tempat: Online (Aplikasi Zoom)*

📬 Berikut merupakan kriteria peserta yang diperlukan:

✅ Berumur 18 tahun hingga 55 tahun.
✅ Golongan asnaf atau B40
✅ Penerima BPN/BSH/BPR atau mana-mana bantuan kerajaan
✅ Mempunyai perniagaan (online bisnes juga boleh mendaftar!) dan berminat
untuk memulakan perniagaan (bagi yang belum ada perniagaan).

⚠️ Program ini adalah *PERCUMA*
⚠️ *Elaun data sebanyak RM 75* akan  diberikan sepanjang 5 hari kursus!
⚠️ Buku Kursus dan sesi training & mentoring akan disediakan selama 3- 6
bulan!

Sila isi Google Form ini untuk pendaftaran kursus. Anda akan dihubungi oleh
pihak kami untuk info selanjutnya.

https://forms.gle/E8f5iRqP2Ev5Bef58

Daftar segera! Jangan lepaskan peluang ini kerana *tempat adalah terhad!* 😊

Sebarang soalan boleh hubungi kami di Whatsapp- https://wa.link/0al3wv

BySociety of the Blind In Malaysia

Program Agrobank dan Komuniti OKU Penglihatan sempena Hari Tongkat Putih Kebangsaan

 

Agrobank menawarkan kursus pemasaran digital dalam talian secara percuma kepada usahawan berdaftar dengan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia melalui Program Zero Cost Marketing bagi membantu komuniti itu memperoleh pendapatan.

Penanggung Tugas Presiden yang juga Ketua Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, program itu akan diadakan selama dua hari seminggu bagi tempoh tiga bulan.

“Mereka yang layak akan dibekalkan dengan modul latihan pembangunan sosioekonomi menerusi kelas bimbingan komprehensif.

“Program latihan ini akan memberi fokus untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan usahawan ahli bagi membekalkan mereka dengan kemahiran berkaitan pemasaran secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Agrobank dan Komuniti sempena Hari Tongkat Putih Kebangsaan di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini, hari ini.

Penyerahan sumbangan sebanyak RM !0,000 dan  100 tongkat putih itu disampaikan Khadijah kepada Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, Mohammed Nazari Bin Haji Othman.

 

 

 

BySociety of the Blind In Malaysia

Hari Penglihatan Sedunia 2021

Hari Penglihatan Sedunia 2021
 
OKU penglihatan merupakan individu yang kuat dan tabah kerana cekal menghadapi kehidupan di alam ini dengan penuh cabaran dan dugaan.
 
Baik dari segi layanan, pendidikan, tempat tinggal dan pekerjaan, OKU penglihatan terus cekal dalam meneruskan hidup.
 
Dikala pandemik melanda, mereka berikat perut dan berusaha untuk memastikan kestabilan ekonomi diri dan keluarga terjamin. Mereka berusaha dengan semampu yang boleh.
 
Cacat penglihatan bukan penghalang. Mereka mampu dan mempunyai kelebihan tersendiri bahkan menyaingi mereka yang celik.
 
JADILAH PELITA, bagi diri kita sendiri dan sekitar kita. Sebuah pepatah berusia 25 abad mengatakan: Sejuta pelita dapat dinyalakan dari sebuah pelita, dan nyala pelita pertama tidak akan meredup. Pelita kebijaksanaan pun, tak kan pernah habis terbagi. Bila mata tanpa penghalang, hasilnya adalah penglihatan. Jika telinga tanpa penghalang, hasilnya adalah pendengaran. Hidung yang tanpa penghalang membuahkan penciuman. Pikiran yang tanpa penghalang hasilnya adalah kebijaksanaan.
 
Justeru itu, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia mengucapkan selamat hari penglihatan sedunia 2021.
 
#lawancovid#
#kitajagakita#
BySociety of the Blind In Malaysia

Hong Leong Bank’s effort in supporting the blindness community to be more knowledgeable in making financial decisions

Having installed units of talking ATM in Brickfields, Kuala Lumpur and Pulau Tikus, Penang to aid the blind in their financial transactions, the bank has now come up with another idea to help the blind to understand the juggins and different aspects of banking. These come in the form of 10 short articles, written and read into audio files that are in Bahasa Malaysia, English and Chinese. For those who prefer to read using their own Braille Displays, PDF files have been made  available as well and it is also done in the three above languages.

Topics include:
1. ‘What are the Common Financial Terms You Need To Know?’
2. ‘Credit Score’
3. ‘3 Ways To Avoid Financial Scams’.
4. “Common Scams”
5. “Savings”
6. “What is Islamic Banking?”
7. “Emergency funds”
8. “What are your EPF entitlement?’
9. “e-pengeluaran for EPF members”
10. “Mandatory contribution for EPF members”

From the topics, you will see that this is all general information which will be very useful to everyone.
Do help to spread this to as many of our blind friends as possible.
On behalf of the blindness community of Malaysia, we would like to take this opportunity to thank Hong Leong Bank, (HLB) for all their efforts and contribution to improve the lives of the blind.
You can download or read them at the following link:
https://drive.google.com/drive/folders/18jKemf9kNveGsy3l1vAsMWrcKA8DegsN?usp=sharing

BySociety of the Blind In Malaysia

Kenyataan Akhbar

MEMPERCEPATKAN PROGRAM VAKSINASI COVID-19 BAGI WARGA OKU

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (Society of The Blind in Malaysia) ingin menarik perhatian pihak media agar dapat membantu menyampaikan hajat dan suara OKU kepada kerajaan.

Memandangkan jumlah kes dan kadar kebolehjangkitan COVID-19 yang semakin meningkat, pihak pertubuhan ingin mengemukakan beberapa cadangan daripada komuniti OKU Penglihatan dan Warga OKU secara am, untuk dipertimbangkan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi dan YB Datuk Seri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan.
Dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, pertubuhan menyeru kepada pihak kementerian supaya:

1. Mempercepatkan program vaksinasi untuk OKU yang memenuhi syarat kelayakan dan yang mencapai usia 18 tahun ke atas. Secara umumnya, peluang untuk golongan OKU terdedah kepada jangkitan COVID-19 adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan warga biasa.

2. Memperuntukan satu peratus daripada Vaksin AstraZeneca bagi pusingan kali kedua pada 23-26 Mei ini untuk warga OKU. Ramai warga OKU, termasuk mereka yang telah berdaftar pada/dari bulan Februari, tetapi masih belum lagi mendapat tempahan untuk vaksinasi.

Untuk program Vaksin AstraZeneca kali ini, mekanisma yang sama dengan warga emas boleh digunakan. Pihak Kementerian boleh menggunakan nombor pendaftaran OKU untuk mengenalpasti status warga OKU. Pertubuhan juga mencadangkan satu saluran atau process pendaftaran khas disediakan untuk Warga OKU. Sekian,terima kasih.

Disediakan oleh:
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Rabu 19 Mei 2021

BySociety of the Blind In Malaysia

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2021

 

 

 

Apabila tempoh berpuasa selama 30 hari di dalam bulan Ramadhan berakhir, maka seluruh umat Islam di seluruh dunia akan menyambut perayaan di bulan Syawal yang dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri.

Meskipun kita hidup dalam norma baharu dan berhadapan dengan kekangan untuk kita pulang ke kampung, namun bersyukur pada yang Maha Esa kerana kita dikurniakan lagi kesempatan untuk menyambut hari lebaran yang mulia ini.

Adalah menjadi tanggung jawab kita untuk meraikan hari lebaran yang mulia ini dengan penuh kesederhanaan disamping membantu dalam usaha membasmi dan menentang wabak Covid-19. Semoga pengorbanan kita pada tahun ini akan dikurniakan ganjaran yang luas untuk kita semua umat Islam pada akan datang.

Gemersik takbir mengundang hiba,

Salam diutus tanda ingatan,

Syawal dinanti menjelang tiba,

Salam diutus pohon kemaafan.

Maaf zahir dan batin.

Akhir sekali, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021 maaf zahir dan batin. Sama-samalah kita jaga kita.

 

Ikhlas dari,

 

Haji Mohamed Nazari Bin Haji Othman

Presiden

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

 

BySociety of the Blind In Malaysia

SBM URGE THE GOVERNMENT TO SPEED UP THE PROCESS OF VACCINATION FOR OKU

 

On behalf of SBM or Society of the Blind in Malaysia, I would like to urge government to speed up the process of vaccination for OKU.

Since OKU are in phase two and we found that this phase two going to end and many of them are still yet to get the vaccine.

So, we hope government can speed up the process thank you

 

From

Dr. Wong Huew Siew

Chairman of Economic Development Committee

Society of The Blind in Malaysia