Yearly Archive 06/05/2020

BySociety of the Blind In Malaysia

Bantuan Kepada Ahli SBM di Sarawak akibat Covid-19

SBM Cawangan Sarawak telah menyerakan bantuan makanan yang disalurkan oleh pihak JKM Kuching kepada ahli-ahli yang terjejas akibat pelaksanaan PKP.

Pengerusi SBM Sarawak mewakili ahli jawatankuasa, telah menghantar bantuan dari rumah ke rumah. Penghantaran kepada 92 orang penerima, berjaya diselesaikan dalam masa 2 hari berturut-turut.

Pihak JKM daerah juga telah menyampaikan bantuan serupa kepada sekitar 50 orang ahli yang berada di luar kawasan Kuching.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak JKM atas keprihatinan yang ditunjukkan. Semoga usaha ini dapat meringankan beban para ahli yang menerima.

BySociety of the Blind In Malaysia

Program Kursus Kepimpinan Belia Zon Timur 2020

Kursus Kepimpinan Belia SBM Berwawasan 2020 telah diadakan pada 13-15 Mac 2020 untuk ahli-ahli Belia SBM Zon Timur Program ini telah dianjurkan oleh SBM Cawangan Pahang berikutan pihak Jawatankuasa utama JPB telah mencadangkan SBM Pahang menjadi tuan rumah. Penganjuran program ini telah berlangsung di Lot 1674, Jalan Homestay Desa Murni Sanggang ,Temerloh, Pahang , selama tiga hari dua malam. Program ini telah dikendalikan oleh pihak Buddies Outdoor Solution (BOS) bersama Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM Pahang yang dipengerusikan oleh Muhamad Alkudus b Abdul Manah.

Peserta Program ini adalah seramai 23 orang ahli belia SBM Zon Timur dari jumlah awal seramai 27 orang. Turut menyertai program ini adalah tiga orang pembantu dan tiga orang Fasilitator Buddies Outdoor Solution merangkap urusetia program.

 

 

BySociety of the Blind In Malaysia

(Pengumuman khas) Penangguhan Pertandingan Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan 2020

Hebahan: Penangguhan Pertandingan Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan 2020

 

 

Salam SBM,

 

 

Untuk makluman, memandangkan keadaan Covid-19 yang sedang menular dinegara ini, Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial SBM ingin memaklumkan bahawa, Pertandingan Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan 2020 yang dijadualkan  pada 28 Mac 2020, bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jalan Tun H.S Lee ditangguhkan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Sehubungan dengan itu, jawatankuasa ini ingin memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku.

 

 

Sekian, harap Maklum.

 

 

 

Khairul Azwan Bin Wahab,

Pengerusi Jawatankuasa Utama, Kebudayaan, Kesenian dan Sosial,

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

BySociety of the Blind In Malaysia

Karnival Sukan Tahunan Sbm Cawangan Pahang 2020

Aktiviti  Sukan Tahunan 2020 telah diadakan untuk ahli-ahli SBM Cawangan Pahang yang  berlangsung pada  21 ,22 dan 23 Febuari yang lalu, bertempat  di G46G Jalan  Mentakab Kampung Batu 1 Temerloh . Aktiviti  menawarkan acara-acara Sukan Dalaman seperti Pingpong Regu/ individu,Dam,Catur, Congkak,Dominus dan Dart yang  menyediakan hadiah-hadiah wang tunai.

 

Program  bermula pada 21 Febuari 2020 – untuk acara pingpong individu.peserta seramai tujuh (7) orang telah beradu skill permainan untuk merebut tempat dalam acara ini. Pertandingan untuk menentukan tempat pertama,kedua dan ketiga berlarutan hingga jam 7.00 petang . pemenang pertama di sandang oleh Mohamad Ali Ahmad,kedua –Muhamad Alkudus Abd Manah dan ketiga Abdul Manaf b Jaafar .pengadil pingpong ialah Encik Ahmad b Awang

22 Febuari 2020 – acara Dam . seramai tujuh(7) orang peserta telah bermain bagi mencari tempat pertama, kedua dan ketiga. Juara acara Dam adalah Abdullah b Nawang, kedua –Shereen Azura Abd Rahim dan ketiga –Isfhan Ismail b Ibrahim. Pengadil ialah Imran b Hamid

23 February 2020 – Acara ,Congkak , Dominus dan Dart.

Acara Congkak –seramai 8 orang peserta  bermain congkak  untuk merebut gelaran juara. Permainan bermula jam 10.00 pagi sekitar jam 11.00 pagi  Juara acara congkak di sandang oleh Zaharah bt Husin,kedua – Che Mah bt Salleh , ketiga Saupi bin Safial .Pengadil acara congkak ialah Jamilah bt Yahya

Acara Dominus – seramai 12 orang ahli beradu nasib  menuju juara untuk acara ini. Juara di sandang oleh Abdul Manaf b Jaafar , kedua –Zaharah bt Hussin  dan ketiga Abdullah b Nawang

Pengadil  ialah Mansor  b Alias .

Acara Dart (baling anak panah) seramai 14 orang terlibat  dalam acara ini. Tempat pertama di sandang oleh Isfhan Ismail b Ibrahim , kedua – Mohamad Fuad Yaacob dan ketiga Norayati Deraman.pengadil adalah Jamilah bt Yahya.

 

Tahniah kepada semua pemenang.

 

BySociety of the Blind In Malaysia

HEBAHAN PERTANDINGAN BAKAT SENI SUARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2020

Salam sejahtera,

Untuk makluman, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) akan
mengadakan Pertandingan Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan pada 28
Mac 2020, jam 8:00 Malam, bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jalan Tun
H.S Lee.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pertandingan ini.

Jumpa disana!

BySociety of the Blind In Malaysia

KURSUS PENANAMAN CILI FERTIGASI ANJURAN SBM CAWANGAN PAHANG

Aktiviti  Kursus Penanaman Cili menggunakan kaedah fertigasi  telah di adakan di SBM Cawangan Pahang  pada 15 Febuari 2020 yang lalu.Program ini telah di rancang untuk ahli-ahli SBM tetapi terbuka kepada semua warga SBM Pahang. Program ini  bermula  jam 10.00 pagi  , bertempat di SBM Pahang G46G Jln Mentakab Kg Batu 1 Temerloh . Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pekerjaan dan Pembangunan Ekonomi SBM yang di pengerusikan oleh Encik Ismail b Mamad .

 

Objektif program ini adalah untuk membuka peluang kepada peserta belajar ilmu moden dalam bidang pertanian untuk faedah diri sendiri dan pertubuhan ini khasnya , memandangkan kawasan  SBM  memiliki ruang tanah kosong yang boleh di usahakan.

 

BySociety of the Blind In Malaysia

Happy Chinese New Year 2020

Chinese New Year is the most important celebration in Chinese society around the world. It is the first day of the new year according to the Lunar Calendar. The Chinese New Year celebration is closely linked to the beliefs and customs of the Chinese people who made it a traditional celebration.
Therefore, Society of The Blind In Malaysia wishes Happy Chinese New Year. May the new year bring in your life joys that never fade, hopes that never die, and strength that never weakens.
新年快 !

BySociety of the Blind In Malaysia

Selamat Tahun Baru Cina 2020

Tahun Baru Cina merupakan perayaan paling penting dalam masyarakat Cina di seluruh dunia. Ia merupakan hari pertama pada tahun baru mengikut Kalendar Lunar.Perayaan Tahun Baru Cina sangat berkait rapat dengan kepercayaan dan adat orang Cina terdahulu menjadikannya perayaan tradisional.

Justeru Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia yang berbangsa Cina, moga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keadaan sejahtera. 新年快 !

 

BySociety of the Blind In Malaysia

Selamat Hari Braille Sedunia

Penghasilan bahan bacaan seperti buku cerita, buku teks dan buku rujukan braille di Malaysia bermula pada tahun 1948 oleh pegawai kebajikan Major D. R. Bridges. Beliau telah mengasaskan Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (“Malaysian Association for the Blind – MAB”). Selain itu, Major D. R. Bridges turut berusaha bagi menerbitkan bahan braille bagi Rumah St.Nicholas dengan menubuhkan Unit Penerbitan Braille (“Braille Publishing Unit – BPU”). Selain menerbitkan bahan-bahan braille, ia bertujuan bagi memberikan peluang pekerjaan bagi orang-orang buta.
 
Selain menerbitkan bahan braille bagi Rumah St.Nicholas, Unit Penerbitan braille juga turut bertanggungjawab bagi menghasilkan bahan bacaan braille bagi Sekolah Princess Elizabeth untuk orang-orang buta (“Princess Elizabeth School for the Blind – PES”) apabila ia ditubuhkan pada tahun 1953 di atas sebidang tanah yang dihadiahkan oleh Sultan Johor bersama dengan dana sumbangan expatriate British sempena menyambut perkahwinan Puteri Elizabeth. Sekolah Princess Elizabeth kemudiannya diletakkan di bawah pentadbiran Persatuan Orang-orang Buta Malaysia.
 
Persatuan Orang-orang Buta Malaysia turut berkembang dan memperkenalkan beberapa perkhidmatan untuk orang-orang buta, termasuk Pusat latihan Gurney pada tahun 1952 dan unit Penempatan Kerja. Unit Penerbitan braille kemudiannya dipindahkan ke Persatuan Orang-orang Buta Malaysia dengan kakitangannya masih merupakan kakitangan kerajaansekitar 1960-an.
 
Dengan perkembangan pendidikan dikalangan orang buta semakin meningkat, Unit Penerbitan braille di bawah Persatuan Orang-orang Buta Malaysia tidak lagi mampu menghasilkan bahan yang mencukupi, Sekolah St. Nicholas dan Society of the Blind di Malaysia telah membeli peralatan cetakan braille mereka sendiri untuk memenuhi keperluan khusus mereka. Menjelang permulaan 1980-an, Seksyen Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan memutuskan bahawa mereka perlu memiliki kepakaran braille sendiri dan telah menubuhkan seksyen percetakan braille di Sekolah Pendidikan Khas Setapak, dan tidak lagi membuat tempahan dari MAB.
 
Pada awalnya seksyen percetakan braille di bawah Seksyen Pendidikan Khas berjaya menghasilkan beberapa jilid bahan braille, tetapi usaha tersebut terjejas selepas berlaku kerosakan pencetak braille, dan pengeluaran buku braille tergantung. Pelajar-pelajar buta pula terpaksa menyalin buku mereka sendiri atau mendapatkan bantuan guru pusat sumber mereka.
 
Pada tahun 1993, Tetsuji Tanaka, Pengarah Esekutif dan Pengerusi Perpustakaan braille Jepun melakukan usaha bagi melatih sehingga 100 orang dari negara-negara Asia untuk menghasilkan bahan braille menggunakan komputer. Ini termasuk NCBM, Organisasi Ahli dan Jabatan Pendidikan Khas.
 
Justeru SBM mengucapkan selamat hari braille sedunia