Aktiviti Kursus Penanaman Cili menggunakan kaedah fertigasi telah di adakan di SBM Cawangan Pahang pada 15 Febuari 2020 yang lalu.Program ini telah di rancang untuk ahli-ahli SBM tetapi terbuka kepada semua warga SBM Pahang. Program ini bermula jam 10.00 pagi , bertempat di SBM Pahang G46G Jln Mentakab Kg Batu 1 Temerloh . Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pekerjaan dan Pembangunan Ekonomi SBM yang di pengerusikan oleh Encik Ismail b Mamad .
Objektif program ini adalah untuk membuka peluang kepada peserta belajar ilmu moden dalam bidang pertanian untuk faedah diri sendiri dan pertubuhan ini khasnya , memandangkan kawasan SBM memiliki ruang tanah kosong yang boleh di usahakan.


