Yearly Archive 11/12/2020

BySociety of the Blind In Malaysia

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2020 (EDISI KE-13)

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2020 (EDISI KE-13)PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

Adalah dimaklumkan bahawa notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM 2020 (Edisi Ke-13) akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 25 – 27 Disember 2020 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: The Crystal Crown Hotel
12, Lorong Utara A Off Jalan Utara
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-79584422

Bersama-sama ini disertakan Notis Mesyuratat yang sama untuk diedarkan kepada Ahli-ahli SBM di Cawangan/Kawasan masing-masing dan ‘Garis Panduan Bagi Menghadiri Mesyuarat’ berkenaan bertarikh 12 Ogos 2020, untuk rujukan dan tindakan tuan/puan sewajarnya.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah diminta hadir.

Sekian, terima kasih.

 

‘BERSATU MEMBAWA KEJAYAAN’
Yang benar
(ROSHAM BIN SIDEK)
Setiausaha Agung
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)

 

BySociety of the Blind In Malaysia

KENYATAAN AKHBAR SEMPENA SAMBUTAN HARI OKU 2020

 

Pada hari yang penuh bermakna ini yakni 3 Disember 2020 merupakan hari yang sememangnya diraikan oleh semua warga OKU di seluruh dunia. Barangkali, Sambutan Hari OKU peringkat Kebangsaan tahun 2020 ini mungkin tidak dapat diraikan seperti tahun-tahun terdahulu disebabkan dunia ketika ini sedang dilanda ancaman pandemik Covid-19.

 

Justeru itu, suasana ini telah menjadi satu cabaran besar kepada semua orang termasuk komuniti Orang Kurang Upaya. Disebabkan itu, ramai OKU yang turut terkesan pada mereka yang bekerja sendiri seperti Juru Urut akibat daripada penularan wabak ini. Mujurlah ramai di kalangan kami telah mendapat bantuan keperluan asas seperti makanan daripada kerajaan, swasta, orang ramai dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang amat prihatin kepada nasib yang dihadapi oleh komuniti OKU di Negara ini.

 

Sempena Sambutan Hari OKU Antarabangsa dan Kebangsaan tahun ini, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia atau Society of the Blind in Malaysia (SBM) ingin menyarankan kepada kerajaan agar sentiasa dan terus membela dan melindungi keselamatan serta hak kami. SBM ingin mengeshorkan bahawa semua OKU seharusnya diberikan vaksin Covid-19 dengan percuma apabila vaksin ini diterima daripada pembekal. Secara ikhlas, SBM ingin berkongsi bahawa majoriti besar OKU Penglihatan di Negara ini merupakan golongan B40. Ini termasuk ramai daripada mereka hidup di luar Bandar sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap.

 

SBM ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak seperti Wakil Rakyat, Sukarelawan, orang ramai, NGO, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang telah sudi membantu komuniti OKU khususnya OKU Penglihatan untuk mengurangkan beban dan cabaran hidup yang sedang dihadapi ketika ini.

 

Kami juga berharap bahawa semua OKU yang mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat turut diberikan baucer RM100.00 sebagaimana yang diberikan kepada belia seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021. Tidak ketinggalan juga SBM ingin menggesa supaya semua Kerajaan Negeri turut mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi menyediakan dana atau peruntukan untuk kesejahteraan hidup komuniti OKU di Negeri masing-masing. Kami amat menaruh harapan besar agar YAB Menteri Besar atau Ketua Menteri sentiasa ingat dan prihatin kepada warga OKU di Negeri YAB masing-masing.

 

Selain itu, SBM juga ingin menggesa agar pihak swasta sentiasa komited untuk mengambil OKU Penglihatan bekerja. Terdapat ramai OKU Penglihatan yang terlatih dan graduan ingin mencari pekerjaan. Oleh itu, diharap semua bakal majikan menerima baik permohonan mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk di temuduga dan menilai keupayaan dan kekuatan mereka bukan dari segi kecacatan mereka. SBM ingin menekankan bahawa ramai OKU Penglihatan sudah menguasai kemahiran ICT dan boleh menggunakan ‘smart phone’. Ini merupakan salah satu kelebihan untuk membantu mereka menjalankan kehidupan harian seperti orang lain.

 

Di samping itu, kami juga ingin menyeru kepada Bank Negara dan semua bank komersial untuk mengamalkan dasar perkhidmatan bank yang mesra OKU. Tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya telah ada beberapa buah bank yang berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang mesra OKU, namun dasar-dasar yang terdapat di bank yang sama dan cawangan lain termasuk cawangan di luar Lembah Klang adalah tidak seragam. Perkara sedemikian sentiasa menimbulkan kekeliruan dan kesulitan kepada OKU Penglihatan yang mengunjung ke cawangan tersebut. Misalnya, masih terdapat banyak cawangan yang tidak ingin OKU membuka akaun simpanan dan kad ATM.

 

Jika keadaan sedemikian berterusan, ia pasti menyukarkan OKU Penglihatan untuk menggunakan kemudahan internet banking atau e-payment. Selagi perkara kad ATM ini tidak dapat diselesaikan, ia sukar untuk mendaftar bagi penggunaan transaksi melalui internet banking. Kami berharap Bank Negara segera membantu menyelesaikan isu ini kerana isu tentang OKU Penglihatan akses kepada perkhidmatan banking ini telah lama berlarutan. Begitu juga saksi yang dijadikan syarat kepada OKU penglihatan apabila hendak memohon produk tertentu sepatutnya seorang sudah memadai bukannya dua orang (ahli keluarga). Perkara ini tidak munasabah kerana ramai OKU tinggal  berasingan daripada keluarga dan kampung mereka jauh. Apakah dasar sedemikian ini adalah mesra kepada OKU?

 

 

 

Akhir sekali, SBM ingin mengucapkan Selamat Hari OKU kepada semua warga OKU khususnya OKU Penglihatan yang jatuh pada tanggal 3 Disember 2020 nanti. Diharap nasib dan taraf hidup komuniti OKU sentiasa di bela dan terus maju ke hadapan. Terima kasih kepada semua yang prihatin dan komited kepada agenda pembangunan OKU di Negara tercinta iaitu Malaysia.

 

 

 

 

 

Yang benar,

 

MOHAMMED NAZARI BIN HJ. OTHMAN

Presiden

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

(Society of the Blind in Malaysia)

 

 

dan

 

 

DR WONG HUEY SIEW

Pengerusi

Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

(Society of the Blind in Malaysia)

 

 

 

 

 

BySociety of the Blind In Malaysia

Penangguhan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Edisi Ke-13 2020

PENGUMUMAN DARI PENGERUSI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN EDISI KE-13 2020.

 

Salam SBM,

 

Berikutan dari pengumuman perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) mengenai perkembangan semasa Virus COVID &19, Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Edisi Ke-13 2020 telah ditangguhkan kesatu Tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

SBM ingin memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku. Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

(KHAIRUL AZWAN BIN WAHAB)

Pengerusi jawatankuasa BGM edisi ke-13 2020

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

BySociety of the Blind In Malaysia

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2020

 

 

Malaysia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaanya yang kali ke-63 tahun.  YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini memperkenalkan Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’

 

Tema sambutan tahun ini adalah ‘Malaysia Prihatin’. ‘Malaysia’ membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan, manakala ‘Prihatin’ mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif PRIHATIN yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

 

Sempena Bulan Kebangsaan tahun ini, empat aktiviti utama akan diadakan iaitu Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara yang akan bermula 9 Julai hingga 16 September 2020, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 28 Julai 2020 di Putrajaya, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2020 di Kuala Lumpur, dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2020 di Sibu, Sarawak.

 

Logo berbentuk hati dipilih dengan warna-warna bendera Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan Kerajaan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

 

 

 

MAKSUD LOGO

 

Logo berbentuk hati;

Melambangkan Keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.

 

Warna biru tua ;

Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

 

Bulan Sabit;

Islam adalah agama bagi persekutuan.

 

Bintang Pecah 14;

Perpaduan 13 buah begeri dan kerajaan Persekutuan.

 

7 Jalur Merah Putih berbentuk hati;

Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.

 

Stigma Bunga Raya;

Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.

 

5 titik merah;

Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

 

 

 

Justeru itu, SBM mengucapkan selamat hari kemerdekaan yang ke-63. Semoga negara kita yang tercinta Malaysia, sentiasa dikurniakan keharmonian dan kesejahteraan selalu. Sekian terima kasih.

BySociety of the Blind In Malaysia

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2020 (EDISI KE-13) PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

Dengan segala hormatnya, notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM 2020 (Edisi Ke-13) akan diadakan seperti berikut:-

 

Tarikh:           16 – 18 Oktober 2020 (Jumaat hingga Ahad)

Tempat:        The Crystal Crown Hotel

12, Lorong Utara A Off Jalan Utara 46200 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-79584422

 

Mana-mana ahli SBM yang ingin menyertai Mesyuarat ini adalah dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM150.00 seorang. Manakala bagi bukan ahli/anak/pengiring pula dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM260.00 seorang.  Pendaftaran bolehlah dibuat melalui Pejabat Cawangan/Kawasan masing-masing.

Sejajar dengan Peraturan 8.8 – Perlembagaan SBM, mana-mana Ahli yang ingin mengemukakan sebarang usul untuk dibincangkan semasa Mesyuarat berkenaan hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Agung SBM tidak lewat dari 15 September 2020.

Setiap peserta terikat dengan SOP yang perlu dipatuhi. Sila KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir.

 

Sekian, terima kasih.

 

‘BERSATU MEMBAWA KEJAYAAN’

BySociety of the Blind In Malaysia

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) MENGHADIRI BGM SBM 2020

BGM datang lagi. Jaga jarak sosial, amalkan kebersihan optimum dan jangan lupa patuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang dikeluarkan kerajaan. Berikut adalah SOP dan perkara-perkara yang perlu dipatuhi semasa menghadiri BGM 2020;

 

  1. Bagi memudahkan urusan penganjuran BGM 2020, semua peserta mesyuarat digalakkan memuat turun aplikasi MySejahtera dengan menggunakan telefon pintar.

 

  1. Aplikasi ini boleh digunakan di lokasi berlangsungnya BGM 2020 dan pihak penganjur akan menggunakan aplikasi ini bagi tujuan pendaftaran peserta dan untuk check in hotel. Peserta yang tidak mempunyai kemudahan ini akan direkodkan secara manual.

 

  1. Kehadiran kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah DILARANG.

 

  1. Patient Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan hadir.

 

  1. Kaunter saringan kesihatan akan diwujudkan di pintu masuk bertujuan memastikan bilangan kehadiran, membuat pemeriksaan suhu badan, saringan gejala batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas. Peserta dengan suhu badan melebihi 37.5 celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.

 

  1. Peserta mesyuarat digalakkan memakai/menggunakan pelitup muka sepanjang masa semasa berlangsungnya BGM 2020 bagi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19 dengan berkesan.

 

  1. Penganjur, urusetia juga perlu menjalani saringan kesihatan.

 

  1. Semasa para peserta menunggu giliran di kaunter saringan, penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter mesti dipatuhi.

 

  1. Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu memastikan para peserta membersihkan tangan (hand sanitizer) dan merekod kehadiran peserta.

 

  1. Pihak penganjur akan menyusun dan menanda kedudukan tempat duduk peserta di dalam ruang persidangan. Penjarakan sosial 1 meter antara susunan tempat duduk.

 

  1. Penggunaan tandas akan dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa.

 

  1. Amalkan 3W. (wash) kerap cuci tangan, (wear) pakai pelitup muka dan (warn) amaran bagi elakkan bersalam.

 

  1. Amalkan 3S. Elakkan berada di tempat yang SESAK, tempat yang SEMPIT dan tertutup serta elakkan SEMBANG dekat-dekat.

 

  1. Sentiasa memakai pelitup muka (face mask) semasa mesyuarat.

 

  1. Bermula 1 Ogos 2020 pemakaian pelitup muka adalah WAJIB di tempat awam dan tempat yang sesak. Individu yang engkar boleh didenda. Pihak Penganjur BGM 2020 tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada di kalangan peserta mesyuarat yang didenda kerana engkar dengan arahan tersebut.

 

  1. Dimaklumkan juga bahawa keputusan ini juga tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa.
BySociety of the Blind In Malaysia

Radio Society of the Blind in Malaysia

Radio Society of the Blind in Malaysia

 

Live stream with your favorite DJ, Mr. Moktar Soon

 

Click HERE to listen to SBM Radio

BySociety of the Blind In Malaysia

Sumbangan Kepada Ahli-Ahli SBM Oleh YB TUAN FONG KUI LUN

Sumbangan bantuan oleh YB TUAN FONG KUI LUN pada 26 Jun 2020 kepada ahli-ahli SBM di Dewan Serbaguna Wisma SBM tingkat 1.

 

BySociety of the Blind In Malaysia

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam SBM.

 

Alhamdullilah, segala pujian dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan Rahmat-Nya, kita masih lagi dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Hari Raya Aidilfitri merupakan satu kemenangan kepada seluruh umat Islam dalam menahan lapar dan dahaga di samping meningkatkan amal ibadat sepanjang sebulan menunaikan ibadah puasa.

 

Tahun 2020 menyaksikan tahun yang paling kritikal untuk Negara kita, bahkan juga seluruh dunia. Dengan penularan wabak pandemik Covid-19, Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan disambut dengan cara dan norma yang berbeza. Tiada lagi pulang ke kampung halaman, tiada lagi rumah terbuka, dan tiada lagi gotong-royong atau kenduri kendara. Namun kita sebagai umat islam seharusnya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih diberi peluang untuk merasai lebaran Aidilfitri.

 

SBM mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Semoga segala amalan dan ibadah yang dilakukan pada Ramadhan kali ini diterima oleh-Nya. Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah S.W.T agar Negara kita pulih sepenuhnya dari ancaman wabak Covid-19 ini. InsyaAllah, dengan usaha dan doa kita kepada Allah S.W.T, kita akan mendapat petunjuk dariNya dan mendapat keredhaan untuk memperolehi kejayaan.

 

Akhir kata patuhilah S.O.P yang telah dikeluarkan oleh Majlis keselamatan Negara. Ziarah menziarahi hanya pada Hari Raya pertama sahaja. Elakanlah kawasan yang sesak dan elakkan dari melawat kawasan perkuburan. Pastikan jarak yang selamat ketika bertemu atau bersembang iaitu 1 meter. Kerapkanlah mencuci tangan dengan air dan sabun. Elak bersalaman dan bersentuhan serta pakailah pelitup hidung dan mulut.

 

Sekian terima kasih

 

HAJI MOHAMMED NAZARI BIN HAJI OTHMAN

PRESIDEN PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

BySociety of the Blind In Malaysia

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

 

A) SEKTOR MAKANAN: KLUSTER PERNIAGAAN BERPREMIS

 

  1. Apakah jenis premis makanan bagi kluster perniagaan berpremis yang dibenarkan oleh Kerajaan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020?

 

▪ Restoran

▪ Medan Selera / Pusat Penjaja

▪ Gerai Makan Tepi Jalan (Berbumbung) / Kiosk

 

Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang. Kesemua sektor perniagaan makanan berpremis dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

 

  1. Apakah waktu operasi yang dibenarkan bagi perniagaan makanan berpremis di Wilayah Persekutuan ini?

 

Pelanggan boleh hadir mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja pada setiap hari. Walau bagaimanapun, pengusaha perniagaan makanan berpremis di Wilayah Persekutuan dibenarkan hadir mulai jam 5.00 pagi hingga 12.00 tengah malam bagi kerja-kerja pembersihan.

 

  1. Apakah arahan yang wajib dipatuhi oleh setiap peniaga / penjaja berpremis semasa menjalankan perniagaan?

 

Peniaga perlu memastikan keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi serta kebersihan premis. Ini termasuk keperluan merekod kehadiran pekerja dengan mengambil kira butiran nama penuh, no kad pengenalan, nombor telefon serta suhu badan pekerja dan pelanggan pada setiap hari mereka menjalankan perniagaan.  Selain daripada itu perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dan penekanan:

 

▪ Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja;

▪ Menyusun meja dengan jarak 2 meter antara meja bagi membolehkan penjarakan sosial sekurang-kurang 1 meter;

▪ Setiap meja dimuatkan tidak melebihi empat orang semeja

▪ Premis/Peniaga perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial;

▪ Mewajibkan penggunaan hand sanitizer berasas alkohol atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun;

▪ Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai buang; dan

▪ Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM.

 

 

  1. Adakah perniagaan makanan berpremis di zon merah dan zon kuning boleh beroperasi di Wilayah Persekutuan mulai 4 Mei 2020?

 

Semua perniagaan makanan berpremis di zon merah dan zon kuning dalam Wilayah Persekutuan sememangnya beroperasi secara take away. Perkhidmatan dine in adalah TIDAK DIGALAKKAN dan tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1 meter.

 

B) SEKTOR MAKANAN: KLUSTER PERNIAGAAN / PENJAJAAN TANPA PREMIS

 

  1. Apakah jenis premis makanan bagi kluster perniagaan / penjajaan tanpa premis yang dibenarkan oleh Kerajaan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020?

▪ Kenderaan Saji (Food Truck)

▪ Penjaja Beredar

▪ Penjaja Tepi Jalan (sementara)

 

Di WP Kuala Lumpur, aktiviti pasar malam, pasar terbuka dan bazaria TIDAK dibenarkan beroperasi. Tamu Labuan Walk, pasar malam, penjaja statik dan karnival jualan juga TIDAK dibenarkan beroperasi di WP Labuan. Pasar malam di WP Putrajaya TIDAK dibenarkan beroperasi sehingga Putrajaya menjadi Zon Hijau

Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang. Kesemua sektor makanan bagi kluster perniagaan / penjajaan tanpa premis dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

 

  1. Apakah waktu operasi yang dibenarkan bagi perniagaan / penjajaan makanan tanpa premis di Wilayah Persekutuan ini?

 

Pelanggan boleh hadir mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja pada setiap hari. Walau bagaimanapun, pengusaha perniagaan/ penjajaan makanan tanpa premis di Wilayah Persekutuan dibenarkan hadir mulai jam 5.00 pagi hingga 12.00 malam bagi kerja-kerja pembersihan.

 

  1. Apakah arahan yang wajib dipatuhi oleh setiap peniaga / penjaja tanpa premis ini semasa menjalankan perniagaan?

 

Peniaga perlu memastikan keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi serta kebersihan premis. Ini termasuk keperluan merekod kehadiran serta suhu badan pekerja pada setiap hari. Mereka juga perlu menghadkan bilangan pelanggan di kawasan perniagaan pada satu-satu masa supaya tidak berkumpul dan bersesak-sesak.

 

Selain daripada itu perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dan penekanan:

▪ Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja;

▪ Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian;

▪ Mewajibkan penggunaan hand sanitizer berasas alkohol;

▪ Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai buang; dan

▪ Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM.

 

  1. Adakah perniagaan / penjajaan makanan tanpa premis di zon merah dan zon kuning boleh beroperasi di Wilayah Persekutuan mulai 4 Mei 2020?

 

Semua perniagaan / penjajaan makanan tanpa premis di kawasan Peritah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) TIDAK BOLEH beroperasi di Wilayah Persekutuan.

 

C) SEKTOR MAKANAN: KLUSTER PASAR BERBANGUNAN

 

  1. Apakah jenis perniagaan bagi kluster pasar berbangunan yang dibenarkan oleh Kerajaan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020?

 

▪ Pasar Awam Berbangunan

▪ Pasar Borong (Kuala Lumpur sahaja)

 

Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang. Kesemua sektor makanan bagi kluster pasar berbangunan dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

 

  1. Apakah waktu operasi yang dibenarkan bagi perniagaan pasar berbangunan di Wilayah Persekutuan ini?

 

Pelanggan boleh hadir mulai jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja pada setiap hari. Walau bagaimanapun, pengusaha perniagaan pasar berbangunan di Wilayah Persekutuan dibenarkan hadir mulai jam 5.00 pagi hingga 7.00 malam bagi kerja-kerja pembersihan.

 

  1. Apakah arahan yang wajib dipatuhi oleh setiap peniaga pasar berbangunan ini semasa menjalankan perniagaan?

 

Peniaga perlu merekod kehadiran serta suhu badan pekerja pada setiap hari. Mereka juga perlu menghadkan bilangan pelanggan dalam pasar pada satu-satu masa dan membuat disinfeksi bangunan setiap hari selepas beroperasi.

Selain daripada itu perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dan penekanan:

 

▪ Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja;

▪ Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian;

▪ Mewajibkan penggunaan hand sanitizer berasas alkohol atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun;

▪ Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM; dan

▪ Membuat saringan kesihatan (suhu badan, simptom dan riwayat kontak dengan pesakit COVID-19) kepada semua pekerja warga tempatan dan asing yang memegang permit kerja (Pasar Borong).

 

 

 

  1. Adakah perniagaan pasar berbangunan di zon merah dan zon kuning boleh beroperasi di Wilayah Persekutuan mulai 4 Mei 2020?

 

Semua perniagaan pasar berbangunan di zon merah dan zon kuning BOLEH beroperasi di Wilayah Persekutuan seperti Pasar Borong Kuala Lumpur. Kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

 

D) SEKTOR MAKANAN: KLUSTER PASAR TANPA PREMIS (LOKASI TETAP)

 

  1. Apakah jenis perniagaan pasar tanpa premis yang dibenarkan oleh Kerajaan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020?

 

▪ Pasar Segar Terkawal (pasar tani sahaja) yang mempunyai lokasi tetap.

 

Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang. Kesemua sektor makanan bagi perniagaan pasar segar terkawal dibenarkan untuk dibuka semula iaitu pasar-pasar tani yang mempunyai lokasi tetap sahaja dan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

 

  1. Apakah waktu operasi yang dibenarkan bagi perniagaan pasar tanpa premis di Wilayah Persekutuan ini?

 

Pelanggan boleh hadir mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja pada setiap hari. Walau bagaimanapun, pengusaha perniagaan pasar tani tanpa premis di Wilayah Persekutuan dibenarkan hadir mulai jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi kerja-kerja pembersihan.

 

  1. Apakah arahan yang wajib dipatuhi oleh setiap penjaja pasar tanpa premis ini semasa menjalankan perniagaan?

 

Peniaga perlu memastikan keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan dan kesihatan peribadi. Perlu membuat penggiliran penjaja mengikut hari. Proses disinfeksi perlu dibuat setiap kali selepas beroperasi.

Selain daripada itu perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dan penekanan:

 

▪ Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja;

▪ Memastikan jarak antara meja / gerai adalah 2 meter;

▪ Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian;

▪ Mewajibkan penggunaan hand sanitizer berasas alkohol; dan

▪ Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM.

 

  1. Adakah perniagaan pasar tanpa premis di zon merah dan zon kuning boleh beroperasi di Wilayah Persekutuan mulai 4 Mei 2020?

 

Semua perniagaan pasar tanpa premis di zon merah dan zon kuning BOLEH beroperasi di Wilayah Persekutuan. Kecuali di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

 

E) SEKTOR MAKANAN: KLUSTER PERUNCITAN / SERBANEKA MAKANAN DAN MINUMAN:

 

  1. Apakah jenis premis bagi kluster peruncitan / serbaneka makanan dan minuman yang dibenarkan oleh Kerajaan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020?

 

▪ Pasar Raya Mini

▪ Kedai Runcit

▪ Kedai Serbaneka

 

Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang. Kesemua sektor makanan bagi kluster peruncitan / serbaneka makanan dan minuman dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

 

  1. Apakah waktu operasi yang dibenarkan bagi perniagaan peruncitan / serbaneka makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan ini?

 

Pelanggan boleh hadir mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja pada setiap hari. Walau bagaimanapun, pengusaha perniagaan peruncitan/ serbaneka makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan dibenarkan hadir mulai jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam bagi kerja-kerja pembersihan.

 

  1. Apakah arahan yang wajib dipatuhi oleh setiap peniaga peruncitan / serbaneka makanan dan minuman ini semasa menjalankan perniagaan?

 

Peniaga perlu menghadkan bilangan pelanggan dalam premis pada satu-satu masa serta membuat pembersihan dan aktiviti sanitasi berterusan dengan kerap. Semua pekerja diwajibkan memakai face mask.

Selain daripada itu perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dan penekanan:

 

▪ Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja;

▪ Memastikan kawalan bilangan pelanggan dan penjarakkan sosial;

▪ Mewajibkan penggunaan hand sanitizer berasas alkohol;

▪ Membuat pembersihan secara kerap menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM; dan

▪ Menggalakkan pembayaran tanpa wang tunai atau cashless (e-wallet, kad credit dan lain-lain).

 

  1. Adakah perniagaan peruncitan / serbaneka makanan dan minuman di zon merah dan zon kuning boleh beroperasi di Wilayah Persekutuan mulai 4 Mei 2020?

 

Semua perniagaan peruncitan / serbaneka makanan dan minuman di zon merah dan zon kuning BOLEH beroperasi seperti sedia ada samada secara take away atau dine in di Wilayah Persekutuan tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan. Kecuali di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

 

 

 

Catatan:

 

1) Adalah menjadi tanggungjawab bersama semua pihak untuk memahami dan mematuhi semua arahan semasa pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga SOP Pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk sama-sama mengurangkan risiko dan membendung penularan pandemik Covid-19 ini.

 

2) Sebarang perubahan terkini sejajar dengan arahan terbaru pihak MKN dan KKM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

 

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

5 MEI 2020