Pada 16 – 18 Oktober 2019, Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian Dan Sosial (JKKS) SBM Cawangan Sabah telah mengadakan lawatan jarak jauh ke Taman Botanikal Garden, Bukit Bendera, Rumah P. Ramlee, Kedai Jeruk Madu Pak Ali dan Pasar Malam Batu Ferenggi di Negeri Pulau Pinang. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para ahli mengenali dengan lebih dekat lagi tentang tempat-tempat pelancongan yang terdapat di Negeri Pulau Pinang.
Lawatan jarak jauh ini telah dijayakan oleh 20 orang iaitu terdiri daripada Puan Mery Ringegon @ Catherine selaku Pengerusi SBM Cawangan Sabah, Cik Dickrynah Primus selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS), ahli biasa dan ahli bersekutu.
Penganjuran Lawatan Jarak jauh ini sangat bermanfaat kepada semua peserta bagi menambahkan pengetahuan mereka dalam kehidupan seharian dan meningkatkan motivasi peserta untuk membolehkan mereka menyebarkan ilmu yang diperolehi kepada kawan-kawan di tempat masing-masing.




