SBM Cawangan Kelantan telah mengadakan kursus urut badan secara moden dan tradisional pada 7 Oktober 2019 , yang mana semua peserta urut terdiri dari golongan OKU penglihatan.
Peserta yang hadir telah diajar mengenal point-point yang terdapat dalam system badan melalui urut badan.
Seramai 25 orang peserta yang telah mengikuti kursus tersebut. Hampir keseluruhan peserta dapat mengikuti kursus dengan baik, penerangan yang jelas oleh tenaga pengajar yang bersuara tegas dan lantang.
Tenaga pengajar ialah Ustaz Farid bin Ibrahim, seorang tukang urut tradisional dan moden yang berpengalaman di Kelantan.

