Program sambutan hari pesta nelayan ini juga merupakan suatu program tahunan yang akan disambut setiap tahun dan akan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menyertai tidak kira melalui perniagaan. Pameran daripada persatuan dan pertandingan kebudayaan dan permainan masyarakat juga diadakan dan diketengahkan melalui program ini.
Sebagai satu langkah untuk memperkenalkan SBM kepada masyarakat luar bandar yang belum mempunyai banyak maklumat berkaitan golongan OKU penglihatan dari segi ability,kemampuan dan sebagainya, SBM Cawangan Sabah mengambil inisiatif untuk menyertai program ini melalui perniagaan refleksologi atau urut kaki sekaligus dapat memperkenalkan SBM kepada masyarakat yang masih belum mengetahui tentang kewujudan pertubuhan ini.
Program sambutan hari pesta nelayan ini bermula pada hari Jumaat 25 Oktober 2019 dan berakhir pada jam 4 petang hari Ahad 27 Oktober 2019.
Aktiviti adalah berkisar pada perkhidmatan urutan refleksologi, bahu dan kepala sebagai tawaran kepada pelanggan yang berminat.
Pihak JPE SBM Cawangan Sabah berasa amat berterima kasih kepada semua ahli yang memberikan komitmen sepanjang program ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Pejabat Daerah kecil Menumbok kerana sudi menjemput SBM Cawangan Sabah menyertai program Pesta Nelayan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga atas kelulusan dana yang diberikan untuk melaksanakan program ini. Diharap pada masa akan datang pelbagai program yang bermanfaat seperti ini dapat dilaksanakan lagi



