15 Oktober merupakan Hari Tongkat Putih Antarabangsa yang di sambut setiap tahun seluruh dunia. Tahun ini Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Pulau Pinang diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Kali ke-10 bagi tahun 2019.
Acara Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan sebelum ini pernah diadakan di beberapa buah negeri seperti:
- Bandar Raya Melaka (2011)
- Bandar Raya Kuala Terengganu, Terengganu (2012)
- Bandar Raya Ipoh, Perak (2013)
- Bandar Raya Alor Setar, Kedah (2014)
- Bandar Raya Johor Bahru, Johor (2015)
- Bandar Raya Kuching, Sarawak (2016)
- Banda Raya Kuala Lumpur (2017)
- Banda Raya Kota Kinabalu, Sabah (2018)
- dan kini Banda Raya Georgetow, Pulau Pinang (2019)
Dengan adanya program ini juga akan dapat menonjolkan kemampuan dan kebolehan golongan OKU penglihatan serta memupuk kerjasama serta komitmen daripada semua sektor dan agensi dalam menyediakan peluang pendidikan, latihan dan pekerjaan agar golongan ini dapat bersama-sama menjana pembangunan negara. Menyedari pentingnya kesedaran dan sokongan daripada masyarakat terhadap keperluan golongan OKU penglihatan ini, adalah diharapkan program ini akan dapat mengikis persepsi negatif masyarakat dan bersama-sama membantu golongan ini dalam apa jua aspek. Keperihatinan masyarakat akan membolehkan golongan OKU penglihatan menjalani kehidupan seperti insan lain dan sekaligus mengubah nasib insan-insan istimewa ini. Acara ini telah disertai lebih dari 300 penyertaan dari seluruh negeri dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow.










