Pertandingan Membaca Braille Peringkat Zon Timur 2019 telah di adakan di SBM Cawangan Pahang . Program telah diadakan pada 25 Ogos 2019 yang lalu . Program ini bermula jam 9.30 pagi. Bertempat di SBM Cawangan Pahang G46G Jln Mentakab Kg Batu 1 Temerloh . Program ini adalah yang pertama kali dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan SBM Pahang yang dipengerusikan oleh Encik Mohamed Jasmi b Yaacob. Program ini mendapat kerjasama penuh dari semua AJK SBM Pahang, peserta , penonton dan pengiring untuk program tersebut.
Objektif program ini adalah bertujuan mencari pemenang yang bakal menjadi wakil SBM Zon Timur untuk Program Pertandingan Membaca Braille yang akan dianjurkan diperingkat kebangsaan atau antarabangsa . Program ini juga bertujuan menerima amanah sebagai tuan rumah dan juga sebagai memenuhi calendar Aktiviti Tahunan 2019.
Program ini telah disertai oleh 5 orang ahli dari SBM Zon Timur iaitu.
- Muhamad Ammar b Ibrahim Istar – Pahang (BM Senior dan BI terbuka)
- Zulkarnain Selamat –Pahang (BM Senior)
- Muhamad Yusuf b Mohd Azam –Terengganu (BM Junior)
- Afzan Ameera bt Ahmed-Terengganu ( BM senior dan BI terbuka)
- Muhamad Azam b Razali –Kelantan (BM Junior ) … Tarik diri
Senarai Pemenang dan menerima hadiah adalah :
Bahasa Melayu Junior :
Muhamad Yusuf b Mohd Azam (hadiah pertama)
Mohamad Azam Tarmizi b Razali –diisytihar menarik diri oleh pengadil setelah gagal dalam bacaannya sehingga masa 3 minit yang diperuntukkan tamat
Bahasa Melayu Senior :
Muhammad Ammar bIn Ibrahim Istar
(Hadiah pertama)
Afzan Ameera bt Ahmed
(Hadiah Kedua)
Zulkarnain b. Selamat
(hadiah ke tiga)
Bahasa Inggeris Terbuka:
Afzan Ameera bt Ahmed
( hadiah pertama)
Muhamad Ammar b Ibrahim Istar
(hadiah kedua )
Mohamad Azam Tarmizi b Razali –di kira menarik diri oleh pengadil



