Category Archive Uncategorised

BySociety of the Blind In Malaysia

Pelantikan Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) yang ke-7

 

Ucapan tahniah kepada Encik Mohd Mustaza Mohamad Zin atas pelantikan sebagai
Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) yang ke-7.
Semoga pelantikan ini akan membawa SBM terus maju dan releven, selaras dengan usia 60 tahun SBM.
BySociety of the Blind In Malaysia

Kunjungan Dari Gary Chua Foundation

Pada 20 Ogos 2024, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) telah menerima kunjungan hormat dari Gary Chua Foundation.

Kunjungan tersebut diketuai sendiri oleh Datuk Dr Gary Chua yang merupakan pengasas Gary Chua Foundation, dan kehadiran beliau disambut oleh Puan Rosnah Ahmad, Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan KL/Selangor, dan Encik Muhammad Akmal, Eksekutif Perhubungan Awam dari Ibu Pejabat SBM.

Menurut beliau, Gary Chua Foundation amat menitikberatkan pendidikan kepada mereka yang memerlukan.

Pada kunjungan hormat itu, Datuk Dr Gary Chua turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada SBM.

SBM merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Gary Chua dan pasukan Gary Chua Foundation diatas sumbangan yang diberikan.

 

 

 

BySociety of the Blind In Malaysia

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia 2024 (M.A.D.T@Kuantan)

Pada 5 hingga 7 julai 2024, telah berlansungnya Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia 2024 (M.A.D.T@Kuantan) di Sri manja Boutiqe Hotel Kuantan Pahang. Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai lebih dari 300 orang ahli SBM termasuk ahli bersekutu.
Majlis mesyuarat ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Sabariah binti Saidan, DIMP. Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang
Mesyuarat ini juga dilaksanakan bertujuan bagi memilih dan melantik angota peneraju baharu bagi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia untuk penggal 2024-2026.
Proses pemilihan ini dilaksanakan melalui kaedah demokrasi dimana ahli-ahli SBM akan bertindak sebagai pengundi.
Hasil dari proses pemilihan tersebut, Mesyuarat Pra MP pada 7 Julai 2024 memutuskan seperti berikut:
Presiden – Hj. Mohammed Nazari bin Othman
Timbalan Presiden – En. Mohd Mustaza bin Mohammed Zin
Setiausaha Agung – En. Rosham bin Sidek
Bendahari Agung – Madam Jasmine Khoo
Jawatankuasa Utama Pembangunan Modal Insan – Dr. Ahmad Shamsuri bin Muhammad
Jawatankuasa Utama Pekerjaan dan Pembangunan Ekonomi – Dr. Wong Huey Siew
Jawatankuasa Utama Kebudayaan, Kesenian dan Sosial – En. Khairul Azwan bin Wahab
Jawatankuasa Utama Kewangan – Dr. Lim Tien Hong
Jawatankuasa Utama Pembangunan Wanita & Komuniti – Cikgu Maoh anak Janting
Jawatankuasa Utama Pembangunan Belia – Mohd Ezhar bin Anuar
Jawatankuasa Utama Komunikasi, Advokasi & Hak Asasi – Muhammad Nadhir bin Muhamad Nasir
Jawatankuasa Utama Pembangunan Sukan – Mohammad Abdul Nasir bin Malek
BySociety of the Blind In Malaysia

KENYATAAN MEDIA SEMPENA HARI PEKERJA 2024 PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja bagi tahun 2024 kepada semua pekerja OKU penglihatan di seluruh Malaysia. Semoga anda terus berkhidmat dan berbakti dengan cemerlang kepada majikan, organisasi, masyarakat dan negara.

 

Sesungguhnya, OKU penglihatan turut terlibat dalam memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, khususnya di sektor ekonomi. Hari ini, terdapat sejumlah pekerja OKU penglihatan yang bekerja di sektor swasta dan awam. Mereka memegang jawatan dari peringkat kakitangan sokongan sehingga ke pegawai kanan dan profesional seperti pegawai khidmat pelanggan, pembantu tadbir, guru, kaunselor, peguam dan pensyarah.

 

Mereka ini telah mempersembahkan prestasi yang cemerlang. Oleh itu, SBM ingin menggesa agar lebih banyak majikan tampil, dan menyahut cabaran untuk terus menggajikan pekerja OKU penglihatan. OKU penglihatan kini mampu untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan efektif dan berkesan kerana generasi OKU penglihatan pada hari ini telah menguasai kemahiran ICT dan berkebolehan untuk mengendalikan komputer bagi melaksanakan tugasan kerja di pejabat.

 

Untuk makluman, majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja orang kurang Upaya (OKU), layak diberi pelepasan cukai pendapatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak dua kali ganda. Mana-mana majikan yang berminat untuk mengambil OKU penglihatan bekerja boleh menghubungi SBM di talian 03-2274 6162 atau mana-mana persatuan OKU penglihatan yang lain.

 

Akhirnya, SBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mana-mana majikan dan organisani yang telah menggaji OKU penglihatan.  Terima kasih kerana memberikan peluang kepada insan Istimewa.  Selamat Hari Pekerja 2024.

 

Sekian, terima kasih.

 

‘MERAIKAN 60 TAHUN SBM: TERUS BERKHIDMAT’

 

HAJI MOHAMED NAZARI BIN HAJI OTHMAN

Presiden

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

 

Dan,

 

DR WONG HUEY SIEW

Pengerusi

Jawatankuasa Pekerjaan Dan Pembangunan Ekonomi

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

BySociety of the Blind In Malaysia

Selamat Hari Jubli Emas kepada SBM!

 

Dalam 60 tahun perjalanan yang penuh liku dan cabaran, SBM telah mencipta banyak kejayaan dan pencapaian yang kukuh. Hari ini, tonggak sejarah ini disambut dengan bangga dan penuh penghargaan.
SBM juga mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada anda yang selam ini telah membantu dan menyokong SBM dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan OKU penglihatan di Malaysia.
“MERAIKAN 60 TAHUN SBM: TERUS BERKHIDMAT”
BySociety of the Blind In Malaysia

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2024 (EDISI KE-15) PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2024 (EDISI KE-15) PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

Dengan segala hormatnya, notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM 2024 (Edisi Ke-15) akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh: 5 – 7 Julai 2024 (Jumaat hingga Ahad)

Tempat: Sri Manja Boutique Hotel
B2–34, Jalan IM7/1
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan, Pahang
Tel: 09-5716222

 

Mana-mana ahli SBM yang ingin menyertai Mesyuarat ini adalah dikenakan Yuran Pendaftaran seperti berikut:

1. Ahli Biasa SBM – RM180.00 seorang;

2. Ahli Bersekutu SBM (yang dipilih sahaja seperti yang dinyatakan di Perenggan 2) – RM180.00 seorang;

3. Bukan ahli/anak/pengiring – RM360.00 seorang;

4. Ahli Jawatankuasa Cawangan/Kawasan SBM – RM90.00 seorang;

5. Peserta mesyuarat yang akan hadir pada 6 Julai 2024 (Sabtu) dan memerlukan kemudahan penginapan akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM120.00 seorang.

6. Peserta mesyuarat yang hanya akan hadir pada 6 Julai 2024 (Sabtu) atau 7 Julai 2024 (Ahad) akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM70.00 sehari/seorang dengan disediakan minum pagi, makan tengah hari dan minum petang sahaja tanpa kemudahan penginapan;

 

7. Mana-mana peserta Mesyuarat yang menarik diri sebelum 31 Mei 2024 akan dikembalikan Yuran Pendaftarannya, manakala peserta yang menarik diri selepas tarikh berkenaan, yuran Pendaftarannya tidak akan dikembalikan;

8. Sebarang penggantian penyertaan tidak dibenarkan berikutan penarikan diri seseorang peserta Mesyuarat dan Yuran Pendaftarannya tidak akan dikembalikan;

9. Pendaftaran bolehlah dibuat melalui Pejabat Cawangan / Kawasan masing-masing sebelum 31 Mei 2024. Pendaftaran peserta mesyuarat yang lewat dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

10. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 31 Mei 2024

 

Sejajar dengan Peraturan 8.8 – Perlembagaan SBM, mana-mana Ahli yang ingin mengemukakan sebarang usul untuk dibincangkan semasa Mesyuarat berkenaan hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Agung SBM tidak lewat dari 1 Jun 2024.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut tuan/puan boleh menghubungi
Sekretariat MADT 2024 En. Mohd Mustaza Bin Mohamad Zain di talian 019-2110111.

 

Jawatankuasa Penganjur MADT 2024 dianggotai oleh:-

Tuan Hj. Mohammed Nazari Bin Hj. Othman -Penasihat
En. Mohd Fekkeri Bin Mat Jusoh -Pengerusi Penganjur MADT 2024
Cik Shereen Azura Binti Abdul Rahim -Pengerusi Bersama
En. Rosham Bin Sidek -Dokumentasi
Pn. Jasmine Khoo -Kewangan
En. Mohd Mustaza Bin Mohamad Zain -Sekretariat MADT & Pengangkutan
En. Ahmad Shamsuri Bin Muhamad -Majlis Perasmian & Protokol
En. Maoh Janting -Tajaan & Sumbangan (Sabah / Sarawak)
En. Khairul Azwan Bin Wahab -Tajaan & Sumbangan
Pn. Nurfarahin Binti Jaafar -Pendaftaran / Penginapan
En. Muhammad Akmal Hafizudin -Siaraya & Perhubungan Awam
En. Muhammad Iqbal Bin Mansor -Peralatan & Logistik
En. Muhamad Alkudus Bin Abdul Manah -Sukarelawan
En. Mat Radzi Bin Abdullah -Makanan
En. Saufi Bin Safial -Keselamatan
En. Zulkarnain Bin Ismail -Keselamatan
En. Mohd Zailee Bin Hassan -Gerai & Pameran
En. Zuhairisam Bin Ahmad -Gerai & Pameran

 

Sekian terima kasih.

BySociety of the Blind In Malaysia

KENYATAAN AKHBAR DARIPADA PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

KENYATAAN AKHBAR DARIPADA

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

 

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) merupakan sebuah pertubuhan peringkat kebangsaan yang mewakili lebih daripada 7,000 Ahli yang terdiri dari kalangan OKU Penglihatan.  SBM ingin menarik perhatian berkenaan dengan pengumuman beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Dr. Zaliha binti  Mustafa mengenai penggantungan sementara dan semakan semula bagi premis pengusaha dan kedai urut termasuk urut tradisional dan refleksiologi.

Sesungguhnya, SBM menyambut baik kajian semula tentang peraturan operasi dan perkara tentang perlesenan agar ia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.  SBM berharap sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat, elok pihak kerajaan memanggil libat urus semua pemegang taruh termasuk wakil daripada OKU Penglihatan agar suara dan pandangan SBM turut diambil kira.

Untuk pengetahuan YB dan kesemua pihak berkuasa tempatan, urutan tradisional dan refleksiologi merupakan salah satu bidang pekerjaan yang diceburi oleh ramai Jururut OKU Penglihatan dan SBM berharap sebarang keputusan dibuat nanti tidak akan menjejaskan rezeki pencarian Jururut OKU Penglihatan. Ramai OKU Penglihatan bergantung kepada pekerjaan ini untuk melangsungkan hidup.

SBM amat menghargai jika pihak kerajaan terus menyokong OKU Penglihatan untuk terus mengangkat martabat urut dan refleksiologi jika ia dibuat dengan mematuhi etika dan peraturan sedia ada, ia memang tiada masalah dan tidak sepatutnya dipandang secara negatif dan andaian yang tidak wujud atau bias.

Sekian, terima kasih.

 

‘MERAIKAN SBM 60 TAHUN: TERUS BERKHIDMAT’

 

Yang benar,

 

WONG HUEY SIEW

Pengerusi Jawatankuasa Pekerjaan dan Pembangunan Ekonomi

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

dan

MOHAMMED NAZARI BIN HJ. OTHMAN

Presiden SBM

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

 

Tarikh: 2 Februari 2024

 

BySociety of the Blind In Malaysia

SELAMAT TAHUN BARU 2024

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2024 KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

 

BySociety of the Blind In Malaysia

PROGRAM HARI TONGKAT PUTIH ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN (ADVOKASI KEPADA OKU PENGLIHATAN) EDISI KE-12 2023

Pada 15 Oktober 2023, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia telah menganjurkan Program Hari Tongkat Putih Antarabangsa 2023 yang Ke-12 . Lokasi tahun ini adalah di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
Program tersebut yang berlansung bermula pada jam 7 Pagi dan berakhir pada 1 Petang telah dihadiri lebih dari 400 orang peserta dan dibantu dengan 110 sukarelawan.
Program tersebut juga disertai dengan booth-booth pameran dari Perpustakaan Negara, Bomba, Polis Diraja Malaysia, dan Pertubuhan Mata Kasih (Pemeriksaan Kesihatan Mata)
Pertubuhan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan strategik Program Hari Tongkat Putih Antarabangsa 2023 yang Ke-12 (Pertubuhan Mata Kasih, ASEAN Retail-Chains and Franchise Federation, Ageless Brand Consultant, Im Booster, Pertubuhan Hamim Prihatin) dan semua penaja ( Nestle Milo, F&N, Kawan Food Malaysia, McDonalds, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, National Council for The Blind) serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga program ini meningkatkan lagi kesedaran masyarakat awam terhadap golongan OKU penglihatan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada RTM, dan juga pihak media Wilayahku.com.my, yang merupakan media rasmi Program Hari Tongkat Putih Antarabangsa 2023 yang Ke-12 dalam membuat liputan untuk mengwara-warakan lagi acara ini.
Terima kasih dan sehingga kita berjumpa lagi.
BySociety of the Blind In Malaysia

HARI TONGKAT PUTIH PERINGKAT KEBANGSAAN

SERTAI PERARAKAN HARI TONGKAT PUTIH PERINGKAT KEBANGSAAN.
SINARI LANGKAH MEREKA DENGAN KEHADIRAN ANDA.
HULURKAN SUMBANGAN ANDA :
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
CIMB Bank | 8000-821-737
Public Bank | 6-3262698-04