Category Archive Uncategorised

Pengumuman dari Ibu Pejabat

 

 

Berikut adalah Senarai ahli Majlis Prisiden dan pot folio masing-masing yang telah dipersetujui pada Mesyuarat Pra Majlis Presiden yang lalu:–

 

Hj. Mohammed Nazari Othman, Presiden, juga Pengerusi JAWATANKUASA Pelaburan dan Hartanah, dan Wakil SBM ke Kesatuan Orang Buta Sedunia (WBU);

 

Mohd Fekkeri Hj. Mat    Jusoh, Timbalan Presiden, juga Pengerusi   Exco SBM;

 

Rosham Sidek, Setiausaha Agung – Ahli Exco SBM;

 

Jasmine Khoo, Bendahari, juga  Pengerusi JAWATANKUASA Kewangan, Ahli Exco dan Wakil SBM ke Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia (NCBM);

 

Dr. Ahmad Shamsuri Muhammad – Pengerusi Jawatankuasa Unit Media Braille (JUMB) dan  Ahli Exco SBM;

 

Mohd Mustaza Mohammed Zin – Pengerusi Jawatankuasa Utama Pembangunan Modal Insan (JPMI) dan  Ahli Exco SBM;

 

Khairul Azwan Wahab – Pengerusi Jawatankuasa Utama Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti (JPWK) juga Wakil SBM ke Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia (NCBM);

 

Dr. Wong Huey Siew – Pengerusi Jawatankuasa Utama Pembangunan Pekerjaan dan Ekonomi (JPPE) dan  Wakil SBM ke Kesatuan Orang Buta Sedunia (WBU);

 

Dr. Lim Then Hong – Pengerusi Jawatankuasa Utama Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA);

 

Maoh Anak Janting – Pengerusi Jawatankuasa Utama Pembangunan Sukan (JKS), Ahli EXCO SBM dan  Wakil SBM ke Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia (MBSA);

 

Mohd Ezhar Anuar – Pengerusi Jawatankuasa Utama Pembangunan Belia (JPB);

 

Siti Huraizah Ruslan – Pengerusi Jawatankuasa Utama Pembangunan Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS).

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

 

Assalamualaikum dan Salam SBM

 

Ada empat pengumuman semuanya.

 

  1. Tajaan Kantar dan Cermin Mata Untuk Ahli Rabun

 

Perhatian kepada Ahli-ahli yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur…

 

Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau (MAIWP) telah memberi peruntukan sejumlah RM100 Ribu kepada SBM. Tujuannya ialah untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan kanta atau cermin mata. Ianya terbuka kepada semua ahli SBM termasuk

yang bukan beragama Islam dan anak- anak ahli yang OKU penglihatan dengan

syarat mereka tinggal atau bermastautin di kawasan Wilayah Persekutuan. Untuk kanta siling RM500.00 manakala cermin mata siling RM1,000.00. Pihak SBM akan bayar mengikut harga yang terendah. Walau bagaimanapun sekiranya harga cermin mata RM1,300.00 pihak SBM akan member RM1,000.00 yang selebihnya di tanggung oleh pemohon sendiri. Begitu juga dengan kanta. Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah:

Satu salinan kad pengenalan pemohon.

Satu salinan kad OKU dan

Satu resit pembelian original.

Untuk resit pembelian hanya di Kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja.

Walau bagaimanapun sekiranya resit tersebut di kawasan Selangor seperti di Shah Alam, Selayang, PJ, pihak SBM akan membayarnya, Melainkan alamatnya di luar Kuala Lumpur seperti di Melaka, johor Negeri Sembilan dan yang seumpama dengannya SBM tidak akan membayarnya. Permohonan telah dibuka mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 September 2022. Untuk maksud pertanyaan atau permohonan sila hubungi ibu pejabat SBM di talian 03 2276 6162 pada waktu pejabat iaitu hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9:00 pagi hingga 5:30 petang.

 

  1. Skim Bantuan Pendidikan Persekolahan Anak-anak Bagi Tahun 2023.

 

Borang bantuan pendidikan persekolahan anak-

anak bagi tahun 2023 boleh diperolehi di Pejabat SBM Cawangan Pahang mulai 1 Julai 2022.

Hanya 2 permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap permohonan.

 

Satu permohonan untuk sekolah rendah dan satu lagi untuk sekolah  menengah. Mulai tahun 2022 dan seterusnya pemohon tidak perlu lagi mendapat tandatangan  atau cop dari  pihak sekolah .

Walaubagaimanapun, pemohon perlu mendapatkan  surat akuan sumpah dari pesuruhjaya sumpah atau surat pengesahan dari pejabat penghulu yang verhampiran dengan tempat tinggal anda.  surat pengesahan tersebut perlu dinyatakan pemohon adalah berkerja sendiri berserta jumlah pendapatan.

 

Borang permohonan yang telah lengkap berserta dokumen yang telah disahkan, hendaklah dikembalikan ke Pejabat SBM Cawangan Pahang selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 September 2022.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan permohonan, sila hubungi pejabat SBM Cawangan Pahang di talian 09-2902797 Isnin hingga Jumaat pada waktu pejabat,

(9:00 pagi hingga 5:30 petang).

 

  1. Skim Bantuan Kebajikan Ahli-ahli.

 

Skim bantuan kebajikan untuk warga emas telah dinaikkan dari siling RM300.00 ke

RM500.00 setahun. Manakala untuk rawatan pesakit luar dari RM40.00 ke

RM50.00. Bantuan RM300 setahun masih kekal. Bagi skim bantuan bencana alam

pula selain daripada berlakunya kebakaran dan banjir, ianya ditambah sekiranya

berlaku kecurian termasuk peras ugut, seluk poket dan seumpamanya .

Semua skim tersebut berkuat kuasa pada 1 Julai 2022.

 

  1. Program Jawatankuasa pembangunan Wanita (JPWK)

Kelas Masakan.

 

Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti (JPwK) dibawah Penyelaras Encik Ozman Musa, akan mengadakan Kelas Masakan  untuk ahli-ahli seperti ketetapan berikut–:

 

Tarikh: 23 Julai 2022 Sabtu

Masa: 10.00 Pagi

Tempat SBM Cawangan Pahang

Sasaran Peserta : 10-15 Peserta

Yuran Pendaftaran : RM5.00

Menu Masakan: Lauk dan Pencuci Mulut

 

Ahli- ahli yang berminat untuk menyertai kelas masakan ini, boleh menghubungi pejabat SBM Cawangan Pahang di talian 09-2902797 atau berhubung terus dengan Penyelaras JPWK di talian 011 5535 9766 Ozman Musa pada waktu pejabat.

Program ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti ahli- ahli yang berpotensi untuk diketengahkan  bagi menyertai Pertandingan Memasak Zon Timur.

 

Sekian , dimaklumkan

Pengumuman dari SBM Cawangan Kl/Selangor

Pengumuman daripada SBM Cawangan Kl Selangor

Assalamualaikum, dan salam SBM.

 

1. Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau (MAIWP) telah memberi peruntukan sejumlah RM100 Ribu kepada SBM. Tujuannya ialah untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan kanta atau cermin mata. Ianya terbuka kepada semua ahli SBM termasuk yang bukan beragama Islam dan anak-anak ahli yang OKU penglihatan dengan syarat mereka tinggal atau bermastautin di kawasan Wilayah Persekutuan.

Untuk kanta syiling RM500.00 manakala cermin mata syiling RM1,000.00. Pihak SBM akan bayar mengikut harga yang terendah. Walau bagaimanapun sekiranya harga cermin mata RM1,300.00 pihak SBM akan memberi RM1,000.00 yang selebihnya di tanggung oleh pemohon sendiri. Begitu juga dengan kanta.

Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah:

1. Satu salinan kad pengenalan pemohon.

2. Satu salinan kad OKU dan

3. Satu resit pembelian original.

Untuk resit pembelian hanya di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. Walau bagaimanapun sekiranya resit tersebut di kawasan Selangor seperti di Shah Alam, Selayang, PJ dan yang sewaktu dengannya pihak SBM akan membayarnya, Melainkan alamatnya di luar Kuala Lumpur seperti di Melaka, johor Negeri Sembilan dan yang seumpama dengannya SBM tidak akan  membayarnya.

Permohonan telah dibuka mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 September 2022. Untuk maksud pertanyaan atau permohonan sila hubungi ibu pejabat SBM di talian 03-2274 6162 atau 03 2276 6162 pada waktu pejabat iaitu  hari Isnin hingga Jumaat  dari pukul 9:00 pagi hingga 5:30 petang.

 

2. Skim Bantuan Pendidikan Persekolahan Anak-anak Bagi Tahun 2023. Borang bantuan pendidikan persekolahan anak-anak bagi tahun 2023, boleh diperolehi di pejabat SBM Cawangan KL Selangor mulai 1 Julai 2022. Setiap pemohon hanya boleh mohon 2 permohonan sahaja.

Satu untuk sekolah rendah dan satu lagi untuk sekolah menengah. Mulai tahun 2022 dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendapat tandatangan atau cop dari pihak  sekolah. Walau bagaimanapun pemohon perlu mendapat surat sumpah dari pesuruhjaya atau dari  mana-mana pihak berkuasa seperti pengerusi persatuan penduduk tempat anda tinggal, Ahli Jawatankuasa surau atau yang seumpama dengannya.

Mereka perlu mengeluarkan surat pengesahan dengan menyatakan bahawa anda bekerja sendiri dan jumlah pendapatan anda.  Borang yang telah siap di isi hendaklah dikembalikan ke pejabat SBM Cawangan KL Selangor selewat-lewat pada 15 September 2022.

Untuk sebarang pertanyaan dan permohonan sila hubungi pejabat SBM Cawangan KL Selangor di talian 03-2276 5276 pada waktu pejabat. Iaitu Isnin hingga Jumaat dari pukul 9:00 pagi hingga 5:30 petang.

 

3. Skim Bantuan Kebajikan Ahli-ahli.

 

Skim bantuan kebajikan untuk warga emas telah dinaikkan dari siling RM300.00 ke RM500.00 setahun. Manakala untuk rawatan pesakit luar dari RM40.00 ke RM50.00. Bantuan RM300 setahun masih kekal. Bagi skim bantuan bencana alam pula selain daripada berlakunya kebakaran dan banjir, ianya ditambah sekiranya berlaku kecurian termasuk peras ugut, seluk poket dan yang sewaktu dengannya. Semua skim tersebut berkuat kuasa pada 1 Julai 2022.

 

Sekian harap maklum terima kasih.

Bengkel Semakan Akta OKU Siri 3/ 2022 Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pada 23- 25 Jun 2022, SBM telah terlibat bersama-sama NGO OKU yang lain di seluruh Malaysia dalam membuat semakan bagi Akta OKU 2008.

Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bertujuan untuk mendapatkan info, cadangan, dan tatacara penyelesaian dalam sebarang masalah yang melibatkan OKU bagi tujuan memastikan Akta OKU 2008 dapat dikemaskini selaras dengan keperluan dan kepentingan OKU di seluruh Malaysia.

Bengkel ini dijalankan di The Grand Resort Beach Port Dickson dan dihadiri lebih dari 40 NGO yang mewakili pelbagai OKU.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia diwakili oleh dua individu iaitu Dr. Lim Tian Hong Pengerusi Jawatan Kuasa Advokasi, Komunikasi dan Hak Asasi, dan Encik Muhammad Akmal Hafizudin Eksekutif Perhubungan Awam SBM.

 

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2022 (EDISI KE-14) PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

Pada 17-19 Jun 2022, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM 2022 bagi edisi ke14.

Mesyuarat tersebut berlansung di Grand Riverview Hotel Kota Baharu Kelantan dan telah dihadiri seramai lebih dari 280 orang ahli SBM termasuk ahli bersekutu.

Majlis mesyuarat ini dirasmikan oleh Dato’ Hajah Mumtaz Haji Md Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan.

Mesyuarat ini juga dilaksanakan bertujuan bagi memilih dan melantik angota peneraju baharu bagi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia untuk penggal 2022-2024.

Proses pemilihan ini dilaksanakan melalui kaedah demokrasi dimana ahli-ahli SBM akan bertindak sebagai pengundi.

 

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Ibu Pejabat SBM

Pada 20 Mei 2022 yang lepas, ibu pejabat SBM telah mengnjurkan majlis jamuan hari raya peringkat ibu pejabat. Majlis ini dihadiri oleh ahli-ahli majlis presiden serta pengerusi cawangan SBM dan ahli-ahli SBM.

 

 

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa. Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jua lah yang dipinta.
 
Semoga Idul Fitri ini memberi kita semua kegembiraan tanpa batas, semoga semua keinginan kita menjadi kenyataan di hari suci ini, dan semoga kita dan keluarga diberkati oleh rahmat Allah.
 
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga malaysia yang beragama islam khusunya OKU penglihatan.
 
Sekian terima kasih.

Pengumuman dari Jawatankuasa Utama Wanita, Keluarga dan Komuniti (JPWK) SBM

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan (SBM) dengan kerjasama Kolej Universiti Saito ingin menawarkan kepada anak-anak ahli biasa SBM untuk belajar di Kolej Universiti Saito dengan pembiayaan biasiswa bagi yang berkelayakan. Bagi mereka yang berminat, sila isi borang di bawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Mei, 2022. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Siti Huraizah, Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Komuniti di talian, 012-9584197.

https://forms.gle/nYKoxTWWpQq7TWTD9

Pengumuman dari Jawatankuasa Utama Pekerjaan dan Ekonomi (JPPE) SBM

Masih mencari-cari peluang untuk belajar atau bekerja?

Nak sambung belajar sehingga ke peringkat tertinggi?
Nak juga terus bekerja?

Boleh ke buat dua perkara dalam SATU masa?

Jawapan kami BOLEH!!

Jom sertai pasukan kami, bina kerjaya anda bersama McDonald’s Vocasional Academy

PENDAFTARAN dibuka SEKARANG dan TERHAD!!

“Kalau kita tak ubah nasib kita, habis siapa lagikan, rezeki tak akan datang bergolek kalau tidak hadirkan dengan usaha dan doa”

Yuran pengajian ditanggung syarikat;
ELAUN bulanan RM1,350;
Makanan disediakan sepanjang waktu latihan;
Hostel disediakan;
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 & 3;
Peluang pekerjaan tetap & kenaikan pangkat selepas tamat latihan.

Untuk pendaftaran segera atau ingin lebih tahu lebih detail program ini, klik link di bawah

http://www.wasap.my/60123155488/SKMcDonald