Pada 30 November 2024, Pertubuhan dengan kerjasama dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Persatuan Karyawan Malaysia telah menganjurkan Program Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan 2024. Tujuan pertandingan bakat ini diadakan adalah untuk mempromosi bakat OKU Penglihatan yang sinonim dengan kemerduan suaranya disamping mencari bakat-bakat baru dalam kalangan OKU Penglihatan dan menggalakkan OKU Penglihatan untuk menggilap bakat mereka sama ada mereka yang baru mahupun telah lama bergiat dalam bidang ini.
Pertandingan ini mempertaruhkan seramai 13 orang peserta mewakili Cawangan Pertubuhan dari setiap negeri di Malaysia. Setiap peserta merupakan juara di negeri masing-masing. Mereka diadili oleh tiga orang juri professional dimana Dato’ Freddie Fernandez sebagai ketua juri, diikuti Mel bekas vokalis Wings, dan Noorshila Amin. Pertandingan juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan bandaraya Kuala Lumpur mewakili Datuk Bandar.
Pertandingan yang berlansung selama lebih dari empat jam akhirnya telah dijuarai oleh Nur Ain Izzati dari SBM Cawangan Negeri Perak dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM 1000, trophi dan piala pusingan. Selain bergelar juara, Nur Ain Izzati juga membawa pulang wang tunai RM 300 dan piala apabila memenangi Vokal Terbaik. Tempat kedua jatuh kepada Ryyan Naufal Jebry dari SBM Cawangan KL/Selangor dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM 700 dan trophi diikuti tempat ketiga oleh Marcos Joel dari SBM Cawangan Sarawak dengan membawa
pulang hadiah wang tunai RM 500 dan trophi.
Turut membawa pulang dua saguhati adalah Mohd Rejab Khan dari SBM Cawangan Johor dan Zakaria Hanafiah dari SBM Cawangan Pulau Pinang dengan masing- masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM 200. Mohd Rejab Khan juga turut membawa pulang tropi dan wang tunai RM 300 apabila dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik.
Kesemua hadiah telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan bandaraya Kuala Lumpur diiringi oleh Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Encik Mohd Mustaza Bin Mohammed Zin.
