KENYATAAN AKHBAR DARIPADA PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

BySociety of the Blind In Malaysia

KENYATAAN AKHBAR DARIPADA PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

KENYATAAN AKHBAR DARIPADA

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)

 

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) merupakan sebuah pertubuhan peringkat kebangsaan yang mewakili lebih daripada 7,000 Ahli yang terdiri dari kalangan OKU Penglihatan.  SBM ingin menarik perhatian berkenaan dengan pengumuman beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Dr. Zaliha binti  Mustafa mengenai penggantungan sementara dan semakan semula bagi premis pengusaha dan kedai urut termasuk urut tradisional dan refleksiologi.

Sesungguhnya, SBM menyambut baik kajian semula tentang peraturan operasi dan perkara tentang perlesenan agar ia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.  SBM berharap sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat, elok pihak kerajaan memanggil libat urus semua pemegang taruh termasuk wakil daripada OKU Penglihatan agar suara dan pandangan SBM turut diambil kira.

Untuk pengetahuan YB dan kesemua pihak berkuasa tempatan, urutan tradisional dan refleksiologi merupakan salah satu bidang pekerjaan yang diceburi oleh ramai Jururut OKU Penglihatan dan SBM berharap sebarang keputusan dibuat nanti tidak akan menjejaskan rezeki pencarian Jururut OKU Penglihatan. Ramai OKU Penglihatan bergantung kepada pekerjaan ini untuk melangsungkan hidup.

SBM amat menghargai jika pihak kerajaan terus menyokong OKU Penglihatan untuk terus mengangkat martabat urut dan refleksiologi jika ia dibuat dengan mematuhi etika dan peraturan sedia ada, ia memang tiada masalah dan tidak sepatutnya dipandang secara negatif dan andaian yang tidak wujud atau bias.

Sekian, terima kasih.

 

‘MERAIKAN SBM 60 TAHUN: TERUS BERKHIDMAT’

 

Yang benar,

 

WONG HUEY SIEW

Pengerusi Jawatankuasa Pekerjaan dan Pembangunan Ekonomi

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

dan

MOHAMMED NAZARI BIN HJ. OTHMAN

Presiden SBM

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

 

Tarikh: 2 Februari 2024

 

About the author

Society of the Blind In Malaysia administrator

Restricted funding prevents us from responding to the arising issues concern the visually impaired community. To this date, all donations we received covered all aspects of The Society, from the activities to The Society operational costs. Therefore, we need to stretch our resources very thinly to meet our objectives and contribute meaningfully to the visually impaired community. This also severely restricted our ability to quickly respond to emerging issues concern the community as they arise. Your donation, however big or small, can really help us in realizing our association’s goal and missions. In order to assist us in the processing of all donations we would be most happy if all donations are channelled by cheque / money order / postal order made payable to: Society of the Blind in Malaysia / Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia CIMB Bank (Current Account): 8000-821-737 Public Bank (Current Account): 6-3262698-04 Public Bank (Saving Account) : 3163149117 Maybank (Current Account): 564717521952

Leave a Reply