Dengan segala hormatnya, notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM 2020 (Edisi Ke-13) akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh: 16 – 18 Oktober 2020 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: The Crystal Crown Hotel
12, Lorong Utara A Off Jalan Utara 46200 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-79584422
Mana-mana ahli SBM yang ingin menyertai Mesyuarat ini adalah dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM150.00 seorang. Manakala bagi bukan ahli/anak/pengiring pula dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM260.00 seorang. Pendaftaran bolehlah dibuat melalui Pejabat Cawangan/Kawasan masing-masing.
Sejajar dengan Peraturan 8.8 – Perlembagaan SBM, mana-mana Ahli yang ingin mengemukakan sebarang usul untuk dibincangkan semasa Mesyuarat berkenaan hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Agung SBM tidak lewat dari 15 September 2020.
Setiap peserta terikat dengan SOP yang perlu dipatuhi. Sila KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir.
Sekian, terima kasih.
‘BERSATU MEMBAWA KEJAYAAN’
About the author