Selamat Hari Braille Sedunia

Bysbmorgmy

Selamat Hari Braille Sedunia

Penghasilan bahan bacaan seperti buku cerita, buku teks dan buku rujukan braille di Malaysia bermula pada tahun 1948 oleh pegawai kebajikan Major D. R. Bridges. Beliau telah mengasaskan Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (“Malaysian Association for the Blind – MAB”). Selain itu, Major D. R. Bridges turut berusaha bagi menerbitkan bahan braille bagi Rumah St.Nicholas dengan menubuhkan Unit Penerbitan Braille (“Braille Publishing Unit – BPU”). Selain menerbitkan bahan-bahan braille, ia bertujuan bagi memberikan peluang pekerjaan bagi orang-orang buta.
 
Selain menerbitkan bahan braille bagi Rumah St.Nicholas, Unit Penerbitan braille juga turut bertanggungjawab bagi menghasilkan bahan bacaan braille bagi Sekolah Princess Elizabeth untuk orang-orang buta (“Princess Elizabeth School for the Blind – PES”) apabila ia ditubuhkan pada tahun 1953 di atas sebidang tanah yang dihadiahkan oleh Sultan Johor bersama dengan dana sumbangan expatriate British sempena menyambut perkahwinan Puteri Elizabeth. Sekolah Princess Elizabeth kemudiannya diletakkan di bawah pentadbiran Persatuan Orang-orang Buta Malaysia.
 
Persatuan Orang-orang Buta Malaysia turut berkembang dan memperkenalkan beberapa perkhidmatan untuk orang-orang buta, termasuk Pusat latihan Gurney pada tahun 1952 dan unit Penempatan Kerja. Unit Penerbitan braille kemudiannya dipindahkan ke Persatuan Orang-orang Buta Malaysia dengan kakitangannya masih merupakan kakitangan kerajaansekitar 1960-an.
 
Dengan perkembangan pendidikan dikalangan orang buta semakin meningkat, Unit Penerbitan braille di bawah Persatuan Orang-orang Buta Malaysia tidak lagi mampu menghasilkan bahan yang mencukupi, Sekolah St. Nicholas dan Society of the Blind di Malaysia telah membeli peralatan cetakan braille mereka sendiri untuk memenuhi keperluan khusus mereka. Menjelang permulaan 1980-an, Seksyen Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan memutuskan bahawa mereka perlu memiliki kepakaran braille sendiri dan telah menubuhkan seksyen percetakan braille di Sekolah Pendidikan Khas Setapak, dan tidak lagi membuat tempahan dari MAB.
 
Pada awalnya seksyen percetakan braille di bawah Seksyen Pendidikan Khas berjaya menghasilkan beberapa jilid bahan braille, tetapi usaha tersebut terjejas selepas berlaku kerosakan pencetak braille, dan pengeluaran buku braille tergantung. Pelajar-pelajar buta pula terpaksa menyalin buku mereka sendiri atau mendapatkan bantuan guru pusat sumber mereka.
 
Pada tahun 1993, Tetsuji Tanaka, Pengarah Esekutif dan Pengerusi Perpustakaan braille Jepun melakukan usaha bagi melatih sehingga 100 orang dari negara-negara Asia untuk menghasilkan bahan braille menggunakan komputer. Ini termasuk NCBM, Organisasi Ahli dan Jabatan Pendidikan Khas.
 
Justeru SBM mengucapkan selamat hari braille sedunia

About the Author

sbmorgmy administrator

Leave a Reply