Monthly Archives:December 2019

Bysbmorgmy

Program 3in1 Meraikan Warga Emas ,Hari Keluarga Dan Jamuan Akhir Tahun 2019 SBM Cawangan Pahang

Perasmian oleh: Tuan Hj Azhar Ahmad mewakili YB Tuan Hj Anuar Tahir Ahli parlimen Temerloh.
Turut Hadir : Encik Khairul Azwan Wahab pengerusi JKKS

 

 

Bysbmorgmy

KEPUTUSAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA HARI OKU ANTARABANGSA

Pemenang bagi pertandingan video pendek sempena hari oku antarabangsa Kategori OKU Penglihatan ;

 

Tempat pertama – Shaifu Izuddin

Klik untuk lihat video

 

Tempat kedua – Lim Yew Yi

Klik untuk lihat video

 

Tempat ketiga – Mohamad Ali Sharfuddin

Klik untuk lihat video

 

 

Pemenang bagi pertandingan video pendek sempena hari oku antarabangsa Kategori bukan OKU Penglihatan (celik) ;

 

Tempat pertama – Nazirah Nazri

Klik untuk lihat video

 

Tempat kedua -Muhammad Firdaus bin Khalid

Klik untuk lihat video

 

Tempat ketiga – Noor Syafiqah Azim binti Mohd Zainurin

Klik untuk lihat video

 

 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Bysbmorgmy

PERTANDINGAN LIMITLESS PARA TALENT COMPETITION 2019

Pada 25 Oktober 2019, SBM melalui Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, dan Sosial (JKKS) telah menghantar satu pasukan tarian ke Pertandingan akhir Limitless Para Talent 2019 (LPTC 19) bertempat di Sekolah Sri KDU, Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Oku Central, dengan Kerjasama Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN) dan Malaysia International Dance Organization (MIDO).

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencari bakat-bakat baharu dalam kalangan Oku dari semua kategori. Untuk makluman, seramai 19 kumpulan telah terpilih ke pertandingan akhir yang diadakan pada hari berkenaan. Untuk makluman, pihak penganjur telah membuat saringan dimana, kesemua peserta perlu menghantar video penyertaan masing-masing bagi membolehkan pemilihan dibuat.

Pada pertandingan ini, SBM telah mendapat tempat keempat dari 19 kumpulan yang bertanding.

Secara kesimpulannya, SBM telah Berjaya membuktikan kepada masyarakat awam, bahawa Oku penglihatan juga mampu untuk menari, standing dengan mereka yang berpenglihatan.

Tahniah diucapkan.

 

 

 

 

Bysbmorgmy

HARI OKU ANTARABANGSA DAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Pada setiap 3 Disember merupakan satu hari yang signifiken kepada komuniti OKU di merata-rata dunia termasuk juga di Malaysia. Ini kerana 3 Disember adalah HARI OKU ANTARABANGSA, justeru Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut mengaturkan beberapa program untuk meraikan hari yang bermakna ini. Sehubungan ini, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Society of The Blind in Malaysia (SBM) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari OKU kepada semua warga OKU khususnya OKU penglihatan di Negara tercinta ini.

 

Setakat ini, kira-kira 90000 OKU penglihatan berdaftar dengan Jabatan Pembangunan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. Namun, dianggarkan masih ramai lagi terutama di luar Bandar belum berdaftar dengan pihak Jabatan Pembangunan OKU disebabkan kurangnya maklumat dan kesedaran mengenai keperluan untuk mendaftar.Dalam hal sedemikian, SBM menyokong penuh kampen Jom Mendaftar yang diumumkan oleh Kementerian Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat. SBM juga mengajak semua ketua kampung, AJKKK,  pihak berkuasa tempatan, pejabat wakil rakyat, DUN dan Parlimen untuk turut mengambil bahagian yang aktif dalam mendaftarkan kumpulan sasar ini.

 

Sesungguhnya, sempena Perayaan Hari OKU 2019, SBM ingin menggesa pihak kerajaan untuk lebih peka kepada keperluan OKU khususnya berkenaan kos sara hidup yang semakin membebankan, kurangnya peluang pekerjaan bagi OKU,  isu aksesibiliti dalam dan luar bangunan awam atau komersial yang masih kurang memuaskan, isu pengangkutan yang masih memerlukan tindakan bersepadu untuk memenuhi piawaian, dan sebagainya.

 

Di samping itu, SBM juga ingin menyarankan agar Akta OKU 2008 dipinda agar akta ini dengan jelas menyebutkan semua bidang seperti pendidikan, pekerjaan, latihan, pengangkutan, aksesibiliti merupakan hak dan keperluan asas bukan mempromosikan atau menggalakkan pihak terbabit untuk menyediakan kemudahan tersebut. Jika peruntukan sedemikian dikekalkan, sampai bila-bila keperluan dan hak OKU untuk mendapat kemudahan yang berpatutan tidak akan kesampaian.

 

Oleh itu, SBM ingin menggesa Kerajaan selaras dengan Wawasan Kemakmuran dikongsi bersama diterjemahkan dengan tindakan-tindakan yang menjurus kepada keperluan kumpulan sasar. Salah satu contoh tindakan terbaik pihak SBM lihat adalah Dasar Sifar terhadap pelajar OKU di sekolah yang dilancarkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahniah dan Syabas SBM ucapkan kepada Kementerian Pendidikan. Namun, SBM juga ingin menyarankan agar Dasar Sifar ini turut dipanjangkan kepada peringkat institusi pengajian tinggi awam dan swasta. SBM percaya bahawa melalui sektor pendidikan ia akan membantu kumpulan sasaran mengubah nasib dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka untuk lebih kehadapan.

Akhir sekali, SBM menaruh harapan agar semua pihak yang merangkumi majlis perbandaran, dewan bandaraya, pejabat wakil rakyat DUN, Parlimen,  ahli mesyuarat kerajaan negeri, menteri dan pegawai-pegawai kanan yang diamanahkan agar sentiasa peka untuk memakmurkan kualiti hidup dan kesejahteraan OKU di negara ini. Kebanyakkan kumpulan OKU ini merupakan sebahagian kumpulan B40 sebagaimana yang diwar-warkan oleh kerajaan. Harapan SBM adalah agar peruntukan di peringkat kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan tidak sesekali melupakan keperluan OKU. SBM ingin maju bersama dalam Wawasan berkongsi kemakmuran bersama. Selamat Hari OKU buat semua komuniti OKU di Malaysia.

 

Dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

 

 

Disediakan oleh oleh:

 

Dr Wong Huey Siew

(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti)

 

Dan

 

Haji Mohammed Nazari Hj.Othman

(Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia)