KURSUS PENGACARAAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Bysbmorgmy

KURSUS PENGACARAAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Pada 27 hingga29 september 2019, SBM telah menganjurkan Kursus Pengacaraan Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlansung di Hotel Furama Bukit Bintang.

Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk melahirkan Oku penglihatan yang berkebolehan dalam bidang pengacaraan disamping memberi pendedahan secara berkesan kepada para peserta tentang proses pengendalian sesuatu Majlis serta memberi latihan secara intensif kepada para peserta tentang kaedah penulisan skrip pengacaraan mengikut kesesuaian sesuatu Majlis.

Seramai 50 orang peserta terlibat dalam program ini dimana peserta terdiri daripada kesemua pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial peringkat cawangan dan kawasan, seorang ahli biasa dari semua cawangan dan kawasan yang difikirkan bersesuaian serta berpotensi untuk diketengahkan, dan wakil dari ibu pejabat yang akan dipilih oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial.

Kursus ini dikendaikan oleh fasilitator yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pengacaraan iaitu Encik Suhaimi Sulaiman yang merupakan bekas personaliti TV3.

Dengan adanya kursus ini juga, diharapkan agar para peserta lebih peka dalam pengendalian Majlis, termasuklah dari aspek penulisan skrip agar skrip yang dihasilkan akan mendatangkan impak kepada mereka yang terlibat.

Selain itu, dengan adanya kursus ini juga, bakat para peserta dalam bidang pengacaraan juga akan dapat digilap, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pengacara luar, sekaligus dapat menjimatkan kos penganjuran untuk sesuatu program.

Oleh yang demikian juga, peluang untuk para peserta yang menyertai kursus ini untuk mengacarakan sesuatu majlis akan lebih terbuka, sekaligus mengelakkan berlakunya sistem monopoli hanya kepada orang tertentu sahaja.

 

About the Author

sbmorgmy administrator

Leave a Reply