Monthly Archives:October 2019

Bysbmorgmy

KURSUS PENGACARAAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Pada 27 hingga29 september 2019, SBM telah menganjurkan Kursus Pengacaraan Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlansung di Hotel Furama Bukit Bintang.

Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk melahirkan Oku penglihatan yang berkebolehan dalam bidang pengacaraan disamping memberi pendedahan secara berkesan kepada para peserta tentang proses pengendalian sesuatu Majlis serta memberi latihan secara intensif kepada para peserta tentang kaedah penulisan skrip pengacaraan mengikut kesesuaian sesuatu Majlis.

Seramai 50 orang peserta terlibat dalam program ini dimana peserta terdiri daripada kesemua pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial peringkat cawangan dan kawasan, seorang ahli biasa dari semua cawangan dan kawasan yang difikirkan bersesuaian serta berpotensi untuk diketengahkan, dan wakil dari ibu pejabat yang akan dipilih oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial.

Kursus ini dikendaikan oleh fasilitator yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pengacaraan iaitu Encik Suhaimi Sulaiman yang merupakan bekas personaliti TV3.

Dengan adanya kursus ini juga, diharapkan agar para peserta lebih peka dalam pengendalian Majlis, termasuklah dari aspek penulisan skrip agar skrip yang dihasilkan akan mendatangkan impak kepada mereka yang terlibat.

Selain itu, dengan adanya kursus ini juga, bakat para peserta dalam bidang pengacaraan juga akan dapat digilap, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pengacara luar, sekaligus dapat menjimatkan kos penganjuran untuk sesuatu program.

Oleh yang demikian juga, peluang untuk para peserta yang menyertai kursus ini untuk mengacarakan sesuatu majlis akan lebih terbuka, sekaligus mengelakkan berlakunya sistem monopoli hanya kepada orang tertentu sahaja.

 

Bysbmorgmy

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA HARI OKU ANTARABANGSA SLOGAN “ KAMI POWER DAN KAMI SUPER SEPERTI ANDA”

Kami Power dan kami super seperti anda

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori utama:

  1. Kategori OKU Penglihatan – Untuk kategori ini, ia terbuka kepada OKU penglihatan yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Kategori bukan OKU Penglihatan (celik) – Ia dibuka kepada bukan OKU yang berumur 18 tahun ke atas.

 

Kandungan video:

Tidak mempunyai sebarang skop dan tema khusus asalkan video tersebut menepati syarat-syarat berikut:

  1. Berkisahkan orang buta. Contohnya, asam garam kehidupan mereka, kisah cinta, sesuatu peristiwa yang dialami, mencari impian, jatoh longkang dan sebagainya.
  2. Mempunyai nilai-nilai positif mengenai orang buta
  3. Mempunyai kesan untuk mencetuskan perasaan insaf dan kesedaran kepada masyarakat umum
  4. Ceritanya menyentuh hati yang memaparkan unsur-unsur nilai positif kepada masyarakat tentang orang buta

 

Bahasa video:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

 

Durasi video:

Setiap video yang dihasilkan mestilah berdurasi antara 2 minit ke 4 minit sahaja.

 

Persembahan:

Video ini boleh disembahkan dalam bentuk video dan mesti di simpan dalam cd.

Ia boleh dalam bentuk monolog, lakonan, cerita atau dialog dengan diiringi dengan muzik serta gambar atau imej.

 

Hadiah:

  1. Tempat pertama             : RM400
  2. Tempat kedua                  : RM300
  3. Tempat ketiga                  : RM200
  4. Tiga tempat saguhati    : RM100

 

Penyerahan video:

Selepas sempurnakan penghasilan video, anda boleh menghantarkan video anda ke:

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)

No. 24, Jalan Tun Sambanthan 3,

Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.

 

Atau boleh e-mail kepada:

sbmvideo2019@gmail.com

 

Dokumen yang perlu diserahkan:

 

Borang pendaftaran:

  1. CD yang mengandungi video
  2. CD video mesti sampai kepada Jawatankuasa penganjur sebelum 10 November 2019
  3. Selepas serahkan video, anda hendaklah memaklumkan kepada penganjur melalui e-mail sebagaimana yang dinyatakan di atas
  4. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami pada e-mail yang dinyatakan di atas atau hubungi di talian pejabat SBM iaitu 03-22746162 Puan Nurfarahin Jaafar atau En. Suhairul Anuar Ahmad

 

Muat Turun Borang Pendaftaran DISINI => Borang pertandingan video pendek 2019